Latest News
Tuesday, June 27, 2017

Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL

Cara Mudah Beli Domain Dot Com NetKL | Salam hormat kepada semua bloggers sekalian. Saban hari makin bertambah blogger-blogger baru yang berminat atau baru berkecimpung dalam arena dunia blogger. Tidak kiralah samada menggunakan platform Blogspot, Wordpress atau pun lain-lain platform yang tersedia. Pokok pangkalnya semuanya bergantung bagaimana cara anda menyampaikan sesuatu berdasarkan penulisan di blog masing-masing.

Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL
Tukar blogspot kepada Dot Com

Dalam penulisan saya kali ini saya ingin kongsikan satu tutorial bagaimana cara hendak menukar nama domain blogspot kepada custom domain atau nama domain anda sendiri atau lebih di kenali sebagai DOT COM. Contohnya seperti, url blg anda namablog.blogspot.com kepada namablog.com.

Bagi tutorial cara tukar domain kali ini saya menggunakan perkhidmatan Netkl.com. Kenapa NetKL?. Kerana NetKL dikendali oleh orang tempatan dan berpengkalan di Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua, saya telah membeli domain di Netkl lebih dari 60 buah domain. Domain-domain berkenaan saya "tolong" beli dan pasangkan untuk rakan-rakan blogger samada kenal atau pun tidak pernah kenal. Tidaklah saya menjadikan perkhidmatan ini satu perniagaan untuk diri saya. Ianya lebih kepada membantu semata-mata.


Cara Beli Domain Di NetKL

Pertama sekali untuk menukar domain anda mesti membeli nama domain yang anda mahukan. Tidak semua nama domain yang kita mahukan dapat dimiliki, kerana ada nama-nama domain yang sudah di miliki oleh orang lain. Apa-apa pun anda perlu periksa terlebih dahulu samada masih "available" atau tidak. Ikuti langkah-langkah seperti berikut;

  1. Layari NetKL.com
  2. Klik tab Domain dan klik Buy Domain only.
    Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL
    Lanhkah 2
  3. Setelah window baharu di buka sila taip nama domain yang anda inginkan kemudian tekan tombol "Check Availability". Jika nama domain yang anda pilih tidak terdapat atau sudah dimiliki oleh orang lain, anda harus mencari nama lain.
     
    Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL
    Langkah 3
  4. Setelah anda telah bersetuju dengan nama yang anda inginkan. Sila pilih kadar bayaran untuk domain anda samada anda ingin beli domain tersebut untuk tempoh-tempoh yang di berikan. RM45 untuk setahun RM90 untuk 2 tahun dan seterusnya. Selesai langkah di atas sila tekan tonbol "Add to cart".

  5. Kemudian satu window baru dibuka untuk langkah seterusnya. Di bahagian ini anda mempunyai pilihan samada anda ingin membeli "ID Protection" atau tidak. Jika anda tidak mahu membeli ID Protection anda boleh terus tekan "Update Cart" seperti dalam gambar di bawah.
    Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL
    Langkah 5

    Berkenaan ID Protection tersebut saya sarankan anda membelinya dan tambahan sebanyak RM15 di kenakan dalam Invoice anda nanti. ID Protection bermaksud, semua data peribadi seperti Nama, Alamat, Email dan nombor telefon anda di lindungi atau dirahsiakan dari paparan umum apabila seseorang "View Whois" nama domain anda. Jadi secara keseluruhan bil yang anda perlu bayar sebanyak RM60 setahun (Domain RM45 + ID Protection RM15).

  6. Setelah anda selesai di langkah 5, satu laman baru tersedia untuk anda "Check Out". Di bahagian ini anda tidak perlu buat apa-apa.
    Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL
    Langkah 6
  7. Untuk langkah terakhir setelah anda "Check Out" anda perlu mengisi butiran maklumat peribadi anda seperti di dalam gambar di bawah kemudian klik tombol "Complete Order".
    Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL
    Langkah 7

Setelah anda selesai di semua langkah-langkah di atas, anda akan mendapat satu email dari NetKL berupa invoice untuk bayaran yang anda perlu bayar  (RM60 setahun).


Cara Buat Pembayaran Domain NetKL

Di NetKL terdapat 2 pilihan cara pembayaran iaitu pembayaran melalui Paypal atau Bank transfer. Cara mudah untuk pembayaran yang saya sarankan adalah menggunakan Bank transfer kerana tidak semua orang memiliki akaun Paypal. Nombor akaun beserta nama bank di sertakan di dalam email yang anda terima.

Setelah anda selesai membuat pembayaran, sila salin atau "print receipt" (screen shoot) tersebut kemudian sila email NetKL di sales@netkl.com dan attach kan resit pembayaran anda tadi untuk pengesahan daripada pihak NetKL. Kemudian anda akan menerima pengesahan pembayaran dan email yang mengatakan domain yang anda beli sudah aktif dan sedia untuk di pasang di blogspot anda. Untuk cara-cara pemasangan domain di blogspot akan saya kongsikan di entry akan datang. Semoga tutorial Cara Mudah Beli Domain Dot Com Di NetKL ini dapat membantu anda dalam pembelian domain.


INCOMING SEARCH TERM :

Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dot Com Netkl, cara tukar domain, cara beli domain
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Tuan boleh kongsi cara nak beli tamplate blog macam mana kat mana yang senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogspot punya saya sarankan pakai je yg free... byk template free lagi hebat dari beli... kecuali wordpress template yg premium byk features dia...

      Delete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Cara Mudah Dan Lengkap Beli Domain Dot Com Di NetKL Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u