Latest News
Wednesday, August 03, 2016

Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016

Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016 | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menjadi venue khas di mana Kementerian Kewangan dan JPM akan menganjurkan "Hari National Blue Ocean Strategy (NBOS)".

Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016
Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016 di PICC

Fungsi NBOS

NBOS berfungsi sebagai asas bagi Strategi Malaysian National Development (MyNDS) yang akan membimbing Rancangan Malaysia ke-11 dari 2016 hingga 2020. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri telah dilaksanakan sejak tahun 2009 lagi.



Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan ini akan berlangsung pada 14hb - 20hb Ogos 2016 di PICC. Dipahamkan pihak NBOS telah menyusun beberapa inisiatif dan program-program lain bersempena hari terbuka ini. NBOS memberi penekanan kepada pelaksanaan program transformasi sosial di mana sehingga kini sebanyak 93 inisiatif telah berjaya dilaksanakan.



Kejayaan Inisiatif NBOS

Antara inisiatif yang paling berjaya adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), Rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 1Malaysia For Youth (1M4U), 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) dan lain-lain lagi

YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut akan hadir pada hari tersebut dan di jangkakan akan melancarkan Buku Laporan (Report Card) NBOS 2016. 7000 orang ramai di ramalkan akan membanjiri hari terbuka NBOS ini nanti.

Aktiviti Menarik Di Hari Terbuka NBOS

Setiap Kementerian dan Agensi yang terbabit dengan inisiatif NBOS akan menyediakan pameran dan inisiatif tersendiri. Antara mereka yang terlibat adalah seperti berikut;

  • NSU
  • CODING
  • VIP
  • UTC
  • BR1M
  • MINDEF
  • MOHA
  • KPDNKK
  • MDEC
  • MOHR
  • MAGIC
  • KPKT
  • 1M4U
  • KPWKM
  • BIOTECH
  • KPM
  • JPA
  • PP1M
  • PR1MA
  • KPT
  • MOTAC
  • MOH
  • MOA
Antara program-program yang di susun atur yang bakal mendapat sambutan hangat pada Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan ini nanti adalah seperi di bawah ;

  1. Larian dan Kayuhan NBOS (NBOS Run and Ride) pada 14 Ogos 2016.
  2. International Conference On Blue Ocean Strategy (ICBOS).
    - Transforming Nations Through Creativity And Innovation 16 - 18 Ogos 2016.
  3. Global Blue Ocean Award 2016.
Selain itu terdapat juga beberapa pameran inisiatif-inisiatif NBOS seperti;
  • F1 simulasi oleh Petronas.
  • Booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.
  • Pelbagai aktiviti menarik oleh FIT Malaysia.
Menarik tak? tak cukup dengan itu sahaja, kehadiran anda pada Hari NBOS 2016 ini bakal di hiburkan dengan artis-artis ternama tempatan seperti ;
  • Dayang Nurfaizah
  • Siti Nordiana
  • Bunkface
  • Aizat Amdan
  • Sandra
  • Caliph Busker
  • Ronnie Hussein
  • 6ixth Sense
  • Alif Satar
  • Tasha Manshahar
  • Dan ramai lagi.
Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016
ARTIS - Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016


Sehubungan dengan itu anda di jemput hari beramai-ramai bagi menjayakan Hari National Blue Ocean Strategy (NBOS) ini nanti. Pasti ada aktiviti menarik serta manfaat menanti semua pengunjung. Informasi lanjut boleh rujuk di laman sesawang 


INCOMING SEARCH TERM :

Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016, Hari National Blue Ocean Strategy (NBOS), Aktiviti Menarik Di Hari Terbuka NBOS
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016 Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u