Latest News
Friday, April 20, 2018

Meninjau Aktiviti Burung Di Kuala Kubu Baharu | Birding Activity

Meninjau Aktiviti Burung Di Kuala Kubu Baharu | Birding Activity | Satu pengalaman baru bilamana baru-baru ini berkesempatan menyertai satu program bersama-sama "Geng Media" anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Program yang dinamakan "Birding activity" atau "Bird Watching" atau "Meninjau aktiviti burung" atau "skodeng burung".

Perbezaan kali ini ianya bukanlah aktiviti merakam gambar seperti di dalam Taman Burung Kuala Lumpur akan tetapi burung-burung yang hendak di tinjau adalah burung yang habitatnya bebas di alam semulajadi. Agak mencabar, tetapi inilah cabaran yang amat menyeronokkan.


Meninjau Aktiviti Burung Di Kuala Kubu Baharu | Birding Activity
Yellow-browed Bulbul

Birding Activity | Meninjau Burung

"Bird Watching" Bunyinya agak janggal, tapi aktiviti meninjau burung ini tidak asing bagi penggemar fotografi burung. Di sana, Kuala Kubu Baharu (KKB) program kami diselaraskan oleh Puan Azlina Mokhtar yang mana menjadi orang yang di pertanggungjawabkan dalam aktiviti menjejak burung-burung yang dikatakan ada sesetengah spesis disini yang datangnya bukan dari kelompok spesis tempatan.

Puan Azlina Mokhtar, Town Planner, Hulu Selangor District Council
Puan Azlina Mokhtar, Town Planner,
Hulu Selangor District Council

Spesis Burung Di Taman Millennium

"Birding activity" ini tertumpu di Taman Millenium (Millenium Park) yang mana tasik ini terletak di kawasan berlatar belakangkan kawasan hutan dan bukit bukau. Situasi di sini jauh berbeza dengan Paya Indah Wetlands di Dengkil Selangor. Sepanjang tinjauan kami ini ianya tidak mendukacitakan kerana terdapat beberapa spesis yang dapat B2U rakamkan dengan lensa Tamron 300mm. Antara spesis yang mudah didapati di kawasan ini adalah seperti berikut ;
  1. Black Crowned Night Heron.
  2. Black Naped Oriole.
  3. Common Iora.
  4. Common Chiffchaff
  5. Common Myna.
  6. Asian Glossy Starling.
  7. Blue Tailed Bee eater
  8. Black Headed Bulbul.
  9. Stripe Throated Bulbul.
  10. Yellow-browed Bulbul.
  11. Yellow Vented Bulbul.
  12. Barn Swallow.
  13. Oriental Magpie Robin (Murai).
  14. Paddyfield Pipit.
  15. Cattle Egret.
  16. Pink-Necked Green Pigeon.


Gambar-gambar Burung Sekitar Birding Aktiviti

Antara gambar spesis burung yang berjaya B2U rakam sepanjang tinjauan dilakukan adalah seperti berikut;

Black-crowned Night Heron - birding activity kuala Kubu baharu
Black-crowned Night Heron

Black Naped Oriole - birding activity majlis daerah hulu selangor
Black Naped Oriole

Common Chiffchaff - birding activity kkb
Common Chiffchaff

Common Iora - birding activity Majlis daerah hulu selangor
Common Iora

Common Myna
Common Myna

Asian Glossy Starling -  birding activity majlis daerah hulu selangor
Asian Glossy Starling

Chesnut Checked Starling - birding activity hulu selangor
Chesnut Checked Starling

Blue Tailed Bee Eater - birding activity KKB hulu selangor
Blue Tailed Bee Eater

Cattle Egret - meninjau burung Taman Millineum
Cattle Egret

Red-wattled Lapwing - millennium park
Red-wattled Lapwing

Paddy-field Pipit - millennium park
Paddyfield Pipit 

Green-billed Malkoha - birding activity
 Green-billed Malkoha

Faktor Kehadiran Burung


Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadi penyebab kehadiran burung-burung ke kawasan ini adalah seperti keadaan geografinya sendiri antaranya kawasan ini berdekatan kawasan bukit-bukau, lembah, persekitaran, dan bunga-bungaan dserta tumbuh-tumbuhan semulajadi yang menjadi punca atau sumber makanan burung-burung ini.

Buah hutan yang menjadi tumpuan beberapa jenis burung seperti Asian Glossy Starling Common Iora dan Chesnut Checked Starling.
Buah hutan yang menjadi tumpuan beberapa jenis burung seperti Asian Glossy Starling
Common Iora dan Chesnut Checked Starling.


Pokok jenis berbunga juga menjadi sumber makanan dan tumpuan jenis Common Iora
Pokok jenis berbunga juga menjadi sumber makanan dan tumpuan jenis Common Iora

Percutian Dengan Alam Semulajadi

group photo birding activity
Gambar Kumpulan - Birding activity, dari kiri Mr BirdMan Mr Durai dan Puan Azlina Mokhtar, Town Planner,Hulu Selangor District Council serta Geng Media.

Bagi penggemar dan pecinta alam semualajadi rasanya ke lokasi ini adalah pilihan yang tepat kerana MDHS ada menyediakan penginapan (Rumah Rehat) yang agak selesa, luas dan berhawa dingin di setiap bilik. Untuk keterangan lanjut anda boleh terus berhubung dengan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan melayari laman sesawang www.mdhs.gov.my atau di talian 03-60641331.

Antara aktiviti-akitivi yang di tawarkan di bawah kelolaan MDHS adalah seperti berikut :
  • Mendaki Gunung / Bukit
  • Aktiviti Basikal
  • White Water Rafting - Sungai Selangor
Lokasi-lokasi perkelahan dan rekreasi :
  • Sg Inki, Kalumpang
  • Air Terjun Semangkuk
  • Santuari Ikan Kelah, Sg Chiling
  • Rumah Rehat Gap
  • Rest House Seri Berkat, Bkt Fraser
  • Kawasan Rekreasi Sg Kedondong, Batang Kali
  • Air Terjun Sg Sendat, Ulu Yam
  • Taman Milenium, Kuala Kubu Baru
  • Rest House KKB
  • Hutan Lipur Pelajaran, Sg Kedondong
  • Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
  • Air Terjun Serendah
  • Kolam Air Panas Kerling, Kerling
  • Tapak Sukan Lasak, Kalumpang

Sila lawat Portal Rasmi MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR untuk keterangan lanjut.

Portal rasmi Majlis Daerah hulu Selangor



INCOMING SEARCH TERM :

Meninjau Aktiviti Burung Di Kuala Kubu Baharu, Birding aktiviti Kuala Kubu baharu, meninjau burung di Millennium park, birding photography
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. Macam menarik je tempat ni, burung banyak

    ReplyDelete
  2. hahaha cepatnya kamu post tentang trip kali ini...eh cantik semua burung yg kamu tangkap tu...siap dgn nama semua burung...boleh i pinjam beberapa gambar dan bagi kredit untuk kamu punya blog?

    MY-Emily

    ReplyDelete
  3. terbaik lah gambar-gambar burung nih bro..
    dah backlink ke sini sbb takde langsung gambor burung di blogpost,haha

    ReplyDelete
  4. meoowww..eh, burung lah..tweet2..phewiittt..kkikiki..cahntek2 gmbr nye :)

    http://www.norainyusoff.com/2014/03/tutorial-shawl-labuh-dengan-gunakan.html

    ReplyDelete
  5. wow wow cantikkkknyeeeeeeeee bird berterbangan..
    Gambar yg sgt cantik..

    ReplyDelete
  6. nice shoot!
    tak tau plak kg sendiri ade banyak jenis burung... huhu..

    one day if ade cam yg mcm potia, bleh gak join.. kikikikiki..

    ReplyDelete
  7. Wow profesional sgt pengambil gambar ini seperti pakar dalam rancangan National Geography.. cantik bro suka tgk...

    ReplyDelete
  8. payah juga nak ingat nama burung ni

    ReplyDelete
  9. Smart! Mmg terbaiklah foto-foto burung ni!

    ReplyDelete
  10. Anak2 saya suka tengok burung..boleh masuk wistlists nt ni

    ReplyDelete
  11. syok giler..kena ada tele la ni..

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Meninjau Aktiviti Burung Di Kuala Kubu Baharu | Birding Activity Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa