Latest News
Monday, August 08, 2016

Ajaran Sesat Bakar Bayi Hidup-Hidup

Ajaran Sesat Bakar Bayi Hidup-Hidup | Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam arus kemodenan masih lagi terdapat jenis-jenis manusia yang berpikiran kolot serta taksub kepada sesuatu benda yang mana melangkaui kepercayaan yang dianggap keterlaluan. Melakukan perkara-perkara pelik yang bila di fikirkan sebagai tidak masuk akal.

Manusia sekarang tidak lagi ada sifat perikemanusiaan dalam diri. Manusia kini sewenang-wenangnya boleh melakukan apa saja tanpa mengira ianya salah atau pun tidak. Baru-baru ini kita di kejutkan dengan Kes Penderaan kanak-kanak di Terengganu oleh pasangan suami isteri yang boleh di ketegorikan tidak berperikemanusiaan. Dan artikel ini pula kisah ajaran sesat bakar bayi hidup-hidup.

Ajaran Sesat Bakar Bayi Hidup-Hidup
Gustavo Castillo Gaete (Foto: BBC)
Paparan ini pula lagi menyayat hati, bayi ini di tutup mulutnya dengan pita pelekat supaya bayi itu tidak menjerit dan di lontarkan bayi itu kedalam unggun api. MasyaAllah.. bertapa kejamnya manusia di sebabkan taksub dengan kepercayaan sendiri.


Petikan mengenai Ajaran Sesat Bakar Bayi Hidup-Hidup

Santiago: Polis Chile semalam menahan empat orang yang dituduh membakar seorang bayi hidup-hidup dalam satu upacara kerana pemimpin ajaran sesat itu percaya akhir zaman semakin hampir dan bayi terbabit adalah seorang antiChrist.


Bayi berusia tiga hari itu dibawa ke bukit di bandar Colliguay dekat pelabuhan Valparaiso, Chile pada 21 November lalu dan dibaling ke dalam unggun api. Ibu bayi terbabit, Natalia Guerra, 25, didakwa membenarkan pengorbanan itu dilakukan dan antara suspek yang ditahan.


"Bayi itu bogel. Mereka melekatkan pita di mulutnya untuk mengelak dia menjerit. Kemudian mereka meletakkannya di atas papan. Selepas memanggil roh mereka melontarnya ke dalam unggun api," kata Miguel Ampuero daripada unit Siasatan Polis.


Pihak berkuasa berkata, kumpulan ajaran sesat itu ditubuhkan pada 2005 dan diketuai oleh Ramon Gustavo Castillo Gaete, 36, yang masih bebas.


"Setiap anggota ajaran sesat itu terdiri daripada golongan profesional. Kami ada pakar veterinar dan juga yang bekerja sebagai kru kabin, penerbit filem dan pendraf. Setiap orang memiliki ijazah universiti," katanya ketika ditemui, semalam.


Anggota polis berkata, ketua rangkaian berkenaan, Castillo Gaete kali terakhir dilihat membuat perjalanan ke Peru untuk membeli ayahuasca, tanaman halusinogenik yang digunakannya untuk mengawal anggota kumpulan terbabit. - AP


Artikel bertarikh : 27/4/2013
Sumber HM


INCOMING SEARCH TERM :

bakar bayi hidup-hidup, ajaran sesat, Ajaran Sesat Bakar Bayi Hidup-Hidup, dera kanak-kanak, bakar kanak-kanak, kepercayaan karut
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

13 comments:

  1. Gile, baby yang cumel pun nak buta camtu...
    Kalau xnak meh bagi aku,,, pos ke, email ke,..
    Dgn cr itu bayi itu otomatik aku selamatkan.. jadila power ranger....

    Eh , melalut...siyus2....

    Ok , kalau komen serius, aku komen...


    Kejamnyaaaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  2. mengarut yang teramat sangat!!! ya ALLAH,, jangan la ada lagi jadi cengginii,,, amiin

    ReplyDelete
  3. apakah !? Grrr.... sian baby tu!

    ReplyDelete
  4. Mcm zaman jahiliyah, bayi dibunuh hidup2.

    ReplyDelete
  5. kejamnya.. dah kembali ke zaman jahiliyah pula nampaknya.. huhu..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Memang kejam giler dia orang ni..lebih dahsyat dari binatang kan..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah mmg kejam giler lah... ajaran mana lah ni !

    ReplyDelete
  9. dah macam kembali ke zaman tak bertamadun dah rupanyq kan.. giler

    ReplyDelete
  10. giler! aku bab2 bayi kena siksa, kena bunuh ni mmg rasa berderau darah aku naik ke kepala. Tak boleh bayangkan macamana kalau kena ngan anak sndiri

    ReplyDelete
  11. Ajaran sesat tak pernah buat benda yang baik.. selalunya perkara2 yang tak berperikemanusiaan tapi yang pelik masih ada pengikut. akal senteng gamaknya yang percaya pada ajaran sesat ni..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah... giler apa dorang ni.. terbayang lak macam mana baby tu teriak.. sedihnya

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Ajaran Sesat Bakar Bayi Hidup-Hidup Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa