Keupayaan Lensa Sigma 17-70mm f/2.8-4 OS HSM Macro (C) | Lama rasanya tak update blog berkisahkan tentang gambar atau kamera. Bukan tak nak buat entry pasal kamera atau lens, cuma tak ada modal (idea) apa nak di tuliskan. Ok, kali ini Blogger2u (B2U) ada sekeping dua gambar yang hendak di kongsikan pada artikel kali ini.
Lensa Sigma 17-70mm f/2.8-4 DC OS HSM Macro C (Contemporary) |
Lensa atau Lens Sigma 17-70mm yang dibina mempunyai kemampuan untuk bermakro di dalam kelasnya yang tersendiri. Tidak seperti Sigma 70-300mm macro, boleh baca di artikel ini (Aktiviti Riadah dan Fotografi di Paya Indah Wetlands) lensa ini mempunyai capaian untuk mendekati objek dengan kadar Zoom maksima sehingga 70mm pada jarak minima subjek dengan lens cuma 2.2 inchi (1:2.8) amat mengagumkan.
Makro atau macro 35% Crop hasilnya masil tajam |
Kadar keluasan bukaan aperture adalah f/2.8 - 4 sehingga minimum di kedudukan f/22 sangat sesuai untuk keadaan kurang cahaya (low light). Walaupun lens ini dibina dengan aperture tidak tetap f/2.8-4 di kedudukan 17mm hingga 35mm dan f/5.6 pada kedudukan 70mm sudah memadai untuk mendapatkan kadar bokeh yang maksima pada jarak objek yang tertentu.
Exif info : FL55mm / 30sec / f22 / ISO 200 - Lokasi Jambatan Sri Wawasan, Putrajaya, Malaysia 1145pm |
Spesifikasi Lensa Sigma 17-70mm f/2.8-4 DC OS HSM Macro C
Apa yang membuatkan Lens Sigma ini lebih menarik adalah"focusing"nya yang langsung tidak kedengaran (senyap) dan kecepatan fokus kerana teknologi lens ini dibina lengkap dengan HSM (Hyper Sonic Motor). Masalah gegaran atau tidak stabil ketika mengambil gambar tanpa menggunakan tripod tidak lagi timbul kerana ianya juga di lengkapi dengan Optical Stabilizer (OS) yang membuatkan hasil gambar anda menjadi lebih tajam sehingga tidak perlu di edit langsung atau sedikit pengeditan.
Focal Length
|
17 - 70mm Comparable APS-C 1.6x Focal Length: 27.2 - 112 mm
|
---|---|
Aperture | Maximum: f/2.8 - 4Minimum: f/22 |
Format Compatibility | DSLR (APS-C Sensor) |
Angle of View | 79.7° - 22.9° |
Minimum Focus Distance | 8.66" (22 cm) Minimum Macro at 70 mm - 2.2" |
Maximum Reproduction Ratio | 1:3 |
Elements/Groups | 16/14 |
Diaphragm Blades | 7 |
Image Stabilization | OS - Yes |
Autofocus | HSM - Yes |
Filter Thread | Front:72 mm |
Dimensions (DxL) | Approx. 3.11 x 3.23" (79 x 82 mm) |
Weight | 16.40 oz (465 g) |
Package Weight | 1.4 lb |
Box Dimensions (LxWxH) | 6.0 x 4.3 x 4.1" |
Contoh Gambar Sigma 17-70mm f/2.8-4 DC OS HSM Macro C
Jenis kontemporari lens Sigma ini boleh di lihat pada bahagian bawah setiap lens buatan Sigma yang mempunyai pelekat kekal (C) "Contemporary" yang memberi maksud "deeming" yang ringan dan padat yang mampu mempamerkan prestasi optik yang tinggi.
Exif info : FL58mm / 1/100 / f4 / ISO 500 - Menggunakan cahaya sedia ada dan spedlight (hala ke syiling) |
Ketajaman gambar dengan warna yang semulajadi memberikan gambar menjadi lebih berkualiti walaupun di ambil pada kadar ISO yang tinggi (500 - 800). Noise yang di hasilkan sehingga tidak kelihatan lansung. Berikut adalah contoh-contoh gambar terkini yang di ambil menggunakan lensa Sigma ini.
Exif info : FL53mm / 1/100 / f4 / ISO 500 - Menggunakan cahaya sedia ada dan spedlight (hala ke syiling) |
Exif info : FL53mm / 1/100 / f4 / ISO 500 - Menggunakan cahaya sedia ada dan spedlight (hala ke syiling) |
Exif info : FL53mm / 1/100 / f4 / ISO 500 - Menggunakan cahaya sedia ada dan spedlight (hala ke syiling) |
Dengan menggunakan unit OS yang lebih kecil dan pengagihan di optimumkan elemen optik dan elektronik, saiz lensa boleh dikurangkan saiz dengan kira-kira 30%. Pengurangan berat lensa juga diberikan sebahagiannya melalui penggunaan bahan-bahan TSC dalam pembinaan laras. Bahan ini memberikan ketahanan yang tinggi walaupun kurang komponen logam dalam pembuatannya.
Jika anda sedang keliru untuk mencari Lens yang serbaguna di semua keadaan, memiliki lens ini adalah pilihan yang tepat. Harga pasaran tempatan antara RM1500 sehingga RM 1800 atau terdapat similar lens yang lebih kurang serupa seperti Sigma 17-50mm di pasaran yang lebih murah seperti Tamron 17-50mm di pasaran. Moga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
cantik gambar tu.. lens pun best
ReplyDeleteterima kasih tuan
DeleteMenarik ulasannya
ReplyDeleteterima kasih tuan
Delete