Latest News
Tuesday, March 06, 2018

Menara Taming Sari Dataran Pahlawan Melaka

Menara Taming Sari Dataran Pahlawan Melaka | Jika ke Melaka tidak singgah ke Dataran Pahlawan, Melaka adalah satu perjalanan (Travel) yang tidak lengkap. Berpusat di Badaraya Melaka terdapat satu dataran dengan taman dan tempat rehat sesuai untuk persinggahan seisi keluarga.

Menara Taming Sari Dataran Pahlawan Melaka
Menara Taming Sari Dataran Pahlawan Melaka

Pengalaman Menaiki Menara Taming Sari

Satu kemestian jika anda ke Melaka untuk mencuba menaiki Menara Taming Sari ini. Bilamana berada pada paras ketinggian 80 meter dengan jarak permandangan 5 kilometer (360*) adalah satu pengalaman yang mengujakan. Pengalaman SB sendiri mencuba dengan mencabar diri berperang dengan kegayatan bersama anak adalah satu kenangan yang paling indah bila di kenang.

Bila sudah berada di paras ketinggian itu dengan permandangan yang menarik serta suasana matahari terbenam, ia memang satu kenangan yang cukup indah, hilang terus perasaan gayat seketika. SB juga sempat merakamkan satu video untuk tatapam anda seperti di bawah.

Video Permandangan Dari Menara Taming Sari


Harga Tiket Menara Taming Sari

Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan. Waktu operasinya adalah bermula 10:00 pagi sehingga 10:00 malam. Perjalanannya pula selama 7 minit dengan kapasiti 80 orang pada satu-satu masa. Harga tiket untuk menaiki Menara Taming Sari ini adalah seperti di bawah.

  • Dewasa - RM20
  • Kanak-kanak - RM10
  • *Diskaun sebanyak 50% kepada warganegara Malaysia. (Tunjukkan My Kad)

Tempat Menarik Sekitar Menara Taming Sari

Lain-lain tempat yang menarik dan harus di lawati di sekitar kawasan ini adalah seperti,

Menara Taming Sari Dataran Pahlawan Melaka
Humaira' Cuba mengawal pacuanya - Lokasi di Dataran Pahlawan
  • Melaka Duck Tours.
  • Melaka River Cruise.
  • Menaiki Beca.
  • A-Famosa.
Terdapat banyak lagi tempat yang tidak dapat di nyatakan.

Replika kapal terbang dataran pahlawan melaka
Replika kapal terbang yang terdapat di Dataran Pahlawan Melaka

Meriam ini bersebelahan A Famosa, Melaka
Meriam - Lokasi A Famosa Melaka
Sebenarnya melancong ke Melaka adalah tidak merugikan kerana terlalu banyak tempat-tempat menarik yang harus di lawati yang tidak dapat di nyatakan di sini. Seperti yang SB nyatakan jika datang ke Melaka jangan lupa singgah ke Dataran Pahlawan untuk cuba menaiki Menara Taming Sari ini.

Selamat Melancong.


INCOMING SEARCH TERM :

Menara Taming Sari Dataran Pahlawan Melaka, Permandangan Dari Menara Taming Sari, Harga Tiket Menara Taming Sari
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

14 comments:

  1. Bestnye jenjalan.. melaka memang banyak tempat menarik..

    ReplyDelete
  2. Dua tahun yang lepas ena last pergi... memang tak sempat nak naik menara taming sari ni.. sobs!

    ReplyDelete
  3. suka pi melaka,sebab banyak tempat menarik,tapi selalu tak sempat habis round hehehhe

    ReplyDelete
  4. Hari tu planning last minit. Petang baru gerak ke melaka. Sampai dlm 5lebih. Kami g naik melaka river cruise jer. Pastu g masjid selat melaka. Makan malam n balik shah alam. Sampai rumah 1pagi. Hehe pulun pergi jalan jauh2.

    ReplyDelete
  5. saya pernah naik ni...menarik juga dpt tgk permandangan bandaraya melaka...:-)

    ReplyDelete
  6. saya pernah naik ni...menarik juga dpt tgk permandangan bandaraya melaka...:-)

    ReplyDelete
  7. macam best je kan.. tapi tak pernah naik lg lah..

    ReplyDelete
  8. Haritu ingat nak naik tapi entahla, rasa gayat pulak. Tapi takpe sebab Melaka 40 minit drive je dari Muar. Jadi sentiasa boleh datang sini.

    ReplyDelete
  9. Mcm best je. Mama xpenah LG ke sini

    ReplyDelete
  10. kalau nak ke sini,paling cun jangan kena time public holiday or cuti sekolah,kalau tak memang menangis lah nak cari parking and tunggu giliran..hehehehe...

    ReplyDelete
  11. melaka memang best tapi jalan pergi waktu holiday.. sesak ya ampun

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Menara Taming Sari Dataran Pahlawan Melaka Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa