Wednesday 4, Dec 2024
Tuesday, August 13, 2013

Unknown Hujan Meteor Perseids

Hujan Meteor Perseids Di Malaysia

Hujan Meteor Perseids | Meteor Perseids adalah salah satu hujan meteor paling utama sepanjang tahun ini. Dijangkakan akan mula memperlihat ledakkan juraian meteornya sekitar awal pagi 12 dan 13 Ogos 2013 ini (malam ini).
Hujan Meteor Perseid

Apa Itu Meteor Perseid ?

Apa itu Meteor Perseid ?. Meteor Perseids adalah hujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan komet Swift-Tuttle. Perseid di kenali sebegitu kerana apa? dan daripada mana ia berasal?. Perseid atau dikenali sebagai radian, terletak dari gugusan Perseus. Namanya di ambil sempena sebahagian dari nama Perseides, satu istilah yang terdapat dalam satu mitos Greek, merujuk kepada waris Perseus.
apa itu Hujan Meteor Perseids

Satu aliran puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur sepanjang orbid komet Swift-Tuttle. Kelompok awan ini terdiri daripada jisim yang dirembes oleh komet ketika ia mengembara pada orbit selama 130-tahun. Kebanyakan dari debu dalam awan tersebut hari ini berusia sekitar seribu tahun. Bagaimanapun, terdapat juga jaluran utasan habuk yang agak baru dalam aliran itu yang tersingkir dari komet pada tahun 1862.
  1. Kadar jaluran utasan yang berasal dari meteor ini adalah lebih tinggi berbanding bahagian aliran lebih lama. Hujan meteor Perseid telah dicerap lebih 2000 tahun lamanya, dengan maklumat terbaru berkenaan meteor ini datangnya dari Timur jauh.
  2. Sesetengah penganut Khatolik menggelarkan Perseids sebagai "titisan air mata St. Lawrence", kerana 10 Ogos merupakan tarikh Santos terkorban.
  3. Hujan meteor Perseid ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun, memuncak pada 9 hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya hujan meteor tersebut. Semasa kemuncak, kadar meteor ini boleh mencecah 60 atau lebih sejam. Hujan meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi oleh kerana laluan komet Swift-Tuttle, Perseid akan lebih aktif di kawasan hemisfera utara. Sebagaimana semua hujan meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa. Pada tahun 2009, Kadar Kemuncak Sejam ("Zenithal Hourly Rate") adalah 173.
  4. Cahaya Meteor Perseid ini akan kelihatan lebih malap kerana ianya di kaburkan atau dilunturkan oleh cahaya bulan. Ianya akan kelihatan lebih jelas jika ketiadaan cahaya bulan atau pada bulan terbenam.

Cara Melihat Hujan Meteor Perseids

cara melihat Hujan Meteor Perseids

Ok, beberapa research yang penulis buat dan penulis berpendapat bahawa laman Falak Online yang sesuai dijadikan rujukkan untuk fenomena "Hujan Meteor Peseids" ini dan apa kata penulis laman ini.

Ahli Falak Negara
ShahGazer
Jika ditinjau dari segi keupayaan juraian Meteor Perseids kali ini, jelas keadaan cuaca dan langit berada di pihak kita. Paling utama ialah ketidakhadiran Bulan di langit ketika waktu malam 12-13 Ogos tersebut. Ini adalah kerana cahaya Bulan selalunya merupakan faktor penghalang kepada kita untuk mencerap meteor-meteor ini dengan jelas.
Dan satu lagi faktor penentu samada kita dapat lihat banyak meteor atau tidak ialah lokasi cerapan kita. Cuba cari kawasan yang jauh dari sebarang gangguan cahaya, samada cahaya lampu atau cahaya dari bandar-bandar besar. Kita perlukan langit gelap dan hitam untuk benar-benar melihat meteor-meteor yang muncul ini.


Rekod Hujan Meteor Perseids

Difahamkan Meteor Perseids ini berlaku saban tahun, apa yang menariknya yang penulis membuat research dilaman wikipedia ianya hanya berlaku pada bulan Ogos sahaja. Dan yang paling jelas ataupun yang paling aktif di rekodkan adalah pada tahun 1972 dan juga pada 12 Ogos.

Di sini disediakan beberapa tahun kebelakangan tarikh-tarikh Hujan Meteor Perseids berlaku ;

Tahun
Perseids aktif antaraPuncak hujan meteor
201023 Julai – 24 Ogos12 Ogos
200914 Julai – 24 Ogos13 Ogos
200825 Julai – 24 Ogos13 Ogos
200719 Julai – 25 Ogos13 Ogos
197212 OgosDilaporkan sebagai hujan meteor paling aktif dalam sejarah yang direkodkan

Waktu Cerapan Hujan Meteor Perseids ?

Pukul berapa waktu cerapan yang ideal untuk melihat Hujan Meteor Perseid? secara umumnya cuba lihat ke arah langit sebelah timur laut dan utara antara sekitar pukul 1 pagi pada 12 - 13 Ogos ini. Menurut pakar ahli Falak online yang mana penulisnya Shahgazer, beliau mengatakan ;
Ketika itu, radiant meteor Perseid ini, iaitu buruj Perseus. Namun begitu, jangan bimbang, anda tak perlu tahu bagaimana rupa bentuk Perseus, kerana yang hendak dicerap ialah meteor dan bukannya buruj tersebut.
Meteor akan muncul cepat dan dimana-mana kawasan langit. Cuma yang uniknya ialah hampir kesemua meteor yang muncul akan seolah-olah muncul dari kawasan buruj Perseus.
Ada banyak jenis meteor yang muncul, ada yang pantas dan ada yang agak 'perlahan'. Cuma buat kiraan, berapa banyak meteor yang dilihat dalam satu-satu jangkamasa. Walaupun ada kaedah tertentu yang perlu tahu bagi menjadikan data kita itu 'diiktiraf', tetapi bagi kita sebagai orang kebanyakan, jangan peningkan kepala untuk tahu perkara teknikal (buat masa ini). Cuba tenangkan fikiran, rilekkan badan, dan nikmatikan suatu fenomena hujan meteor yang begitu indah dan menakjubkan. Dan jangan lupa setiap yang berlaku di langit, ada sebab mengapa Allah jadikannya.
Oleh tiu, jangan setakat cerap 'kosong' sahaja, perluaskan cabangan minda anda dan cuba fahami maksud yang tersirat di sebalik kemunculan hujan Meteor Perseids tahun ini!
Sumber rujukkan;
WikipediaFalakonline
Sumber gambar;
Google images


INCOMING SEARCH TERM :

Hujan Meteor Perseids, Hujan Meteor Perseid, Meteor Perseids
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

19 comments:

  1. bARU TAU Meteor Perseids tu amendenye

    ReplyDelete
  2. lagi satu faktor yang menghalang dari tengok meteor ni selain cahaya bulan adalah.. lihat dengan mata tertutup.. hehehehe

    ruginya xdpt tgk semalam...

    ReplyDelete
  3. nk ngk tp ngantuk sgt..lgpun x jangka akan turun jam berape.. so tdo je la..

    ReplyDelete
  4. aiza tak berkesempatan pula nak tengok.. potia tengok tak?

    ReplyDelete
  5. tak de lak yang nampak,, mmm

    ReplyDelete
  6. "ahli falak negara" <-- cool gila nama jawatan beliau :)


    hermm x dpt tgk gak.. dah lena tido masa tu :P

    ReplyDelete
  7. untunglah kalu dapat tgk kan? :D

    ReplyDelete
  8. Salam.. Meteor ni tak silap berpusing dalam bulatan yang sangat besar sebab tu dia datang balik semula mengikut masa tertentu.. Alhamdulillah dia berjaya datang semula tanpa sebarang halangan..

    ReplyDelete
  9. KL hujan lebat... awan berkepol-kepol macam mana nak tgk...

    ReplyDelete
  10. @amir zahari hahahaha itu faktor utama gamaknyer ahaha

    ReplyDelete
  11. tunggu sampai kul 2.30 pg, at last tutup pintu masuk rumah tido.. sini pun awan tebal, mana nak dpt tengoknya.
    Teringin sgt nak tengok sama dgn abg pedas kat sg lui =) hehehe, (penangan iris dgn abg pedas tetap terkesan)

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Hujan Meteor Perseids Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa