Wednesday 27, Nov 2024
Monday, May 15, 2017

Unknown Lafaz Niat Puasa di Bulan Ramadan

Lafaz Niat Puasa di Bulan Ramadhan | Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam, Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari".


Lafaz Niat Puasa Di Bulan Ramadan


Niat Puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz Niat Puasa
Lafaz niat ringkas setiap malam
Lafaz Niat Puasa RamadhanLafaz Niatnya : - Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
ATAU
Lafaz Niat Puasa RamadhanLafaz Niatnya : - Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Puasa RamadhanLafaz Niatnya : - Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Niat Bangun Bersahur 

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, malah ada niat atau cita-cita di dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita bangun sahur melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia memang berniat tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan

Lafaz Niat Puasa RamadhanLafaz Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu lafaz niatnya:

Lafaz Niat Puasa RamadhanLafaz Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.

Waktu berniat Puasa Ramadhan

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Semoga perkongsian Lafaz Niat Puasa di Bulan Ramadhan ini sedikit sebanya memberi manfaat untuk kita bersama.


INCOMING SEARCH TERM :

Lafaz Niat Puasa Ramadhan, niat puasa, Niat Puasa Bulan Ramadhan, Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan, Lafaz Niat Puasa Ramadhan Esok Hari, doa Berbuka Puasa dan doa Selepas berbuka Puasa Ramadhan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

9 comments:

  1. Marhaban ya Ramadhan, mohon doa`kan semoga semua tindakan dan gerak nafas terhitung sebagai ibadah disisi allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Maceh ingtkn ye abg :)

    alhamdulillah,da baca niat puasa sebulan semalam..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, mau tanya mas teks yang ramadona sama romadhoni itu arti penjelasannya gmna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang pasti.. jika tidak silap romadhona (untuk ramai/kami) romadhoni (untuk seorang/ aku).. tuan cuba cari info sahih di website2 lain ya

      Delete
  4. Makasih ilmunya, bermanfaat sekali :)

    ReplyDelete
  5. Biasanya saya cuma pakai yang "nawaitu shauma ghodin" saja. Ternyata ada versi lain yang lebih panjang juga, ya. Terimakasih share ilmunya.

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Lafaz Niat Puasa di Bulan Ramadan Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa