Latest News
Tuesday, March 13, 2018

Nombor Plat Kenderaan Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Nombor Plat Kenderaan Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu | Salam Hormat, masih tidak terlambat untuk Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Artikel kali ini saya ingin kongsikan mengenai nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia yang mungkin anda tidak tahu maksud di sebalik nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

Nombor Plat Kenderaan Malaysia
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (Sumber gambar google)

Perasan atau tidak, adakalanya kita terserempak dengan nombor-nombor plat kenderaan yang agak pelik ketika memandu atau di kawasan pakir pasaraya. Kebiasaanya nombor-nombor plat pelik ini kelihatan "mahal" di tambahkan pula di padankan dengan kereta mewah menampakkan nombor tersebut begitu eksklusif.

Nombor Plat Kenderaan Cecah Jutaan Ringgit

Seperti yang kita sedia maklum, setiap "Nombor Cantik" ianya dibida sehinggakan mencecah ratusan ribu ringgit sehingga jutaan ringgit. Tidak hairanlah pemilik kenderaan tersebut di kalangan "orang berada" atau orang-orang berduit. Bukan sekadar nombor saja mahal, tapi kenderaan yang di gunakan juga tidak kurang mewahnya.


Menurut [sumber], berikut antara nombor plat / kenderaan yang dibida / dibeli dengan harga mencecah jutaan ringgit.




  • WWW 1 : MYR 520 000.00 (Sultan Johor)
  • W 1 N : MYR 748 000.00
  • V 1 : MYR 989 780.00
  • F 1 : MYR 836 660.00
  • VR 46 : MYR 55 002.20
  • WWW 3 : RM 360,000.00
  • WWW 9 : RM350,000
  • MCA 1 : RM 300,100.00
  • RM 8 : RM 297,000.00
  • WWW 5 : RM 220,000
  • TAY 1 : RM 242,000.00
  • BMW 5 : RM 188,100.00
  • BMW 8 : RM 174,776.00
  • BMW 11 : RM 165,000.00
  • WWW 888 : RM 165,000.00
  • WWW 99 : RM 145,000
  • BMW 3 : RM 132,000.00
  • WWW 333 : RM 110,036
  • BMW 6 - RM 97,777.00 (Datuk Lee Chong Wei)

  • Nombor Plat Kenderaan Dan Maksudnya

    Kebiasaannya kita akan mengetahui nombor plat sesebuah kenderaan tersebut berdasarkan awalan sesuatu nombor tersebut mengikut negeri masing-masing, akan tetapi ada nombor-nombor yang kita tidak pasti kenapa wujudnya nombor-nombor seperti berkenaan?. 

    Nombor Plat Kenderaan
    PERFECT - Nombor Plat Kenderaan khas (Sumber gambar paultan.org)

    Di sini saya kongsikan kepada anda nombor-nombor plat kenderaan dari awalan kepada negeri-negeri di seluruh Malaysia dan nombor-nombor yang jarang kita jumpa.

    A = Perak
    B = Selangor
    C = Pahang
    D = Kelantan (Nota : No plat D hanya diperuntukkan setelah Kelantan & Terengganu berpisah dari berkongsi plat T - Timur).
    E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
    EJ = Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
    ES = Sandakan
    ET =Tawau
    ED = Lahad Datu
    EU = Keningau
    EK = Kudat
    EL = Labuan
    F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
    G = Gagasan 1Malaysia
    H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
    HA = Perak
    HB = Selangor
    HC = Pahang
    HD = Kelantan
    HJ =Johor
    HK = Kedah
    HL = Labuan
    HM = Melaka
    HN = Negeri Sembilan
    HP = Pulau Pinang
    HQ = Sarawak
    HS =Sabah
    HT =Terengganu
    HW =Kuala Lumpur
    J = Johor
    K = Kedah
    KV = Langkawi
    L = Labuan
    M = Melaka
    N = Negeri Sembilan
    P = Pulau Pinang
    Q = Sarawak
    QA & QK = Kuching
    QB = Sri Aman
    QC = Samarahan
    QL =Limbang
    QM = Miri
    QP = Kapit
    QR = Sarikei
    QS = Sibu
    QT = Bintulu
    R = Perlis
    S = Sabah (ditukar daripada E)
    SA, SAB & SAC = Kota Kinabalu
    SB = Beaufort
    SD = Lahad Datu
    SK = Kudat
    SS = Sandakan
    ST = Tawau
    SU = Keningau
    T = Terengganu
    V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
    W = Kuala Lumpur (siri pertama)
    Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    Z = Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
    ZA - ZD = Tentera Darat Malaysia (TDM)
    ZL = Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
    ZU = Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
    ZZ = Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
    JZ & JMF = Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

    Nombor Plat Kenderaan Khas

    Berikut adalah nombor plat kenderaan khas yang telah dikeluarkan bagi melambangkan sesuatu pertubuhan, pembukaan, persidangan atau jenama keluaran pertama yang terdapat di Malaysia.

    Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Putrajaya dibuka
    PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
    Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
    Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
    Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
    Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
    PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
    NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
    LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
    Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
    Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Kriss
    Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Jaguh

    Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
    BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
    SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
    X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
    XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
    XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
    XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam

    G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
    GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
    1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
    Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
    TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan 'Transformasi Terengganu Baharu' yang direka oleh kerajaan negeri Terengganu

    VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
    GP : Hanya dikeluarkan untuk kereta-kereta rasmi Grand Pix di Litar Antarabangsa Sepang
    SAS : Hanya dikeluarkan sempena Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah yang Ke-40
    PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Pong Tenis Malaysia

    Di harap informasi ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan kepada anda. Sila kongsikan jika artikel Nombor Plat Kenderaan Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.


    INCOMING SEARCH TERM :

    Nombor Plat Kenderaan Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Nombor Plat Kenderaan Malaysia
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 comments:

    1. Adoii..x sayang duit kem.plat number je kot kan..ratus ribu tuuuu..bg SA bleh pi shopping

      ReplyDelete
    2. ayoyo harga no plate kereta boleh beli kereta satu lagi adoyaii

      ReplyDelete
    3. Update untuk no plat US(untuk seniman)

      ReplyDelete

    NO SPAM ALLOWED !!!
    Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

    Item Reviewed: Nombor Plat Kenderaan Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u