Latest News
Wednesday, January 09, 2019

Jana Pendapatan Sambil Mencari Pahala Akhirat Dengan BeanaHomeQuran

Jana Pendapatan Sambil Mencari Pahala Akhirat Dengan BeanaHomeQuran | Assalamualaikum dan salam hormat semua, masih tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2019 kepada semua pembaca Blogger2u. Semoga tahun 2019 ini menjadi tahun yang lagi bermakna buat kita semua, Insya Allah.

Saban hari masa bergerak begitu pantas sekali, sedar tidak sedar kita meninggalkan hari-hari berlalu begitu saja. Kekangan masa dengan kesibukan bekerja dan menguruskan anak-anak membuatkan kita kadang-kadang terlupa dengan tuntutan membaca Al-Quran ini. Ye lah.. balik kerja pun dah penat keluar pagi balik dah lewat petang, dan begitulah juga dengan anak-anak yang mana pagi ke sekolah kebangsaan manakala petangnya ke KAFA dan malamnya pula sibuk untuk menyiapkan kerja sekolah. Mengaji tidak lagi menjadi satu amalan.

Mengaji - Beanahomequran
Mengaji - Beanahomequran

Oleh yang demikian, di sini saya nak kongsikan dengan anda semua, yang mana masa tidak mencukupi untuk mengenal dan membaca Al-Quran mahu pun yang ingin mencari pendapatan sampingan tidak lagi menjadi masalah dengan BeanaHomeQuran kerana semua itu anda boleh lakukan pada hujung minggu atau pada masa terluang anda sendiri.

Apa Itu BenaHomeQuran?

Pertama sekali saya perkenalkan kepada anda apa itu Beanahomequran. Kalau anda nak tahu, sebenarnya BeanaHomQuran ini adalah sebuah platform alternatif yang membantu masyarakat untuk lebih mudah membaca Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar, fleksibel dan sangat sesuai kepada individu atau ibu bapa yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian. BeanaHomeQuran juga membantu pelajar atau fresh grad untuk mendapat peluang pekerjaan secara sambilan atau sepenuh masa dan diberikan latihan sebelum proses pembelajaran dimulakan bantu masyarakat dengan membina potensi diri dalam menyelami realiti kehidupan.

Barisan pengajar di bawah Beanahomequran
Barisan pengajar di bawah Beanahomequran

BeanaHomeQuran yang diasaskan oleh syarikat BEANA HomeQuran Sdn Bhd dan miliki penuh oleh bumiputra sejak Desember 2016 lagi bagi meneruskan deligasi perkembangan Islam sejagat bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam pada masa sekarang dan Insya Allah pada masa-masa mendatang.

BeanaHomeQuran bukan sahaja menawarkan kelas asas mengaji kepada pelanggan, malah turut membuka peluang pekerjaan bagi sesiapa yang ingin dan sedang mencari pekerjaan sambilan kepada yang berminat terutamanya kepada yang ingin menambahkan pendapatan sampingan.

Bersesuaian dengan maksud BEANA itu sendiri yang membawa maksud JADILAH SAYA, di ambil dari bahasa Inggeris dan Arab untuk menerapkan bahawa segala bentuk kejayaan di dunia dan akhirat adalah dari diri sendiri. Corak kehidupan di dunia, semangat hidup di dunia adalah bentuk permulaan yang baik dalam kehidupan setelah kematian.

Jadi Tutor Di BeanaHomeQuran

Zaman sekarang mencari pekerjaan yang sesuai dengan dengan kehendak dan masa diri sendiri agak susah. Ada kalanya belajar bidang lain tapi bekerja pula di bidang lain. Akan tetapi demi mencari rezeki yang Halal dan berkat kita terpaksa ketepikan semua itu. Sungguh pun sudah mempunyai pekerjaan yang tetap namun batasan kos sara hidup semakin meningkat kita terpaksa berjimat dan setidak-tidaknya terpaksa mencari pekerjaan sambilan.

9 Sebab untuk menyertai pasukan guru mengaji di Beanahomequran
9 Sebab untuk menyertai pasukan guru mengaji di Beanahomequran

Di sini saya nak kongsikan berita baik untuk anda yang sedang mencari kerja sambilan. Sekarang ni BeanaHomeQuran menawarkan perkerjaan sambilan kepada pelajar IPT, fresh grad atau sesiapa saja yang berminat untuk menjadi tutor/pengajar separuh masa.

Kenapa saya katakan ianya satu peluang yang baik? Di sini saya senaraikan 9 kelebihan menjadi tutor di BeanaHomeQuran?
  1. Anda boleh menyusun jadual kerja anda sendiri tanpa ada kongkongan dari pihak lain.
  2. Bekerja dengan waktu yang fleksible.
  3. Mengajar di lokasi anda pilih sahaja (Kuala Lumpur / Selangor & Putrajaya sahaja).
  4. Elaun yang lumanya.
  5. Mengajar Asas Al-Quran & Fardhu Ain sahaja.
  6. Insentif Belian Kereta dan Umrah.
  7. Penyata elaun disediakan.
  8. Hadiah (reward) disediakan.
  9. Latihan dan konsultansi juga diberikan kepada yang berminat.


Pengajar Lelaki Beanahomequran
Pengajar Lelaki Beanahomequran

Pengajar Perempuan Beanahomequran
Pengajar Perempuan Beanahomequran

Kalau lihat pada kelebihan yang disenaraikan diatas ianya bukan penghalang jika anda tidak mempunyai masa dan peluang. Kalau anda di terima bekerja di BeanaHomeQuran ini anda akan diberi elaun sebanyak RM30 untuk setiap jam. Kalau 10 jam sebulan pun anda sudah dapat RM300.

Antara skop kerja anda di Beana HomeQuran ialah ;
  • Mengajar Asas Al-Quran & Fardu Ain.
  • Mengajar kelas asas Hafazan.
  • Mengajar dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Mengajar kelas Advance.

Syarat-syarat dan kelayakan untuk menyertai Beana HomeQuran sebagai Tutor;
Warganegara Malaysia.
  • Lelaki atau Perempuan.
  • Berumur 20 tahun keatas.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pengajian Islam atau apa-apa sijil berkaitan yang diiktiraf.
  • Mengajar di sekitar Kuala Lumpur, Selangar dan Putrajaya.
  • Memiliki kenderaan.
  • Memiliki Smart phone.


Beanahomequran

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian dari BeanaHomeQuran sebagai tutor dan mempunyai kelayakan seperti yang di nyatakan diatas. Anda boleh menghubungi mereka terus dengan menghantar resume di link ini http://bit.ly/2ikDC4j atau boleh mendapatkan info-info lain di lama di bawah;

Facebook : beanahomequran
Instagram : @beanahomequran
Youtube : beanahomequran.com
Twitter : BeanahomequranO

Semoga informasi kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda sekiranya anda ingin belajar atau pun ingin menjadi tutor/pengajar di BeanaHomeQuran. Kongsikan kepada rakan-rakan anda jika entry ini memberi manfaat. Sampai jumpa lagi.


INCOMING SEARCH TERM :

Jana Pendapatan Sambil Mencari Pahala Akhirat Dengan BeanaHomeQuran, BeanaHomeQuran, tutor di beanahomequran, kerja sambilan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Jana Pendapatan Sambil Mencari Pahala Akhirat Dengan BeanaHomeQuran Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u