Latest News
Monday, July 30, 2018

Jom Serbu Food Tasting & Open Day Hanana Group

Food Tasting & Open Day Hanana Group | Salam hormat semua, lama juga aku tak kongsikan tempat-tempat menarik dan info fotografi kat blog ni. Al-maklumlah sibuk selesaikan masalah negara (konon2 bagi alasan kukuh.. hahaha..) Ok Gaisss... ni aku nak war-war kan kat korang pada hujung minggu kedua pada bulan depan iaitu tanggal 12 Ogos 2018 ini aku nak ke Ambassador Putrajaya sebab nak cuba try test makanan-makanan kat sana nanti... biasalah keje chef ni kena try makanan bila orang jempot... (mampos di punya auta...hahahha..) Eh !, taklah sebenarnya kat sana nanti bakal berlangsungnya Food Tasting Day & Open Day oleh Hanana Group Sdn Bhd. Sape nak ikut? jommm.

Serbu Food Tasting & Open Day Hanana Group
Open Day Hanana Group
Apa yang ada di sana nanti yang korang tak tau?. Sebenarnya pada hari tersebut akan diadakan "food tasting", apa lagi tunggu? bila lagi nak cuba kan? selain daripada itu kat sana juga bolehlah kita tengok-tengok pakej-pakej perkahwinan kot ada yang bercadang nak berkawin dalam masa terdekat atau yang masih lagi membuat survey harga pakej-pakej perkahwinan... mana tau kot ada yang nak try kawin lagi sorang (hikhikhik gurau jek..).. Mana tidak nya.. dikhabarkan terdapat pelbagai pakej menarik bakal menanti bakal pengantin dan diskaun sehingga RM5000 akan diberikan. Jadi jangan lupa datang di Food Tasting Day & Open Day oleh Hanana Group Sdn Bhd tu nanti.

Jom Serbu Food Tasting & Open Day Hanana Group
Bakal pengantin perempuan yang nampak nak kawin sangat dah... hahahah... (pengantin laki rileks jek haha..)

Sebelum terlupa kali ini Hanana Group Sdn Bhd bawakan pada anda pakej RM48,000 dan RM38,000 di Ambassador Putrajaya. Apa yang menariknya kali ini, mereka turut memperkenalkan dua pakej untuk dua tempat baru iaitu LUGAR DE LA BODA GARDEN WEDDING @PUCHONG dan DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI. 

DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI

DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI

Kalau korang nak tahu, Lugar De La Boda Garden Wedding @Puchong ini mengenengahkan konsep taman (Garden)...perghhh... mesti letop korang kawin dengan konsep bertemakan taman ni nanti. kalau korang nak tahu konsep taman ni merupakan konsep pertama seumpamanya yang ada  di Puchong. 

Lugar De La Boda Garden Wedding @PuchongLugar De La Boda Garden Wedding @Puchong

Lugar De La Boda Garden Wedding @PuchongLugar De La Boda Garden Wedding @Puchong

Bertemakan perkahwinan ala ala garden (open concept) yang membawa konsept santai dan juga seperti di dalam taman. Ianya dijangkan bakal beroperasi sekitar Oktober 2018 ni. Ops lupa pulak tadi aku cakap pasal diskaun kan? berita baik buat bakal-bakal pengantin yang hadir ke food tasting & Open Day Hanana Group tu nanti, sekiranya korang booking pada hari tersebut korang akan menikmati diskaun sebanyak RM5000. Wow banyak jugak tu.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan lengkap di Hanana Group, sila layari laman web rasmi Hanana Group dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang! Nanti kalau ada Food Tasting lagi, jangan lupa singgah nanti, jumpa di sanaaaaa...

Alamat Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrajaya, sila hubungi :
Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434





INCOMING SEARCH TERM :

Food Tasting & Open Day Hanana Group, pakej-pakej perkahwinan, Ambassador Putrajaya, LUGAR DE LA BODA GARDEN WEDDING @PUCHONG, DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Jom Serbu Food Tasting & Open Day Hanana Group Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u