Latest News
Thursday, February 01, 2018

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2 | Salam hormat semua, jumpa lagi kita kali ye..Kali ni saya nak cerita sedikit informasi mengenai pengangkutan atau pun yang sinonim yang kita selalu sebut ialah "transpot" kan?

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2
Perkhidmatan pengangkutan ke KLIA / KLIA 2

Kali ni saya nak sentuh pasal transport untuk ke lapangan terbang iaitu ke KLIA /KLIA2. Jika ke KLIA / KLIA2 ni tak kisahlah samada korang nak balik kampung halaman atau nak pergi melancong di dalam atau luar negara korang mesti menggunakan pekhidmatan awam kan ke sana kan? kecuali lah korang ni jenis orang "have-have" (hahahaha) naik kereta sendiri dan parking kat KLIA tu. Saya dah taubat dah, takkan parking kat sana lagi dah lepas ni. Hahaha... mana taknya sebelum ni saya dikenakan cas bayaran parking sebanyak RM230 kalau tak silap (lupa dah) sebab parking kat sana 4-5 hari. Huhu... RM230 tu macam-macam kita boleh buat. Makan KFC ke MCD lagi berbaloi.

Pilihan Pengangkutan ke KLIA /KLIA2

Ok, sentuh bab transport ke KLIA /KLIA2 ni, antara pengangkutan yang kita guna sudah pastilah perkhidmatan pengangkutan awan kan? hurm... apa komen korang tentang perkhidmatan yang diorang sediakan? tentu korang mempunyai pengalaman berbeza kan? masalah lewat atau kadang-kadang tak kena dengan masa yang korang nak pasti berlaku. Kalau tepat waktu pun adakalanya sesetengah perkhidmatan pengangkutan ni over budget kita.


Sebagai orang yang kerap juga ke KLIA /KLIA2 saya nak kongsikan pendapat saya dan saya sertakan ulasan serba sedikit mengikut pengalaman saya. Ops ! sebelum tu, jangan risau lah.. setakat ni semua perkhidmatan awam ke KLIA /KLIA2 semuanya bagus-bagus belaka. So, saya nak cerita apakah perbezaan dan keistimewaan setiap perkhidmatan yang di tawarkan kepada orang ramai (saya lah tu maksudnya).

Perkhidmatan KLIA Express

Perkhidmatan KLIA Express ni saya senaraikan pada tangga yang pertama, mana tidaknya KLIA Express ni adalah antara perkhidmatan pengangkutan yang terpantas sekali takat ni. Perjalanannya cuma mengambil masa 30-45 minit sahaja. Bagi mereka yang ingin bergegas cepat ke KLIA / KLIA 2 kerana terlewat saya syorkan guna perkhidmatan KLIA Express lah kerana tiada kesesakan trafik.

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2
KLIA Express (sumber google)

Perkhidmatan ini menawarkan potongan harga sebanyak 10% bagi mereka yang membeli tiket pergi balik di mesin disediakan sekali gus dalam satu masa. Seperti biasa setiap kelebihan mesti ada kekurangan kan? kalau korang dah beli tiket pergi balik buatnya flight return korang delay makanya leburlah tiket korang tu. Sebab perkhidmatan KLIA Express ni perkhidmatan terakhirnya pada jm 12.30am sahaja.

Antara lain jika anda ingin menggunakan perkhidmatan ni korang perlu ke KL Sentral. Jika korang tinggal jauh dari Kuala Lumpur agak makan masa juga korang nak ke KL Sentral atau di mana-mana stesen ERL. Secara kronologinya korang perlu ke KL Sentral terlebih dahulu sebelum ke KLIA / KLIA 2.

Tambang KLIA Express :
Sehala - Dewasa RM55 dan Kanak-kanak RM25 (2-12 tahun).
Return - Dewasa RM100 dan RM45 Kanak-kanak RM25 (2-12 tahun).

Perkhidmatan Bas

Bas adalah antara perkhidmatan yang menjadi pilihan utama orang ramai untuk ke KLIA / KLIA 2 kerana ianya lebih selesa dan yang paling menjadi pilihan kerana tambang bas jauh lebih murah. Ini bersesuaian dengan perkhidmatannya yang berjadual.

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2
Perkhidmatan bas ke KLIA / KLIA2

Sungguh pun perkhidmatan bas menjadi keutamaan, tetapi adakalanya pilihan menaiki bas tidak dipilih kerana kadar perjalanan bas yang berjadual dan agak mengambil masa untuk sampai (1 jam). Kadar kecepatannya bergantung kepada keadaan trafik semasa. Bagi korang yang kejar masa kerana terlambat korang mungkin akan menggunakan alternatif lain untuk ke KLIA / KLIA 2.

Perkhidmatan bas ini korang hanya boleh dapati di KL Sentral dan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dengan 44 tempat duduk para traveller berkumpulan pasti akan memilih perkhidmatan bas dan tambangnya adalah yang paling murah setakat ini.

Kronologinya juga korang perlu ke KL Sentral atau ke Terminal Bersepadu Selatan terlebih dahulu.

Tambang Bas :
Dewasa RM12 dan Kanak-kanak *tiada info di temui*

Perkhidmatan Grab Car, Uber Dan Teksi

Kepada mereka yang berada jauh dari Kuala Lumpur, saya percaya perkhidmatan Grab Car, Uber Dan Teksi sudah tentu menjadi pilihan. Selain lebih flexible, perkhidmatan ini boleh diambil dimana-mana yang mana tempahannya boleh di buat secara online menggunakan aplikasi di telepon pintar korang.

Perkhidmatan Grab Car, Uber dan Teksi
Perkhidmatan pengangkutan Uber, Grab dan Teksi (sumber luthfi.my)

Kadar kecepatan pengangkutannya bergantung kepada aliran trafik semasa juga. Kalau korang tinggal di tempat yang aliran trafiknya selalu sesak maka kelewatan pasti berlaku di tambahkan lagi ketika waktu puncak.

Dari segi kos pula di antara yang termahal setakat ini. Sungguh pun disenaraikan yang termahal, perkhidmatan ini agak praktikal bagi mereka yang mengejar masa ke KLIA / KLIA 2.

Tambang Grab Car, Uber Dan Teksi :
RM70 - RM150

Perkhidmatan Shuttle Van Crew Airport

Merujuk kepada tajuk entry ini, saya kongsikan mengenai satu perkhidmatan terkini yang di kenali sebagai Crew Airport. Perkhidmatan shuttle van ini baru saja diperkenalkan oleh www.crewairport.com

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2
Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2

Bagi korang yang ingin lebih mudah dan selesa ke KLIA / KLIA 2 korang boleh cuba perkhidmatan ni kerana harga tambang yang dikenakan sangat berpatutan dan yang terpenting ialah masanya flexible. Perkhidmatan ini tiada jadual perjalanan dan korang boleh booking mengikut masa korang sendiri.

Crew Airport shuttle van ini menawarkan pick-up dari hotel ataupun hostel di sekitar Kuala Lumpur ataupun dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2 dan juga sebaliknya. Perkhidmatan ni menggunakan van dan yang paling penting keselesaan penumpang dan juga bagasi yang dibawa.

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2
Ruang yang luas dan selesa

Bagi traveller berkumpulan yang lebih dari 4 orang saya syorkan menggunakan perkhidmatan shuttle van ni berbanding perkhidmatan Grab Car, Uber Dan Teksi kerana 4 orang di dalam satu kereta mungkin agak sempit di tambahkan pula dengan bagasi setiap seorang mungkin korang akan rasa kurang selesa.

Minat menggunakan perkhidmatan ini korang boleh membuat tempahan sehari lebih awal melalui online di www.crewairport.com. Contoh korang boleh tentukan Pick-up point dan drop-off point tertakluk kepada hotel dan hostel di sekitar kawasan KL City sahaja.

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2
Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2

Kalau korang datang dari luar Kuala Lumpur dan menginap di hostel atau pun di hotel-hotel Kuala Lumpur korang tak perlulah ke KL Sentral untuk ke KLIA / KLIA 2, tunggu saja di lobi tempat korang menginap.

Selain jimat masa untuk ke KL Sentral korang juga dapat berjimat tambang LRT dan teksi atau sebagainya. Harga tambang yang di perkenalkan untuk perkhidmatan shuttle van dari Crew Airport ini cuma RM28 sahaja setiap orang. Tidak kiralah korang sorang atau pun berkumpulan.

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2
Tempahan boleh di buat di laman rasmi crewairport.com

Kronologi perkhidmatan shuttle van ni korang terus boleh naik di hostel, hotel, KL Sentral untuk terus ke KLIA / KLIA 2 dengan membuat tempahan sehari awal secara online di laman www.crewairport.com.

Tambang Shuttle Van Crew Airport :
RM28

Perkhidmatan Shuttle Van ni saya rasa sangat berbaloi kalau korang guna selain harganya masih di tahap murah dan yang terpenting masanya flexible. Cuma nak cadangkan kat Crew Airport ni kalau boleh tambah Pick-up point dan drop-off point di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan perbanyakkan Pick-up point dan drop-off point di sekitar Kuala Lumpur serta bina aplikasi untuk telepon pintar agar lebih mesra pengguna.


Our air-conditioned vans are new and in good condition. They can board up to 10 passengers on. For private customers, we recommend to not have more than 9 passengers while travelling, so you can have more space between seats and for your baggage.

Kepada kaki traveller korang disyorkan guna je perkhidmatan ni dan kalau korang yang nak buat tempahan atau nak tahu info lanjut tentang Shuttle Van Crew Airport ni korang boleh layari laman sesawang dan sosial media seperti yang tertera di bawah ;

Website :

Facebook :

Instagram :


INCOMING SEARCH TERM :

Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2, transport ke KLIA /KLIA2, Cara Alternatif Ke KLIA / KLIA 2
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

15 comments:

  1. Dah ada pelbagai option lebih baik merancang perjalanan ikut mana yg rasa sesuai daripada parking kereta dan parking sampai RM230.. hadoii. Thanks sharing info dan peringatan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... best choice untuk travel better guna public transpot je... mmg takkan parking kat KLIA lg dah lepas ni hehehe

      Delete
  2. Pernah pergi airport naik bas dan train, next time rasa nak cuba Crew Airport shuttle van ni lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mesti cuba... berbaloi jugak service dia sbb under budget...

      Delete
  3. Wow sgt rm28 je sbb klu taxi/uber mmg overrated la klu ckp je nk p KLIA hahaha seb beik umah iols mnt je ke klia hahaha tung lah! thanks for this great info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye... berbaloi... blh buat comparison rate harga transport...

      Delete
  4. Kalau nak cepat dan murah aku memang prefer crew airport ni. Bukan apa even bas murah, tp ada waktu perjalanan dan xsepantas crew airport

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye... kena follow waktu perjalanan bas... in kes kita awal sejam so kena tunggu sejam... dgn crew airport terus jalan je... yg penting kita tetapkan masa perjalanan

      Delete
  5. Pernah naik dan guna servis dari crewairport.com dan sumpah snagat memuaskan dan selesa je....

    ReplyDelete
  6. murah sangat ni, nak2 kalau nk travel sorang

    ReplyDelete
  7. alamakkkk sampai rm230 tuuuu.. boleh wat belanja seminggu. so, lepas ni boleh pilih crewairport la kalau nak ke KLIA/KLIA2

    ReplyDelete
  8. bagus artikel ni! kalau rajin buatlah graph tunjuk tambang dan mana yang best

    ReplyDelete
  9. Kak pernah pg airport naik bas dari KL Sentral lg senang sampai airport, pengangkutan yg paling mudah

    ReplyDelete
  10. bagusnya crewairport ni. dah xyah dahlah pening2 fikir nak parking kat klia yang mahal tu. tq potia for the info.

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Crew Airport Flexible Dan Berbaloi Pergi Balik KLIA / KLIA2 Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u