SYUS Kebaya Di Rumah Kebaya Bangsar | Sabtu lalu,
26 November 2016 sempat saya ke
Rumah Kebaya di Bangsar bagi memenuhi jemputan hari ramah mesra bersama
Ikon SYUS Kebaya iaitu pelakon terkenal tanahair
Fasha Sandha.
|
Pengasas SYUS dan Fasha Sadha Duta SYUS Kebaya - Rumah Kebaya Bangsar |
Program yang direncanakan pada jam 2.30 petang itu dihadiri oleh para jemputan antaranya para blogger,
mainstream dan juga pelanggan yang sama-sama turut memeriahkan suasana di
Rumah Kebaya SYUS dan tak kurang ada yang mengambil kesempatan untuk membeli belah setelah selesai majlis pelancaran
Rumah Kebaya berkenaan oleh pengasas
SYUS dan juga Fasha Sandha dalam upacara memotong pulut kuning.
|
Pengasas SYUS dan Fasha Sadha memotong pulut kuning simbolik pelancaran |
Bukan setakat berada di majlis sahaja, para jemputan memang tak lepas peluang mengambil kesempatan bergambar dengan pelakon
Lara Aishah Fasha Sandha yang juga merupakan duta kepada
SYUS Kebaya sempena pembukaanya pada hari tersebut.
|
Pelakon Lara Aishah Fasha Sandha bersama peminat - Bergambar |
Di Mana Rumah Kebaya Bangsar?
Rumah Kebaya Bangsar letaknya di Bangsar lah.. hehehe... Ok, Rumah kebaya Bangsar ini letaknya di alamat
No 47 Jalan Maarof Bangsar. Mudah je kalau nak ke Rumah Kebaya ni. Kalau dari Kuala Lumpur di simpang 3 dekat
Menara Dataran Maybank Bangsar belok ke kanan dan dalam 150 meter terdapat petrol pam Petronas di seblah kiri dan Rumah Kebaya ini betul-betul di hadapan Petronas tersebut (
seberang jalan) bersebelahan dengan "
Show room"
Volkswagen. Jika anda datang dari arah Mid Valley atau dari Lebuhraya Persekutuan anda harus belok ke kiri di Dataran Maybank tersebut.
|
Bahagian depan Rumah kebaya Bangsar - No 47 Jalan Maarof Bangsar |
Koleksi Kebaya Rumah Kebaya Bangsar
Kalau anda tercari-cari di mana nak dapatkan koleksi baju Kebaya anda bolehlah ke
Rumah Kebaya Bangsar ni kerana terdapat banyak
koleksi baju Kebaya yang mungkin menjadi idaman anda. Jangan marah saya kalau anda rambang mata kalau kesini. Saya yang lelaki ni pon tengak pun susah nak pilih kalau di beri peluang baju mana yang saya suka.
|
Fasha Sandha menunjukkan Koleksi Kebaya yang terdapat di Rumah Kebaya Bangsar |
Hasrat pengasas
SYUS Couture yang ingin menjadikan
Rumah Kebaya Bangsar ini sebagai
serenti untuk anda mendapatkan koleksi baju Kebaya. Bagi yang mengamalkan konsep anggun, anda boleh dapatkan koleksi Kebaya ini sini kerana selain mengekalkan kosep tradisional,
SYUS Couture juga memperkenalkan koleksi baharu mereka iaitu
My Kebaya yang mengetengahkan
Kebaya Riau dengan pilihan 5 warna terang iaitu
Royal blue,
merah,
kuning,
hijau dan
unggu.
|
Koleksi Kebaya SYUS |
Bagi yang bertudung mungkin langkah kanan buat anda. Bukan saja Koleksi Kebaya sahaja yang anda boleh dapati di sini, malah tudung berjenama
Benang Hijau dengan koleksi-koleksi terbaharu juga turut ada di sini. Bolehlah ajak encik suami atau teman lelaki anda pergi ke sini. hehehehe... pssstttt... kaum Adam jangan risau, sebab koleksi pakaian lelaki eksklusif jenama
Qie Rahman pun turut ada di jual disini.
|
Tudung jenama Benang Hijau - Rumah Kebaya Bangsar |
Baju Kebaya sebenarnya sesuai dipakai di dalam apa juga situasi termasuklah untuk ke pejabat mahupun untuk ke majlis formal. Kalau hari perayaan tak perlulah nak cerita kan? jadi untuk mendapatkan maklumat atau kemaskini tentang Rumah Kebaya Bangsar ni bolehlah cuba terjah sosial media diorang mana tahu ada yang berkenan.
Facebook :
SYUS Couture
Instagram :
rumahkebayabangsar
Waktu Urusniaga :
12 tengahari - 8.30 Malam.
Alamat : No 47 Jalan Maarof Bangsar
0 comments:
Post a Comment
NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.