Latest News
Friday, July 10, 2015

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi | Permasalahan makhluk perosak bukan hanya menjadi masalah kita sahaja, malahan masalah ini menjadi masalah masyarakat di dunia. Seringkali kita dibangkitkan dengan permasalahan makhluk perosak yang begitu sinonim dengan kehidupan seharian antaranya tikus, lipas, semut, nyamuk dan juga anai-anai. Ikuti ulasan dan info-info menarik yang ingin B2U (blogger2u) jelaskan dan apa kaitanya dengan eksperimen yang ingin B2U kongsikan ini dengan Serai Wangi ?.

Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Makhluk Perosak


Apa Itu Makhluk Perosak ?

Makhluk perosak ialah haiwan atau serangga yang menjejaskan iaitu kepada manusia dan keperihatinan manusia termasuklah tumbuh-tumbuhan. Lazimnya makhluk perosak atau serangga perosak ini berada di sekitar anda termasuklah di luar dan di dalam rumah.


Kenali Makhluk / Serangga Perosak di Sekitar Anda
Sebagai pemegang lesen pengendali dan pemakai racun makhluk perosak (APA) suka B2U kongsikan beberapa jenis makhluk perosak yang seringkali menjadi masalah kepada masyarakat rakyat Malaysia (selain anai-anai) adalah seperti ;

  • Lipas
  • Semut
  • Tikus

Jenis-Jenis Lipas

Sepertimana yang kita sedia maklum lipas sememangnya memberi masalah kepada kehidupan manusia sejak dari dahulu lagi. Ianya bukan satu permasalahn yang baru dalam kehidupan seharian, baik di rumah, di kilang-kilang, hotel-hotel dan juga di restoran-restoran.

Beberapa jenis lipas yang wujud di Malaysia yang mana seringkali mendatangkan masalah kepada kita adalah seperti berikut ;

  • Lipas Amerika  (Periplaneta americana)
  • Lipas Oriental (Blatta orientalis)
  • Lipas German (Blatella germanica)
  • Lipas Brown Banded (Supella longipalpis)
Kebiasanya lipas ini populasinya terbahagi kepada 2 jenis sahaja iaitu Lipas Amerika dan Lipas German sahaja. Berdasarkan pengalaman dan kajian yang telah B2U lakukan selama beberapa tahun berkecimpung dalam teknik-teknik mengawal serangga makhluk perosak ini Lipas Amerika hidupnya bersama-sama Lipas Oriental.


spesis lipas yang terdapat di Malaysia - Serai wangi Afy haniff
Jenis-jenis Lipas yang mudah ditemui di Malaysia

Lipas Amerika dan Oriental dilihat adalah seakan-akan sama cuma perbezaan ketara ialah Lipas Amerika mempunyai sayap dan Lipas Oriental tidak mempunyai sayap. Kedua-dua lipas ini mempunyai saiz yang hampir sama iaitu sebasar ibu jari anda. Lipas ini kebiasaan mudah di dapati di rumah-rumah. Habitatnya di tempat-tempat yang kotor, basah dan lembab. Tidak hairanlah lipas ini seringkali di temui di dalam longkang, rumah sampah, di dapur-dapur dan di restoran-restoran. Lipas ini aktif pada waktu malam dan berlari ke arah kaki anda atau terbang jika di ganggu.


Lipas German dan Brown Banded saiznya lebih kurang sama akan tetapi Brown Banded mempunyai bahagian ekornya berbentuk bulat manakala Lipas German berbentuk tirus. Perbezaan ketaranya ialah Lipas German mempunyai sayap dan Brown Banded tidak mempunyai sayap. Lipas ini sifatnya agak "high class" dan mudah di temui di hotel-hotel, restoran makanan segera sehingga restoran biasa dan juga di dalam kenderaan. Habitatnya hampir sama dengan Lipas Amerika bezanya lipas ini tidak hidup di longkang-longkang dan tempat agak basah. Lipas ini berbeza sedikit dengan Lipas Amerika dan Oriental, ianya akan berlari menyorok di celah-celah lubang, mesin dan sebagainya jika di ganggu atau terkejut apabila lampu di buka. Juga aktif pada waktu malam dan saiznya kecil sebesar Biji Kuaci (matahari).

JENIS-JENIS TIKUS

Tikus banyak menimbulkan masalah di segenap penjuru dunia dengan sentiasa mengekori ke mana sahaja manusia berada. Populasi tikus seluruh dunia menunjukkan peningkatan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan suasana persekitaran yang membolehnya tikus-tikus ini mencari makanan dan membentuk komuniti di kawasan berkenaan, terutamanya di kawan perumahan, industri, restoran dan juga perhotelan.

Tikus merupakan antara musuh manusia yang paling tegar dan menyebabkan berbagai penyakit yang merbahaya termasuklah wabak, kencing tikus (Leptospirosis), keracunan makanan, penyakit alahan tikus dan lain-lain. Tahukah anda sepasang tikus mampu membentuk komunitinya seramai 2000 ekor setahun?.

Jom kenali jenis-jenis tikus yang seringkali masuk kerumah anda mahupun yang sering anda lihat di persekitaran anda. Tiga Jenis tikus yang biasa terdapat di Malaysia adalah

  • Tikus Norway (Rattus Norvegicus)
  • Tikus Bumbung (Rattus Rattus)
  • Tikus Rumah (Mercit / Cencurut)


Tikus Norway
Besar dan cergas, berat dalam linkungan 300g, saiz badan antara 19 ke 22 cm, panjang ekor sekitar 15 ke 22cm. Mempunyai muncung muka yang mendatar telinga yang kecil diliputi sedikit bulu, mempunyai mata yang kecil. Ekornya gelap pada bahagian atas dan cerah di bahagian bawah
Bulunya kasar, berwarna coklat bercampur hitam pada bahagian atas badan dan kelabu atau kuning keputihan pada bahagian bawah badan. Najis berbentuk kapsul sebesar 20mm dan penglihatannya rabun dan buta warna tetapi mempunyai deria bau yang amat baik.


Tikus Norway - serai wangi Afy Haniff
Tikus Norway kelihatan lebih gelap berbanding tikus biasa


Pemakanannya bersifat "omnivorous" atau pelbagai dan lebih kepada bahan berdaging seperti ikan dan lain-lain. Makan dalam lingkungan 28g sehari. Amat berhati-hati dengan objek baru dan penakut. Boleh memanjat tetapi tidak berapa tangkas dan cekap berenang.Tinggal di dalam lubang di dalam tanah. Berkeliaran di sekitar 20m ke 50m dari kawasan sarangnya. Hidup dalam lingkungan 9 ke 12 bulan. Matang sekitar umur 2 ke 3 bulanSekali beranak sekitar 8 ke 12 ekor dan sebanyak 7 kali setahun.

Tikus Bumbung
Licik dan lebih kecil dari Tikus Norway. Berat sekitar 200g, panjang badan sekitar 15 ke 22 cm, dan ekornya lebih panjang dari badan sekitar 18 ke 25 cm. Muncung mukanya lebih runcing atau tajam
Bertelinga besar dan licin. Bermata galak dan besar serta keseluruhan ekornya berwarna gelap Bulunya perang kehitaman, lembut dan kemas. Najis berbentuk panjang kecil dan tajam dihujung dalam saiz 12mm. Rabun dan juga buta warna.

Tikus Bumbung atau Roof Rat - serai wangi afy haniff
Tikus Bumbung atau Roof Rat ekornya lebih gelap berbanding Tikus Norway

Mempunyai deria bau yang amat baik. Pemakanan bersifat omnivorous tetapi lebih kepada bijirin dan buah-buahan. Makan sebanyak 28g sehari. Amat berhati-hati kepada objek baru dan penakut
Amat cergas dan aktif memanjat. Bersarang pada bahagian atas rumah seperti loteng atau bumbung
Boleh berenang tetapi tidak gemar kepada air. Berkeliaran sekitar 30m ke 60m dari kawasan sarang
Jangka hayat sekitar 9 ke 12 bulan, Matang sekitar umur 2 ke 3 bulan dan Beranak dalam lingkungan 6 ke 10 ekor sebanyak 6 kali setahun.

Tikus Rumah (Cencurut)
Berbentuk kecil dan ramping, hanya seberat 15g, manakala saiz badan sekitar 6 ke 9cm, ekornya sepanjang 7 ke 10cm. Bentuk mulut yang muncung atau tajam, mempunyai telinga besar dan mata yang kecil. Ekor kecil yang gelap keseluruhannya dan berwarna coklat cerah atau perang atau hitam.
Najis berbentuk rod dan kecil sepanjang 3 ke 6mm. Rabun dan buta warna, juga punyai deria bau yang amat baik.

Tikus Rumah Berbentuk kecil dan ramping, hanya seberat 15g
Tikus Rumah Berbentuk kecil dan ramping, hanya seberat 15g


Lebih gemar kepada bijirin dan makan sebanyak 3g sahaja sehari. Sumber minuman biasanya diambil dari makanan. Tidak sensitif kepada objek baru dan tidak penakut. Boleh memanjat bersendirian dan bersarang sekitar kawasan makanan. Boleh berenang berkeliaran sekitar 3m ke 6m sekeliling sarang
Jangka hayat antara 9 ke 12 bulan. Matang setelah berumur 1.5 bulan dan beranak  sekitar 5 ke 7 ekor sebanyak 8 kali setahun.

INFO MINDA
Tahukah anda bahawa tikus mengambil masa selama 6 jam sehari (24 jam) untuk membersihkan dirinya? hakikatnya "mereka" tetap pengotor.


JENIS-JENIS SEMUT
Walaupun semut tidak memberi sebarang penyakit, akan tetapi kehadiran semut ini kedalam rumah anda amat menjengkelkan. Semut-semut ini seringkali mendatangkan masalah kepada kehidupan manusia. populasinya 3/4 daripada manusia di muka bumi ini.

Kebanyakan semut hitam atau kebun memasuki rumah Anda untuk mencari makanan dan mereka tertarik dengan makanan-makanan manis. Jom kenali jenis-jenis semut yang seringkali anda lihat tetapi anda tidak tahu apakah jenis atau nama semut berkenaan.

  • Semut Kebun
  • Semut Fir`aun
  • Semut Api 


Semut Kebun
semut pekerja dengan panjang 4-5mm tetapi Ratu semut panjangnya bisa mencapai 15mm. Ratu semut bertelur di musim semi di sarangnya yang terdapat dalam tanah tapi bisa juga di batu bata atau dibawah batu. Semut kebun menyukai makanan manis dan meninggalkan jejak di sarangnya untuk diikuti semut lainnya.

Semut Fir`aun 
panjang semut pekerjanya mencapai 1.5 -2mm dan Ratu mencapai 4 – 6 mm. Semut pekerja dan Ratu berwarna kuning kecoklatan. Semut ini cenderung hidup di bangunan besar dengan pemanas ruangan seperti Hospital, hotel dan blok apartment. Semut ini melakukan diet dengan membusukkan bahan makanan dan membawa bakteria berbahaya yang diambil saat mereka makan.

Semut Api 
Panjang semut pekerjanya mencapai 3mm dan Ratu semut mencapai 6mm. Semut ini berwarna coklat kemerahan dan hidup dalam koloni yang jumlahnya bisa mencapai 100,000 semut. Tiap koloni dipimpin oleh Ratu yang menghasilkan telur antara 150 dan 200 telur per hari. Semut api membuat gundukan yang tingginya boleh mencapai 2 kaki dan gundukan ini biasanya dibuat di tempat terbuka dan terkena sinar matahari. Semut api menyengat binatang dan manusia dan sengatannya sangat menyakitkan.


Kawalan Makluk Perosak
Sepertimana yang kita tahu kebiasaanya untuk menghapuskan atau menghalau serangga makhluk perosak ini kebiasaanya kita menggunakan pelbagai kaedah seperti menyembur "aerosol" yang di beli di pasaran atau menggunakan perkhidmatan Kawalan Serangga Perosakan (Pest Control) bagi yang berkemampuan, kebiasaanya ia memakan kos yang agak tinggi dan semburannya agak tidak sesuai di rumah lebih-lebih lagi jika mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Antara rawatan atau jenis kawalan yang di gunakan adalah seperti berikut;

  • Tikus - Jenis kawalannya adalah pengumpanan (baiting).
  • Lipas - Jenis kawalannya adalah semburan (residual) atau pengumpanan (baiting).
  • Semut - Jenis kawalannya adalah semburan (residual) atau pengumpanan (baiting)
Sungguh pun kaedah-kaedah di atas menggunakan racun (chemical) berkelas 4 yang di benarkan berada di pasaran tetapi sedikt sebanyak memberi kesan kepada kehidupan manusia pada jangka masa yang panjang.

Kenapa bayar lebih jika anda mampu mengawalnya apatah lagi menghapuskannya SENDIRI?

Eksperimen Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Beberapa hari lepas B2U terima beberapa jenis produk Serai Wangi yang selalu B2U dengar di corong radio ERA. Kini tiba masanya B2U membuat beberapa eksperimen bagaimana cara mengatasi atau perkataan lebih tepat adalah bagaimana untuk menghalau serangga makhluk perosak ini dengan Serai Wangi.

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Menggunakan Produk Serai Wangi anti lipas keluaran Afy Haniff sebagai Eksperimen


Bagaimana Produk Serai Wangi ini mampu menghalau tikus, lipas dan semut? tunggu kemaskini entri B2U yang akan datang.

Kenapa Serai Wangi adalah sesuatu yang sesuai di gunakan untuk menghalau Serangga makhluk perosak ini?? juga tidak ingin B2U ulaskan di sini lagi tunggu eksperimen B2U selesai dahulu.

Serai Wangi Anti Lipas Afy Haniff
Sebuku Serai Wangi Anti Lipas Afy Haniff diletakkan di tempat seringkali ternampak kelibat Lipas Jenis Amerika

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Menggunakan Produk Serai Wangi anti Tikus keluaran Afy Haniff sebagai Eksperimen


Serai wangi anti Tikus Afy Haniff diletakkan laluan tikus
Serai wangi anti Tikus Afy Haniff diletakkan laluan tikus


Untuk eksperimen kali ini B2U tumpukan kepada 2 masalah utama yang menghantui penghuni rumah B2U iaitu Lipas dan Tikus. Antara 2 tempat yang menjadi permasalahan di rumah adalah di kabinet dapur Gas (Lipas Amerika) dan di bilik setor (Tikus rumah). Tunggu lapuran B2U di episod akan datang adakah produk Serai Wangi Afy Haniff ini benar-benar berkesan?. Sila baca entry ini Serai Wangi Afy Haniff Berkesan Halau Serangga Perosak ..!!


INCOMING SEARCH TERM :

Serai Wangi, serai wangi Afy Haniff, Halau lipas dengan serai wangi, Halau tikus, Menghalau makhluk serangga perosak, Halau serangga perosak dengan serai wangi, Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. saya dah guna produk afy haniff ni mmg berkesan halau lipas kat rumah saya...

    ReplyDelete
  2. Serai terbaik juga untuk menghalau nyamuk dan lalat. Campurkan dengan lilin sebelum dibakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang terbaik saya dah cuba.. memang berkesan kalau nak halau serangga makhluk perosak ni.
      #SWSeries #SeraiWangiAFY #ReclaimYourSpace #seraiwangi #SWhanging

      Delete
  3. setakat ni letak kucing je dulu..takde lagi masalah tu semua..ohoho..tapi masalahnya kena bagi makan plak kat kucing tu.ahaaha

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa