Latest News
Tuesday, January 08, 2019

Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong

Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong | Assalamualaikum dan salam hormat semua pembaca Blogger2u semua. Kali ini saya nak kongsikan prihal kahwin pula. Bukan saya nak kawin tapi nak kongsi pasal pembukaan rasmi satu lagi dewan perkahwinan terbaru dan juga pakej perkahwinan lengkap yang mana saya turut hadir dalam majlis pembukaan yang gilang gemilang tersebut. Majlis tersebut di serikan lagi dengan kehadiran Azli Jaafar (Senario) membuatkan majlis pada malam itu menjadi bertambah meriah.

Artis jemputan Azli Senario semasa pembukaan Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda
Artis jemputan Azli Senario semasa pembukaan Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda

Sebelum ini saya pernah menulis satu artikel mengenai pakej perkahwinan lengkap yang terletak di Ambassador Putrajaya. Kalau anda terlepas pandang anda boleh bacanya [di sini]. Di artikel tersebut saya telah terangkan secara lengkap antara pakej-pakej perkahwinan yang di sediakan oleh Hanana Group ini.

Keselesaan tetamu yang hadir mengambil makanan
Keselesaan tetamu yang hadir mengambil makanan

Minggu lepas tanggal 05 Januari 2019 Hanana Group Sdn Bhd melebarkan sayapnya dengan membuka satu lagi cawangannya yang terletak di alamat Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor. Dewan perkahwinan yang di beri nama Lugar De La Boda ini di bina di tanah lot yang mana dewannya sangat luas. Bersesuaian dengan kehendak pelanggan masakini dewan Lugar De La Boda ini dibina dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Jika anda ke sini sendiri anda dapat melihat keindahan hiasan dalaman dewan ini serta persekitaran luaranya yang sangat cantik.

Salah satu hiasan pelamin Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda
Salah satu hiasan pelamin Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda

Bercakap pasal pakej perkahwinan, perkara yang kita selalu titik beratkan adalah tentang makanan. Jujur saya katakan menu yang disediakan untuk para tetamu memang sedap-sedap belaka. Selain itu juga terdapat vendor-vendor yang boleh anda pilih untuk menyediakan kudapan dan hidangan istemewa seperti cendol, ais krim, kambing Panggang, ayam gunting, apam balik crispy, cucur udang, kuih-muih tradisi dan banyak lagi.

kambing Panggang
kambing Panggang

Aneka jenis menu masakan
Aneka jenis menu masakan

Aneka kuih muih tradisi melayu
Aneka kuih muih tradisi melayu

Vendor Apam Balik - Salam satu vendor yang boleh anda tempah
Vendor Apam Balik - Salam satu vendor yang boleh anda tempah

Vendor Lugar De La Boda
Vendor bahagian tepi dewan
Seperti mana Pakej Lengkap Perkahwinan Ambassador Putrajaya yang saya tulis di artikel yang lepas, Lugar De La Boda juga mempunyai pakejnya sendiri. Harga asal pakej mereka sebanyak RM28,000 akan tetapi untuk tempoh promosi pembukaan anda diberi diskaun RM5000 yang menjadikan pakej perkahwinan di Dewan Lugar De La Boda cuma RM23,000 sahaja. Berikut adalah harga pakej per pax selepas potongan harga.

  • 1000 pax - RM23,000
  • 800 pax - RM 20,800
  • 700 pax - RM 18,000
  • 500 pax - RM 16,000
  • 300 pax - RM 14,000
Apa yang anda dapat jika menempah pakej perkahwinan di Lugar De La Boda ini. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh rujuk flayer di bawah ini.

Pakej Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong
Pakej Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong

Dengan mengambil pakej ini tidak ada apa yang harus anda runsingkan lagi kerana semuanya lengkap termasuk baju pengantin, make up, DJ dan banyak lagi. Pendek kata bawa diri je ke sini di hari majlis perkahwinan anda nanti.

Tuan CEO (3 dari kiri) bersama ahli keluarganya
Demi keselesaan orang ramai Hanana Group menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pengantin dan para tetamu yang hadir seperti tandas, surau dan juga bilik khas untuk acara akad nikah. Di samping itu untuk pengetahuan anda juga dewan ini mampu memuatkan 50 buah meja dan 500 kerusi chivari gold di dalam satu masa.

Seandainya anda berminat atau ingin bertanyakan tentang pakej yang di sediakan oleh dewan perkahwinan Lugar De La Boda anda boleh hubungi mereka seperti butiran di bawah.

Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752
Office - 0166700471
Office - 0166700473

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Website
Facebook
Instagram


INCOMING SEARCH TERM :

Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong, Lugar De La Boda Puchong Pakej perkahwinan lengkap, pakej perkahwinan murah,
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. kalau nakntempah untuk bulan 3 masih adaalagi tak?

    ReplyDelete
  2. tuan boleh cuma hubungi no yg saya senaraikan kat bawah tu

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pembukaan Rasmi Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda Puchong Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u