Burung Hantu Menu Owlery Cafe Dagang Avenue | Ke AMPANG tak tahu nak makan di mana? boleh cuba singgah di Dagang Avenue cuba menu lazat di Ownlery Cafe. Burung Hantu sebagai menu? oh tidak!! sebenarnya Owlery Cafe ini bertemakan Burung Hantu. Rata-rata hiasannya bertemakan Burung Hantu sebagai subjek utama cafe ini.
Burung Hantu Tema Owlery Cafe Dagang
Sebenanrnya jika di Eropah memang cafe berkonsepkan Owlery ni sangatlah popular. Ini bermakna konsep sebegini bukalah sesuatu benda yang asing. Tetapi Owlery Cafe di Dagang Avenue Ampang menampilkan sedikit kelainan dari segi dekorasi atau hiasan dalaman Cafe berkenaan. Bukan itu saja, Owlery Cafe juga menitik beratkan hiasan pada menunya juga. Menarik bukan? tengok pun dah terliur.
Dekorasi ala English style yang cantik di Owlery Cafe Dagang
Ok, sebelum saya kongsikan gambar-gambar makanan dan bercerita dengan lebih lanjut sila tonton video ni dulu. Tetapi jangan kecam saya kalau anda terliur. hahahah...
"Dine and Grind" antara konsep santai yang di perkenalkan oleh Owlery Cafe ini. Beralamat di G-6, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang Avenue, 68000 Ampang, Kuala Lumpur. kalau nak pergi ke Cafe ni mudah je. Boleh di access dari MRR2, berdekatan dengan IPD Ampang, Kompleks Galaxy bersebelahan dengan 7-Eleven atau sebelah kedai baju BMO.
Bergambar Kumpulan dengan rakan-rakan serta pemilik Owlery Cafe (Topi merah)
Owlery Cafe milik penuh orang melayu ini beroperasi pada jam 12 tengahari hingga 12 malam setiap hari kecuali hari Isnin (tutup). Oklah tak nak mengomel panjang-panjang pasal Owlery Cafe ni, nanti melalut pulak.
Bermain, makan, bergambar hehe..
Untuk pengetahuan anda Owlery Cafe Dagang Avenue ni ada menu Soup of the day, masa saya pergi hari tu diorang hidangkan Pumkin Soup yang sangat sedap dan pekat. Lagi bertambah sedap di makan pula dengan Roti Garlic yang rangup.. perghhhh... sebelum ni biasa makan Mushroom Soup je. Menurut pemilik Cafe ini, mereka akan menukar menu Soup of the day setiap hari. Jadi ikut luck anda lah time pergi nanti dapat soup apa.
Soup of the day - Pumpkin soup dengan roti garlic
Antara yang menarik perhatian saya di Owlery Cafe ini adalah di sudut bahagian dalam Cafe terdapat Kids Zone. Wah! menarik sungguh dengan adanya mini kitchen yang comel dapatlah anak-anak bermain sambil kita makan-makan. Tak adalah diorang buat hal, al-maklumlah budak-budak ni cepat bosan kalau pergi tempat yang tak ada hiburan untuk mereka.
Kids Zone di Owlery Cafe Dagang Avenue yang comel
Pelbagai jenis menu lazat Owlery Cafe yang saya cuba masa pergi hari tu, jangan terkejut kalau saya katakan lebih 30 jenis menu saya cuba. Tak percaya? hahahah... jom tengok gambar-gambar yang sempat saya rakam ni. Konsep dia Snap dan rasa sampai buncit perut. Hahaha... Jom jamu mata !!
Di bawah ni antara menu makanan lazat Owlery Cafe ni.
Menu Owlery Cafe - Eiffel Toast
Menu Owlery Cafe - Egg Florentine
Menu Owlery Cafe - Owl Pillow
Menu Owley Cafe - Prime Starter
Menu Salad Owlery Cafe - Owl Garden Salad
Menu Owlery Cafe - English Pancake
Menu Owlery Cafe - Cheesy Crispy Nachos
Menu Salad Owlery Cafe - CAESAR SALAD SMOKE SALMON
Menu Salad Owlery Cafe - CAESAR SALAD SMOKE SALMON
Menu Salad Owlery Cafe - CAESAR SALAD GRILL CHICKEN
Menu Owlery Cafe - Bread Bruchetta
Menu Owlery Cafe - Chicken Buritos
Menu Salad Owlery Cafe - Asian Smoked Chicken with Mango Salad
Menu Owlery Cafe - Owlery Fish & Chip
Menu Owlery Cafe - Owl & Roll
Menu Owlery Cafe - Pan Crispy Noewegion Salmon
Menu Owlery Cafe - Cheezy Spring Chicken
Menu Owlery Cafe - Owlery Sambal Fried Rice
Menu Owlery Cafe - Spicy Chicken Wing
Menu Owlery Cafe - Beefy Madness Burger
Menu Owlery Cafe - Tiger Prawn Fried Noodle
Menu Owlery Cafe - Chicken Supreme Burger
Menu Owlery Cafe - Cruchy Seafood
Menu Owlery Cafe - Crispy Crab Burger
Menu Owlery Cafe - Crispy Crab Egg Noodle
Menu Owlery Cafe - Bread Butter Pudding
Menu Owlery Cafe - Owlayaki with red bean
Menu Owlery Cafe - Tuna Classic Cold
Menu Owlery Cafe - Brownies With Ice Cream
Menu Owlery Cafe - GRILLED BEEF STEAK SANDWICH
Di bawah ni pula antara menu minuman di Owlery Cafe.
CARAMEL MACHIATO
PASSION HONEY PEACH
APPLE MOJITO
VERY BERRIES
CAPPUCHINO
STRAWBERRY CHOCOLATE
VERY BERRIES
TEH TARIK STRAWBERRY
OREO CHOCOLATE MILKSHAKE
BANANA MILKSHAKE
CHOCO BANANA MILKSHAKE
STRAWBERRY SMOOTHIES
SNICKERS MILKSHAKE
Haaaa.. macam mana? penat tengok gambar-gambar ni? memang penat sebab pening mana satu nak order kalau pergi sini. Tapi kalau nak cuba boleh tanya staff di Cafe ni apa cadangan menu yang harus di cuba di sini. Tapi semuanya bergantung kepada selara masing-masinglah kan?.
Macam mana nak pergi Owlery Cafe ni boleh Waze "Owlery Cafe Dagang Avenue" atau "7-Eleven Dangan Avenue" insya Allah jumpa. Alamat Cafe ni seperti yang saya nyatakan di atas atau boleh hubungi mereka di talian 03-4287 9639 dan kalau nak tahu perkembangan terkini boleh ke facebook Ownlery Cafe dan di Instagram Owlery Cafe.
*Gambar kurang memuaskan sebab screen shoot dari video.
okay tak boleh di elakkan dari terliur
ReplyDelete