Saturday 14, Dec 2024
Sunday, December 11, 2016

Blogger2u MAHA 2016 MAEPS Serdang Sambutan Hebat

MAHA 2016 MAEPS Serdang Di Sambut HebatPameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 yang berlangsung di Serdang dapat sambutan hebat. Pameran MAHA 2016 yang bertemakan "Makanan Kita, Masadepan Kita#OutFoodOurFuture ini berlangsung bermula 1/12/2016 hingga 11/12/2016.

MAHA 2016 MAEPS Serdang
Di Hadapan Pintu Masuk MAHA 2016 MAEPS Serdang

MAHA 2016 - our food our future
MAHA 2016 - our food our future

Pagi tadi seawal jam 8 pagi saya sudah pun tiba di tapak Ekspo MAHA 2016. Sengaja pergi awal-awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan ketiadaan tempat letak kereta kalau pergi lewat-lewat ni. Tetapi jangan risau, di sana telah disediakan sebanyak 7,000 tempat letak kereta di dalam MAEPS. Sebelum pameran MAHA2016 dibuka, kita sarapan duluuu....

MAHA 2016 MAEPS Serdang Sambutan Hebat
Sarapan dulu sebelum lawat kawasan MAHA 2016
Nafas Cube Cafe
Nasi Lemak di Nafas Cube Cafe
Maha 2016 Nafas Cube
Bergambar kenangan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


NAFAS Cube Unik

Sebelum melawat tapak ekspo MAHA 2016 ini, Saya dan rakan-rakan sarapan dulu di NAFAS CUBE, yang letaknya kira-kira 500 meter dari pintu masuk MAEPS (pintu 2). NAFAS CUBE ini yang menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa. Apa yang paling best sarapan kami pagi ni adalah kami bersarapan dengan pencetus idea NAFAS CUBE ini sendiri iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

NAFAS CUBE
NAFAS CUBE - Unik dan menarik
Melihatkan keunikkan NAFAS CUBE ni rasa macam nak je bermalam di sana. Persekitarannya yang bersih dihiasi dengan bunga-bungaan yang seolah-olah penginapan di dalam taman. Menurut Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Encik Addey Azman Nawai, harga penginapan satu malam bagi kontena kenamaan (VVIP) adalah RM350, kontena eksekutif RM180, culvert RM150 dan khemah RM120.

Lokasi Inap di NAFAS CUBE
Rekabentuk Inap di NAFAS CUBE
Rekabentuk dalaman di NAFAS CUBE - MAHA 2016
Nafas Agro Youth Camp
Selesai bersarapan, penjelajahan MAHA 2016 kami bermula seawal 10 pagi, dan lokasi pertama kami terjah adalah di Nafas Agro Youth Camp. Nafas Agro Youth Camp ini terbahagi pada tiga sesi. Sesi pertama telah diadakan pada 2 Disember yang lepas, manakala sesi keduanya bermula 7 Disember dan sesi ketiga akan bermula dari 9 hingga esok (11 Di­sember).

Tapak Nafas Agro Youth Camp MAHA 2016
Tapak Nafas Agro Youth Camp MAHA 2016

Peserta Nafas Agro Youth Camp
Peserta Nafas Agro Youth Camp sedang mendengar ceramah

Dikhabarkan seramai 1,500 orang peserta di kalangan anak-anak muda menyertai kem ini dengan visi program bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak muda bahawa industri pertanian juga mampu menjana pendapatan yang tinggi. Cetusan idea Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini ternyata mendapat sambutan hangat.

Tapak Nafas Agro Youth Camp MAHA 2016
Tapak Nafas Agro Youth Camp MAHA 2016

Sambil menimba ilmu anak-anak muda ini dapat belajar cara hidup berdikari, semangat setia kawan dan kerjasama sesama mereka walaupun penginapan meraka cuma di dalam khemah. Syoknya... rindu zaman-zaman sekolah dulu-dulu.

#myDOF Valley MAHA 2016 Ada Ikan Gergasi

Pejelajahan kami di teruskan dengan ke lokasi bahagian sektor perikanan. Tempat ni paling best.. sebab boleh tengok bermacam spesis ikan laut dan sungai di pamerkan, baik yang masih hidup dan juga yang telah dibekukan termasuklah terumbu karang, ikan-ikan hiasan yang sangat cantik dan bewarna-warni berenang-renang di dalam akuarium.

maha 2016
Ikan Arowana - MAHA 2016

Mula-mula masuk terdapat satu akuarium yang sangat unik dan mungkin tidak pernah terfikir oleh kita, yang mana di sini terdapat satu akuarium yang di kawal oleh sistem wifi melalui applikasi yang di cipta khas oleh mereka. Wow ! teruja tengok sebab akuarium ini dikawal sepenuhnya menggunakan "smart Phone". Antara yang saya nampak ianya mampu mengawal pengudaraan di dalam akuarium, penyiraman air dan kabus serta akuarium ini mampu menganalisis jenis tumbuhan yang di tanam di dalamnya. Bagaikan hutan simpan yang berada di dalam akuarium ini.

MAHA 2016 laman Ikan
Tumbuhan dalam akuarium dikawal oleh sistem Wifi sepenuhnya menggukan Aplikasi smartphone

Tapi paling teruja adalah dapat tengok Ikan Tuna yang sangat besar. Biasa tengok kat TV je. Kali ni boleh tengok secara langsung depan mata.

Tuna Gergasi dipamerkan di #myDOF Valley MAHA 2016
Tuna Gergasi dipamerkan di #myDOF Valley MAHA 2016

Apa yang menarik di Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ialah seperti Kingdom of Sharks, Rumah Nelayan Terbalik, Tuna in The House. Di pameran ini anda boleh dapati spesies Ikan Kerapu Kertang Gergasi, ikan termahal iaitu Ikan Empurau RM1800 sekilogram (tak sempat nak snap gambar ikan ni) dan lain-lain jenis ikan serta hidupan laut yang jarang kita lihat termasuklah Dugong, Penyu, kuda Laut, Ikan YU dan macam-macam lagi. Kalau anda ke MAHA 2016 esok jangan lupa singgah di sini. Di jamin puas hati 👍👍👍👍.

Ikan Kerapu berusia 9 Tahun #myDOF Valley MAHA 2016
Ikan Kerapu berusia 9 Tahun #myDOF Valley MAHA 2016

Bagi mereka yang sukakan cabaran, di sini ada juga anjurkan pertandingan memancing di kolam ikan yang di sediakan bersebelahan NAFAS Discovery. Kaki-kaki pancing apa lagi? boleh lah tunjukkan skill anda di sini. Kaki Makan? hahahah.. jangan risau, pertandingan makan pun ada juga. hahaha...

Laman Padi MAHA 2016 Bercakap Dengan Kerbau

Ke Laman Padi seolah-olah macam berada di kampung pula, di sini kalau anda pergi boleh lah nikmati dan rasa sendiri suasana jelapang padi. Hehehe.. walaupun tak lah luas mana, tapi dah cukup untuk anda rasai suasana sebenar dan bagaimana rupa pokok padi ni. Bukan itu saja, demo bagaimana padi itu di proses menjadi beras dengan menggunakan mesin juga turut dipamerkan kepada orang ramai.

Mesin memprose padi - MAHA 2016
Mesin memprose padi - MAHA 2016
Alahai, memang mengamit memori habis bilamana ada juga tengok diorang peserta-peserta Nafas Agro Youth Camp bermain bola dalam bendang. Selain itu di laman padi MAHA 2016 ini terdapat banyak maklumat-maklumat mengenai Padi yang selama ini kita tak pernah tahu pun, termasuklah bagaimana cara nak bercakap dengan Kerbau bajak sawah. Pelik kan? di bahagian dalam tempat pameran di pamerkan juga peralatan-peralatan yang mana menjadi perkakas untuk bertani di sawah.

Maha 2016 bahasa Kerbau
Bahasa Kerbau - Laman Padi MAHA 2016

Aktiviti bermain bola di Laman Padi - MAHA 2016
Aktiviti bermain bola di Laman Padi - MAHA 2016
Alat penanaman padi secara tradisional MAHA 2016
Alat penanaman padi secara tradisional - LAMAN PADI MAHA 2016

Ok, yang paling teruja di Laman Padi ini, anda di beri peluang untuk mencuba sendiri bagaimana cara hendak membuat bedak sejuk. Ramai jugak tadi saya tengok yang cuba buat dan hasilnya tidak mengecewakan.

Mencuba buat bedak sejuk - Laman Padi MAHA 2016
Mencuba sendiri buat bedak sejuk - Laman Padi MAHA 2016

Ahad 11 Disember 2016 adalah hari terakhir untuk anda untuk ke MAHA 2016 ni. Sempena hujung minggu ni, inilah peluang untuk anda membawa anak-anak ke sini di samping mendedahkan kepada anak-anak anda mengenai pertanian dan paham selok belok bagaimana para pertani bersusah payah bertani untuk mencari rezeki serta tanamkan minat kepada pertanian, kerana pertanian adalah perniagaan pada masa kini.

Laman Nanas MAHA 2016

Penat membuat bedak sejuk di Laman Padi (penat lah sangat) saya terus ke Laman Nanas pekena Ais Krim Nanas. Pertama kali cuba makan. Rupanya takdelah masam ais krim nanas ni, rasan macam coklat pulak (deria rasa dah rosak ahahah..) tapi sedap, "not bad" kalau orang kampung kata. hahahah...

Laman Nanas - MAHA 2016
Pusat Informasi Nanas - MAHA 2016

Di Laman Nanas MAHA 2016 ni macam biasalah sambil melawat sambil bergambar, contest swafoto (selfie) pun ada juga. Untonglah kalau ke sini kalau anda kaki selfie mana tau kot-kot bertuah.

Laman Nanas MAHA 2016
Bergambar di Laman Nanas - MAHA 2016

Di bahagian luar Pusat Informasi Nanas pula terdapat booth jualan makan dan minuman yang sumbernya berasaskan nanas. Jangan lupa cuba minuman Jus Bob Nanas dan rasa sendiri jus nanas sebenar di booth nombor 4. Jus Bob Nanas ni dah popular di kalangan Blogger sebelum ini.

Jus Bob Nanas - Laman Nanas MAHA 2016
Jus Bob Nanas - Laman Nanas MAHA 2016

Publisiti Lembu Sado MAHA 2016

Lembu Sado ! haaa.. mesti anda terujakan? publisiti MAHA 2016 ini banyak juga datangnya dari lembu sado ni, mana tidaknya... lembu yang besar, gagah macam main gym turut ada di sana.

Lembu Hybrid Sado - MAHA 2016
Lembu Hybrid Sado - MAHA 2016

Dengar cerita kalau berjaya teka jumlah berat seekor lembu tu anda di tawarkan hadiah lumayan... wahhh... best kan? Kami tak sempat nak cuba meneka sebab sampai saja di tempat lembu ni hujan turun dengan lebatnya. Jadi ! tips untuk ke MAHA 2016 ni mesti, mesti dan mesti bawa payung atau pun baju hujan (ponco).

Lembu Sado - MAHA 2016
Lembu Hybrid Sado - MAHA 2016

kalau nak ceritakan memang panjang gilerrr... jadi saya ringkaskan MAHA pada tahun (2016) ini adalah yang paling menarik. Rugi kalau tak pergi. Esok hari terakhir, ambilah peluang bersama keluarga di MAHA 2016 sebelum terlambat.



Di sini saya sertakan sedikit video hightlight mengenai kemeriahan sekitar MAHA 2016 untuk tatapan anda. Kalau ada lagi di tahun-tahun mendatang jangan lupa singgah ke MAHA ye...

PAMERAN MAHA 2016

MAHA 2016 Capai Sasaran

Secara keseluruhan berdasarkan informasi yang saya dapat anjuran MAHA 2016 bagi tahun ini telah mencapai sasaran malah melebihi sasaran sebenar seperti yang di jangkakan. Lebihan sasaran 0.7 juta pengunjung daripada 3 juta pengunjung yang dianggarkan di anggap anjuran MAHA paling berjaya. Semoga pihak penganjur dapat kekalkan prestasi seperti ini di lain masa dengan kepelbagaian variasi pameran untuk orang ramai.



Jesteru itu peranan para media dan hebahan di laman sosial perlu di perluaskan lagi supaya maklumat-maklumat terkini dapat di salurkan kepada orang ramai untuk masa-masa akan datang agar anjuran ini terus menjadi tradisi untuk menambah ilmu di samping melihat tranformasi dalam industri pertanian dan perusahaan warga tempatan. Makanan kita, masa depan kita!

Website : http://maha.gov.my/
Hashtag rasmi MAHA 2016 :

  • #MAHA2016
  • #OurFoodourFuture
  • #NafasCube
  • #myDOF
  • #MOA
  • #LamanFlorikultur
  • #ROTF
  • #BlogRetis


INCOMING SEARCH TERM :

MAHA 2015, MAHA 2016 MAEPS Serdang Sambutan Hebat, Lembu Sado MAHA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. Datang sini memang penat, dengan sesaknya, dengan luasnya, tapi memang berbaloi dengan apa yang kita jumpa kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat tapi berbaloi kan? next klu ada lagi kena pergi awal2

      Delete
  2. Syiokknyee dia dapat gi Maha..byk ke dapat hasil tangkapan kat sana? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahha.. hasil tangkapan tak banyak sangat sbb balik awal... next time kena bawak pukat tunda dpt banyak sikit hahahah...

      Delete
  3. sayang tak sempat pi ke maha sebab balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe insya Allah next 3 year ada lagi... nnt boleh pergi memukat hahaha

      Delete
  4. wah seronoknya..tapi yanie tak berpeluang untuk join meriahkan lagi event ni.. huhuh..

    ReplyDelete
  5. Aritu saya pegi maha 2016 nie.. memang penat tapi seronok sangat.. macam2 barang saya beli.. ehehe

    ReplyDelete
  6. meriah sungguh tgk ramai org hadir di paneran maha 2016. ruginya x dapat join bersama2. wish by next Maha 2018 kak no nak dtg jugak.. heheh

    ReplyDelete
  7. Oh rugi betul kalau tak pergi sini .. macam - macam ada

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: MAHA 2016 MAEPS Serdang Sambutan Hebat Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u