Latest News
Wednesday, August 12, 2015

Serai Wangi Afy Haniff Berkesan Halau Serangga Perosak

Serai Wangi Afy Haniff Berkesan Halau Serangga Perosak | Terdahulu, sebelum raya tempohari Blogger2u (B2U) pernah buat satu entri berkaitan Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi. Dalam entri tersebut B2U ada kongsikan tentang info-info berkaitan serangga makhluk perosak.

Produk Wangi Afy Haniff
Antara produk keluaran Afy Haniff


Kali ini B2U ingin kongsikan keberkesanan menggunakan produk serai wangi keluaran Afy haniff ini. Seperti mana yang B2U pernah ceritakan, permasalahan semut, lipas dan tikus adalah masalah yang B2U hadapi di rumah. Setelah di cadangkan oleh rakan sekerja yang mana beliau juga menggunakan produk ini, Alhamdulillah permasalahan kini dapat di kurangkan malah semakin tidak kelihatan lagi kelibat serangga makhluk perosak ini terutamanya lipas dan semut.

Halau Semut, Lipas dan Lalat dengan Penyembur sedia guna

Produk serai wangi sedia digunakan (readymate) ini di datangkan sedia di dalam penyembur 650ml di pasaran (rujuk gambar di bawah). Apa yang perlu anda buat cuma semburkan sahaja pekatan serai wangi Afy Haniff ini di tempat-tempat bermasalah seperti di meja makan, kabinet dapur dan sebagainya. Setelah semburan anda perlu lapkan menggunakan kain dan biarkan.

Halau Serangga Perosak dengan serai wangi
Penyembur Serai Wangi sedia guna

Untuk experimen menghalau serangga makhluk perosak menggunakan produk Afy haniff ini B2U lebih suka melakukan semburan pada bingkai tingkap bilik tidur. bukan saja dapat menhalau nyamuk atau serangga berterbangan malah aroma segarnya dapat mengharumkan ruang bilik tidur. B2U sarankan waktu sesuai untuk sembur pada bingkai tingkap dalam lingkungan selepas jam 5 dan sebelum jam 6 petang kerana pada waktu ini nyamuk sedang aktif.

Serai Wangi Anti Tikus dan Anti Lipas

Raya tempohari B2U telah mencuba produk serai wangi anti tikus dan anti lipas ini di kampung. Faham-faham sajalah kalau di kampung tikus dan lipas ini memang banyak. Dengan hanya meletakkan beberapa ketul anti tikus dan anti lipas ini di tempat bersesuaian kini tiada lagi tikus-tikus berani lalu lalang di kawasan tersebut termasuk lipas. B2U sarankan anda untuk menggunakan produk anti tikus dan anti lipas ini kerana ianya benar-benar menampakan kesan yang positif.

Serai Wangi Anti Tikus afy haniff
Serai Wangi Anti Tikus Afy Haniff

Halau serangga perosak Serai Wangi Anti Lipas Afy Haniff
Serai Wangi Anti Lipas Afy Haniff

Untuk pengetahuan anda, tikus-tikus hanya menggunakan laluan yang sama setiap hari yang mana ianya mengesan laluannya melalui bau najis dan air kencingnya. Jika produk ini di letakkan di kawasan berkenaan, maka secara tidak langsung kita telah memutuskan laluan asalnya dan tidak lagi menggunakan laluan tersebut dan bertindak mencari laluan baru ataupun tidak datang terus di kawasan berkenaan kerana di anggap telah diancam.


Bagi produk anti lipas Afy Haniff pula paling mudah untuk digunakan. Dengan hanya meletakkan seketul dua produk Serai Wangi Afy Haniff ini seperti di dalam kabinet dapur, di bawah sinki, di dalam kabinet dapur gas dan sebagainya, ianya mampu menghalang atau menghalau lipas-lipas daripada kembali di kawasan berkenaan seterusnya menghindar kehadiran lipas di kawasan itu kerana baunya yang tajam. B2U sarankan penggunaan produk Serai Wangi Afy Haniff ini di kawasan yang kering untuk mengelakkan ketulan anti lipas dan anti tikus daripada basah.

Serai wangi Pelita Halau Lalat

Produk yang paling B2U suka adalah produk Serai Wangi Pelita. Mana tidaknya, semasa di kampung pada hari raya yang lepas, B2U telah mengadakan rumah terbuka yang mana pada hari tersebut sangat banyak kehadiran lalat memandangkan terdapat banyak sisa-sisa makanan di dalam tong sampah. Sebagai alternatif B2U mencuba produk Seri Wangi Pelita ini dengan meletakkan beberapa cawan berisi pekatan serai wangi pelita ini di atas meja-meja dan menyalakannya. Alhamdulillah 5 minit kemudian lalat-lalat berkenaan tidak lagi bermain atau berterbangan di kawasan khemah tetamu.

Halau Lalat dengan Serai wangi Pelita afy haniff
Pekatan Serai wangi Pelita


Tidak hanya di meja makan di dapur juga B2U nyalakan juga, tetapi bukan untuk menghalau lalat, tapi lebih kepada untuk mengharunkan ruangan dapur. Cara menggunakan Serai Wangi Pelita ini cukup mudah. Ambil cawan atau mangkuk kaca, kemudian tuangkan air sehingga separuh cawan atau mangkuk berkenaan dan tuangkan pekatan minyak Serai Wangi Pelita ini lebih kurang 3-4cm dan masukkan sumbu pelita tersebut (rujuk gambar). Stelah selesai biarkan lebing kurang 3-5minit dan hidupkan pelita berkenaan.

Serai wangi Pelita
Serai wangi Pelita

Lain-lain Produk Serai Wangi Afy Haniff

Selain itu B2U ada juga mencuba produk ini, Serai Wangi Afy Haniff Hanging Insect Repellant. Produk ini B2U gantungkan di tingkap bilik sebagai menghalang nyamuk daripada masuk melalui tingkap bilik. Secara tak langsung ianya mengeluarkan bauan yang segar apabila angin bertiup dari luar rumah. Perkara yang paling penting produk-produk keluaran Afy Haniff ini berasaskan herba semulajadi dan tidak mengandungi bahan toksik dan bahan kimia berbahaya.


Serai Wangi Afy Haniff Hanging Insect Repellant
Serai Wangi Afy Haniff Hanging Insect Repellant - Afy Haniff



Kesimpulan yang dapat B2U boleh rumuskan setelah menggunakan produk Serai Wangi ini kebanyakkan masalah-masalah yang biasa di hadapi seperti di bawah ;

  • Semut - tiada lagi
  • Lipas - tiada lagi
  • Lalat - semakin berkurangan.
  • Nyamuk - tiada lagi
  • Tikus - Tidak kelihatan lagi (setakat ini)


Di mana Produk Serai Wangi Afy Haniff dapat di beli?
Selepas B2U kongsikan tentang produk ini di Facebook dan instagram, ada yang bertanyakan di mana boleh dapatkan produk serai wangi ini?. Berikut B2U sertakan senarai buat pengunjung Blog B2U antara pasaraya yang menjual produk ini.

  • Pasaraya Giant.
  • Pasaraya Mydin.
  • Pasaraya Tesco.
  • Pasaraya Jaya Grocer.
  • Pasaraya Econsave.
  • Family Store.
  • Kipmart.
  • Songmart.
  • Mercato.
  • Sam's Groceria

Pasaraya yang menjual produk-produk Afy Haniff
Pasaraya yang menjual produk-produk Afy Haniff

Untuk rujukan tentang produk-produk Afy Haniff  dan pertayaan anda boleh rujuk laman sosial di bawah;

Twitter : https://twitter.com/afyhaniff04

#‎SWSeries‪#‎SeraiWangiAFY‬  ‪#‎ReclaimYourSpace‬


INCOMING SEARCH TERM :

Serai Wangi, Halau Serangga Makhluk Perosak, Serai Wangi Afy Haniff Berkesan Halau Serangga Perosak,serai wangi afy haniff
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

6 comments:

  1. Rumah kita byk tikus. Maklumlah org kampung. Nti nk try cari benda ni. Harap2 populasi tikus dpt dikurangkan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la produk Serai Wangi Afy Haniff ni Aima.. mana tau kot berkesan kat rumah tu.. saya dah cuba mmg berkesan..
      #SWSeries #SeraiWangiAFY #ReclaimYourSpace #seraiwangi #SWhanging

      Delete
    2. dah try ke? amacam, jadi tak untuk halau tikus?

      Delete
    3. dah try ke? amacam, jadi tak untuk halau tikus?

      Delete
  2. dapur umah ni banyak betul lipas.. mak buh daun pandan.. ade kurang tapi still ade lagi.. agak nak kene pakai produk seri wangi ni baru ilang teruih Petua Orang Lama Hilangkan Stretchmarks

    ReplyDelete
  3. Serai, antara kaedah terbaik halau serangga, sebab sy pun guna :)

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Serai Wangi Afy Haniff Berkesan Halau Serangga Perosak Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa