Latest News
Monday, August 19, 2013

SAYA SAYANG IBU SANGAT-SANGAT

Salam semua.. [cerita ni di published pada : 2 september 2012] jom baca ni sampi habis.. mana-mana blog aku mesti ada cerita ni.. aku suka jalan cerita dia.. kalau di amati tersentuh hati.. pasti boleh menitiskan air mata kalau betul-betul menghayatinya .. 

ikuti kisah "Apa itu Family"



Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan.”Oh maafkan saya, saya tak perasan” Katanya.. “Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara” Kami amat bersopan dan saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya, lewat petang, ketika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam..Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”.

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,”Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,”Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,”Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”. ”Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu. Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,


Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,”Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil” 

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak” “Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,”Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu, 

{FAMILY} 

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna FAMILY”?

FAMILY= (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
HARGAILAH KELUARGA ANDA

*Repost  entry


INCOMING SEARCH TERM :

Apa itu Family, cerpen apa itu family, cerpen sedih
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

17 comments:

  1. pernah baca kisah ni, memang sebak bila baca T__T

    ReplyDelete
  2. dah 10 tahun cerpen ni ada dlm simpanan... ni repost kali ke 4...

    ReplyDelete
  3. sedih. saya ni dhla senang je nk menangis kalau baca cerita2 cenggini. siapa yg xsayang mak kn. Terima kasih atas ingatan itu, I luv U so much... ma,

    ReplyDelete
  4. family first tiada galang gantinya kan amy? sedih betul baca cerpen ini yang memang kenyataan berlaku sekarang.. masing2 tak pandai hargai keluarga.. :(

    ReplyDelete
  5. memang tersentuh baca cerpen ni...

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.

    Potia..ibunda ak salu bilang, apa2 pun yg kamu buat..utamakan keluarga.

    Dan ayahanda pula nasihatnya, utamakan ibunda tercinta.

    Ehh..aku tak pasti komen ni kena dengan entry ni..cuma ak rasa, memg ramai yg sibuk jaga hati,prasaan org luar..sampai lupa hati dan prasaan keluarga sndiri.

    ReplyDelete
  7. aku salu bace kisah2 seumpamanya macam ni.. taapi citer yang ni aku blum baca lagi... Alwiz ingt family...

    ReplyDelete
  8. kdg2 aku rasa ati aku ni keras sgt.. mungkin sbb aku x pernah rasa kehilangan, tp ada perkara aku rasa aku hanya berdiri atas kaki sendiri. aku x pernah merasai apa yg dikatakan "kasih syang" terutama dari org yg amat aku harapkan... bukan aku membenci cuma, utk menjiwai citer2 mcm ni sgt payah bg aku...coz there is a story behind the line...

    ReplyDelete
  9. hati mana yg x tersentuh...

    ReplyDelete
  10. pertama kali baca..aduh sedih..sebak membacanya..

    ReplyDelete
  11. aku sensitif,,, aku salu berdosa,, kerana aku selalu terasa,, dengan bonda,, tapi aku sayang dia,, lebih dari segala :'(

    ReplyDelete
  12. Sedih... teringat arwah emak... :(

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: SAYA SAYANG IBU SANGAT-SANGAT Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa