Kek dan Pastri Kini Di Gula Petite IOI Mall Putrajaya | Gula Cakery yang berpengkalan di Kota Kemuning Shah Alam kini melebarkan empayarnya di Putrajaya pula. Hari tu sempat singgah ke pelancaran pembukaan satu lagi cawangan Gula Cakery di IOI Mall Putrajaya yang mana kali ini di beri nama Gula Petite.
![]() |
Aneka Kek dan Pastri terdapat Gula Petite IOI Mall Putrajaya |
Pembukaan Gula Petite Dan Pelancaran Buku Nota Resepi
Pada hari tersebut kami team blogger singgah terjah di pembukaan Outlet terbaru Gula Petite dan pelancaran buku nota resepi yang dibuat khas untuk pelanggannya yang meminati arena kek dan pastri ini. Buku nota resepi tersebut yang boleh and dapati di outlet Gula Cakery dan Gula Petite dengan harga RM75 untuk pembeli terawal dan harga akan kembali ke asalnya iaitu RM85. Kalau and peminat kek dan pastri inilah peluang untuk mendapatkan buku nota resepi keluaran mereka.
![]() |
Pelancaran yang di sempurnakan oleh Daro' Husni Salleh iaitu ketua pegawai Eksekutif TERAJU |
Pelancaran yang di sempurnakan oleh Dato' Husni Salleh iaitu Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU disaksikan oleh para pengujung yang berkunjung di situ pada hari tersebut.
Menurut pengasas Gula Petite iaitu Nor Arieni Binti Mohd Ritzal kafe mini Gula Petite ini berkonsepkan jualan aneka jenis kek, sanwich dan hidangan minuman panas dan juga sejuk.
![]() |
Pengasas Gula Petite Nor Arieni Adrina (2 dari kanan) bersama ibu bapa beliau dan Dato' Husni (kiri) |
Menu Makanan Berat Di Gula Petite
Bila sebut pasal Gula Petite ini tentu ramai bertanyakan menu apa yang terdapat di sana kan? Menu yang terdapat di Gula Petite ni sama je dengan yang terdapat di Gula Cakery tu. Antara menu makan berat yang istemewa yang anda boleh dapati di sana ialah ;
- Nasi Tomato Ayam Merah.
- Creamy Carbonara.
- Chicken Chop.
"Kiranya, Gula Petite boleh di anggap sebagai mini Gula Cakery. Di kedua-dua Gula Petite dan Gula Cakery kami sediakan 13 kek setiap hari".
Secara keseluruhan mereka akan hidangkan 13 kek setiap hari dan akan menukar jenis kek setiap minggu. Jadi kalau anda pergi minggu ini menu keknya takkan sama dengan apa yang mereka hidangkan pada minggu depan, barulah tak jemu kan?.
![]() |
Raspberry Pistachio Cake |
![]() |
Aneka jenis Kek di Gula Petite IOI Mall Putrajaya |
Jika anda ke Gula Petite saya syorkan anda cuba Cream Puff. Perghhh... rasa dia sangatlah sedap. Antara kek yang menjadi pilihan pelanggan berdasarkan permintaan adalah seperti;
- Kek Pandan Gula Melaka.
- Kek Double Chocolate Nutella.
- Pavlova
- Choux Pastries.
![]() |
Butterscotch Cupcakes |
![]() |
Cream Puff |
![]() |
Karipap Gulung |
Kelas Bakeri Di Rumah
Berkonsepkan perniagaan keluarga serta minat mendalam dalam dunia kek dan pastry oleh ibunya yang juga dikenali sebagai Gula Mummy, Arieni yang di bantu ibunya juga telah membuka kelas mengajar membuat bakeri di rumahnya.
Kalau anda nak tahu mereka pernah memecahkan rekod iaitu membuat aneka resepi kek dalam masa 36 jam tanpa henti. Wow.. hebatnya... kalau anda merminat dan serius dalam bidang ini, saya syorkan anda ikuti kelas mereka ini. Kenapa saya katakan mereka adalah pilihan terbaik? sebabnya mereka berjaya membuka Kafe setelah mendapat kepercayaan daripada pelanggan-pelanggannya pada tahun 2015.
Diatas kejaayan mereka membuka Gula Cakery berkonsepkan kekeluargaan, mereka telah di iktiraf oleh Time Out KL pada 2015. Di atas kejayaan itu laman instagramnya juga telah melonjak sebanyak 50,000 orang pengikut dalan masa kurang dari setahun. Tahniah !!!.
Kalau anda nak ikuti perkembangan semasa dan kemaskini Gula Petite IOI Mall Putrajaya dan Gula Cakery anda boleh ikuti mereka di;
Laman Sesawang : www.gulacakery.com
Facebook : Gula Cakery
Instagram : Gula Cakery
Email : hello@gulacakery
sedap2 semuanya
ReplyDeletesmua sedap2 belaka
DeleteMantap mantap ini semua kuenya, paling suka dan pengen coba itu makan Cream Puff. Btw keren banget bisa bikin kue sapai 36 jam, dedikasi yang luar biasa untuk dunia kuliner terkhusu kue, saluuuut
ReplyDeletewah.. enak bener keliatannya... jadi bikin ngiler.. pengen cepet2 coba bikin makasih tipsnya
ReplyDelete