Asas Photography Jom Outing Taman Tasik Perdana | Salam hormat, agak terlewat kemaskini entry kali ini. Ahad yang lepas berlangsung satu program yang di namakan "
Jom Outing Tasik Perdana" (
Taman Tasik Botani Kuala Lumpur) yang dianjuran oleh
Tarmizi Syukri dan
Ai Media.
Asas Photography Bagi Pemula
Satu program "Outing" yang bertepatan bagi pemula yang baru berjinak-jinak dalam dunia photography menyertai program ini adalah satu langkah yang bijak. Antara yang dapat di pelajari semasa bersama "JOM Outing" di Taman Tasik Perdana tempohari (
30 March 2014) seperti asas dalam photography dan pencahayaan (lighting).
|
Cikgu Azman Ishak (4 dari kiri )memberi penerangan kepada peserta |
|
Cubaan Menembak jarak jauh |
Pengalaman Pertama Sertai Bengkel Asas Photography
Bagi
SB ini adalah pertama kali mengikuti
bengkel photography sejak memegang
kamera (
DSLR). Tidak di nafikan, sesiapa sahaja mampu mengambil gambar akan tetapi tidak semua tahu mengambil gambar dengan prosedur yang betul. Apa perkara yang tidak dan di bolehkan dalam photography perlu di ambil kira supaya gambar-gambar yang di hasilkan tampak cantik dan berkualiti serta mempunyai harga seni pada penggiat dalam dunia ini.
*Model cilik pada hari tersebut
Jom Outing Bengkel Santai Dan Terbaik
Untuk program pertama kali SB sertai ini, SB sifatkan satu bengkel photography yang santai dan lebih mesra kawan. Kesemua peserta termasuk
Cikgu Tarmizi Sukri dan
Cikgu Azman Ishak (
AI Media) tidak lokek untuk mencurahkan ilmu dalam bidang ini serta bertukar-tukar pendapat mengenai teknik-tenik mengambil gambar dengan baik.
|
Antara gambar yang sempat di ambil pada bengkel JOM Outing Taman Tasik Perdana |
Bagi yang berminat untuk sertai
JOM Outing ! pada siri akan datang bolehlah
DAFTAR dengan segera. Di pahamkan kepada yang telah sertai
JOM Outing kali ini dan mungkin pada masa akan datang (bergantung kepada pengajur) akan di berikan potongan harga bayaran yuran
bengkel photography (
tertakluk kepada penganjur).
kena berguru dengan abam potia la nanti camne nk ambik gambor
ReplyDeleteaku biase gak joint xtvt mcm ni tp under cikgu adhadi... dunia fotografi mmg byk sgt bende kena blajar...
ReplyDeletecantik gambor... ^_^
ReplyDelete