Nombor Plat Kenderaan Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu | Salam Hormat, masih tidak terlambat untuk Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Artikel kali ini saya ingin kongsikan mengenai nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia yang mungkin anda tidak tahu maksud di sebalik nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.
![]() |
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (Sumber gambar google) |
Perasan atau tidak, adakalanya kita terserempak dengan nombor-nombor plat kenderaan yang agak pelik ketika memandu atau di kawasan pakir pasaraya. Kebiasaanya nombor-nombor plat pelik ini kelihatan "mahal" di tambahkan pula di padankan dengan kereta mewah menampakkan nombor tersebut begitu eksklusif.
Nombor Plat Kenderaan Cecah Jutaan Ringgit
Seperti yang kita sedia maklum, setiap "Nombor Cantik" ianya dibida sehinggakan mencecah ratusan ribu ringgit sehingga jutaan ringgit. Tidak hairanlah pemilik kenderaan tersebut di kalangan "orang berada" atau orang-orang berduit. Bukan sekadar nombor saja mahal, tapi kenderaan yang di gunakan juga tidak kurang mewahnya.
WWW 1 : MYR 520 000.00 (Sultan Johor)
W 1 N : MYR 748 000.00
V 1 : MYR 989 780.00
F 1 : MYR 836 660.00
VR 46 : MYR 55 002.20
WWW 3 : RM 360,000.00
WWW 9 : RM350,000
MCA 1 : RM 300,100.00
RM 8 : RM 297,000.00
WWW 5 : RM 220,000
TAY 1 : RM 242,000.00
BMW 5 : RM 188,100.00
BMW 8 : RM 174,776.00
BMW 11 : RM 165,000.00
WWW 888 : RM 165,000.00
WWW 99 : RM 145,000
BMW 3 : RM 132,000.00
WWW 333 : RM 110,036
BMW 6 - RM 97,777.00 (Datuk Lee Chong Wei)
Menurut [sumber], berikut antara nombor plat / kenderaan yang dibida / dibeli dengan harga mencecah jutaan ringgit.
Nombor Plat Kenderaan Dan Maksudnya
Kebiasaannya kita akan mengetahui nombor plat sesebuah kenderaan tersebut berdasarkan awalan sesuatu nombor tersebut mengikut negeri masing-masing, akan tetapi ada nombor-nombor yang kita tidak pasti kenapa wujudnya nombor-nombor seperti berkenaan?.
![]() |
PERFECT - Nombor Plat Kenderaan khas (Sumber gambar paultan.org) |
Di sini saya kongsikan kepada anda nombor-nombor plat kenderaan dari awalan kepada negeri-negeri di seluruh Malaysia dan nombor-nombor yang jarang kita jumpa.
A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan (Nota : No plat D hanya diperuntukkan setelah Kelantan & Terengganu berpisah dari berkongsi plat T - Timur).
E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
EJ = Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ES = Sandakan
ET =Tawau
ED = Lahad Datu
EU = Keningau
EK = Kudat
EL = Labuan
F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
G = Gagasan 1Malaysia
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
HA = Perak
HB = Selangor
HC = Pahang
HD = Kelantan
HJ =Johor
HK = Kedah
HL = Labuan
HM = Melaka
HN = Negeri Sembilan
HP = Pulau Pinang
HQ = Sarawak
HS =Sabah
HT =Terengganu
HW =Kuala Lumpur
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA & QK = Kuching
QB = Sri Aman
QC = Samarahan
QL =Limbang
QM = Miri
QP = Kapit
QR = Sarikei
QS = Sibu
QT = Bintulu
R = Perlis
S = Sabah (ditukar daripada E)
SA, SAB & SAC = Kota Kinabalu
SB = Beaufort
SD = Lahad Datu
SK = Kudat
SS = Sandakan
ST = Tawau
SU = Keningau
T = Terengganu
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
W = Kuala Lumpur (siri pertama)
Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z = Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA - ZD = Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL = Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU = Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ = Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF = Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
Nombor Plat Kenderaan Khas
Berikut adalah nombor plat kenderaan khas yang telah dikeluarkan bagi melambangkan sesuatu pertubuhan, pembukaan, persidangan atau jenama keluaran pertama yang terdapat di Malaysia.
Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Putrajaya dibuka
PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Kriss
Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas Jaguh
Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan 'Transformasi Terengganu Baharu' yang direka oleh kerajaan negeri Terengganu
VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
GP : Hanya dikeluarkan untuk kereta-kereta rasmi Grand Pix di Litar Antarabangsa Sepang
SAS : Hanya dikeluarkan sempena Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah yang Ke-40
PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Pong Tenis Malaysia
Di harap informasi ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan kepada anda. Sila kongsikan jika artikel Nombor Plat Kenderaan Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Adoii..x sayang duit kem.plat number je kot kan..ratus ribu tuuuu..bg SA bleh pi shopping
ReplyDeletekan... duit banyak tak pe...
Deletebaik beli rumah
ReplyDeleteayoyo harga no plate kereta boleh beli kereta satu lagi adoyaii
ReplyDeleteUpdate untuk no plat US(untuk seniman)
ReplyDelete