Latest News
Saturday, June 09, 2018

Subhanallah ! Berjalan kaki 5700KM Untuk Tunaikan Haji

Subhanallah ! Berjalan kaki 5700KM Untuk Tunaikan Haji | Assalamualaikum, Menunaikan Fardu Haji bagi umat Islam adalah wajib bagi menuntut rukun Islam yang ke lima (5) bagi mereka yg berkemampuan. Apa yang hendak di kongsikan kali ini adalah kisah lama yang kali ini terpanggil untuk kongsikan artikel daripada keratan akhbar Kosmo Online yang di tulis pada tahun 2012.

Subhanallah ! Berjalan kaki 5700KM Untuk Tunaikan Haji


Artikel ini mengisahkan seorang lelaki Islam warganegara Bosnia berusia 48 tahun pada tahun ini (2013) yang sanggup berjalan kaki sejauh 5700 Kilometer (KM) semata-mata untuk menunaikan Haji. Bertapa kuat dan hebatnya insan ini, bertapa cekal hatinya demi untuk melakukan atau memenuhi tuntutan Allah.

Keratan Kosmo : Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan Haji
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP


INCOMING SEARCH TERM :

Berjalan kaki 5700KM Untuk Tunaikan Haji, tunai haji jalan kaki, berjalan kaki tunaikan haji. 5700km berjalan kaki, lelaki berjalan kaki tunaikan haji
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

9 comments:

  1. di mana ade kemahuan,di situ ade jalannya..insya'allah. :)

    ReplyDelete
  2. kalau niat baik memang insyaAllah Allah akan tunjuk jalan.. kita? mampu ke nak contohi beliau?? owh.

    ReplyDelete
  3. inilah umat yg benar2 cintakan agama Islam

    ReplyDelete
  4. subhanallah.. tabahnya beliau.. memang kagum dengan kekuatan fizikal dan mentalnya..

    ReplyDelete
  5. moga kita pun punya determination setinggi beliau,, amiin

    ReplyDelete
  6. dengan izin Allah....
    hampir setahun perjalan dia.. semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk dia hari ni

    ReplyDelete
  7. Kekuatan iman lah yang menggerakkan hatinya dan melangkahkan kakinya untuk menggapai ridho ilahi...

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Subhanallah ! Berjalan kaki 5700KM Untuk Tunaikan Haji Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa