Buffet Ramadan Dan Program Amal AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur | Salam Ramadan, baru-baru ini saya telah menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
 |
Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur. |
Program amal ini merupakan acara tahunan yang mana sudah menjadi acara tradisi setiap kali bulan Ramadan menjelma. Inisiatif pihak
AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur ini dapat mencerminan keperihatinan mereka dalam inisiatif saling mengingati dan membantu pada mereka yang lebih memerlukan terutamanya anak-anak yatim ini.
Duit Raya Dan Agihan Bubur Lambuk
Dalam pada anak-anak yatim ini sedang menjamu selera, duit raya untuk perbelanjaan mereka turut diagihkan yang mana Datuk Ahmad Abu Bakar (
Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holding Berhad) dan
Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed (
Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset) selaku tetamu kehormat di beri penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak
AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur kepada
50 orang anak-anak yatim yang hadir pada malam tersebut.
 |
Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Taman Keramat, Kuala Lumpur. |
 |
Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir |
Di atas tuntutan kemasyarakatan pihak
AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur seperti tahun-tahun terdahulu telah mengagihkan Bubur Lambuk kepada masyarakat setempat untuk berbuka puasa.
Agihan Bubur Lambuk sekitar jam 5 petang itu yang mana turut di bantu oleh Naib Timbalan Kanan bahagian Hospitaliti iaitu
Encik Shah Azam Khan dan warga kakitangan pengurusan hotel.
Bubur Lambuk tersebut dimasak sendiri oleh tukang masak yang berpengalaman di hotel berkenaan antaranya Chef Mariam dan Chef Yohanis. Dengan mengedarkan Bubur Lambuk inilah mereka dapat menyatakan tanda terima kasih mereka kepada orang ramai yang sering menyokong mereka.
Penaja Program Amal AnCasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur
AnCasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur pada tahun ini berasa amat bertuah kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi seperti;
- Kopetro Travel & Tours untuk tajaan bas bagi mengambil dan menghantar anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni.
- Tajaan rempah ratus dari Tanjong (Peladang Food Industries (M) Sdn).
- Media Rasmi dari BERNAMA TV untuk rancangan Masakan Sunnah Nusantara Musim Kedua.
Buffet Ramadan Hotel AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur
Seperti tahun-tahun lalu
Buffet Ramadan AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur ini tidak pernah mengecewakan. Pelbagai variasi juadah hidangan yang dihidangkan untuk para pelanggan yang sememangnya popular di sekitar kuala lumpur sejak era
70an hingga
90an kini anda boleh dapati di bawah satu bumbung.
 |
Hiasan & dekorasi ruang hidangan yang cantik |
 |
Ruang mengambil juadah yang luas dan selesa |
Khas untuk
buffet Ramadan ini pihak AnCasa Hotel & SPA Kuala Lumpur menawarkan harga yang berpatutan iaitu:
RM 68 Dewasa (bersih)
RM 40 Kanak-kanak (bersih)
Satu kelebihan pada tahun ini kerana
AnCasa Hotel menggabungkan tema kembara iftar di Kuala Lumpur bagi menyingkapkan semula suasana dan memori lama. Seperti mana yang kita sedia maklum, masakan kampung sememangnya masakan yang tidak jemu untuk di nikmati.
 |
Antara hidangan utama |
Untuk
Buffet Ramadan kali ini
AnCasa Hotel menyajikan juadah mengikut tempat-tempat yang dahulunya popular dan kini ia masih terpahat dalam kenangan antranya;
- Jalam Medan Pasar Lama.
- Foch Avenue.
- Warong Doraisamy.
- Jalan Pudu.
- Jalan Pantai Dalam.
- Jalan Gurney.
- Warong Jalan Peel.
- Jalan Bellamy.
- Batu Road.
 |
Aneka pencuci mulut |
Kesemua terdapat 100 menu juadah Buffet Ramadan yang di sediakan di AnCasa Hotel dan akan dihidangkan secara bergilir-gilir setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.
 |
Aneka pencuci mulut |
Tidak di lupakan bagi penggear durian pula, AnCasa Hotel ada juga menyajikan pemanis mulut yang segalanya daripada Durian seperti;
- Serawa Durian.
- Bubur Durian.
- Wajik Durian.
- Dodol Lempok.
- Kek Durian.
- Cucur Durian.
- Talam Durian.
- Mousse Durian
- Pudina Durian.
 |
Aneka pencuci mulut |
Jika anda berminat untuk berbuka puasa di
AnCasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur dengan bayaran berpatutan seperti yang saya nyatakan di atas. Anda boleh hubungi Saffron Brasserie di talian
03-20266060 sambungan
7703 untuk pertanyaan dan juga tempahan
Buffet Ramadan. Lain-lain maklumat lanjut anda boleh layari
www.ancasahotels.com
sedap makan di ancasa
ReplyDeletemmg sedap... harus cuba
DeleteSedapnya.. Peduli dengan anak yatim... Program yang angat bagus...
ReplyDeleteMantap sekali...
ReplyDelete