Karpal Singh Maut Kemalangan Jalan Raya | Bekas President
DAP dan peguam maut pagi tadi (17/4/2014) kira-kira jam 1.10 minit pagi kerana terlibat dalam satu
kemalangan jalan raya dekat Tapah. Kemalangan berlaku di kilometer 306 (
KM 306) Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara (
Gua Tempurung).
|
sumber gambar : darisungaiderhaka.blogspot.com |
Kereta jenis MPV jenis Toyota Alphard yang di naiki oleh
Karpal Singh bersama 4 orang lagi berada di dalam kereta MPV itu terlibat dalam satu kemalangan yang mana dikatakan telah telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian kanan belakang lori jenis Mitsubishi Canter 5 Tan di lorong kiri jalan.
|
Dalam kenangan : karpal Singh |
Karpal Singh Maut
Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu peribadi beliau,
Michael Cornelius, 38 tahun manakala seorang cedera parah iaitu dipercayai
pembantu rumah indonesia (nama tidak di kenali) dan 2 orang lagi cedera ringan/tidak cedera iaitu
Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh, 38 tahun dan pemandu MPV tersebut,
C.Selvam, 27 tahun. Masing-masing yang maut berada di belah kiri penumpang hadapan (Karpal Singh) dan di belakang penumpang (Michael Cornelius).
|
Remuk |
Kes
kemalangan maut melibatkan
Karpal Singh ini di siasat di bawah
Sek. APJ : sek 41 (1) APJ 1987.
Berhati-hati di jalan raya.
ada terbaca juga, dah heboh dah berita ni kann???
ReplyDeletedapat info melalui fb....takziah buat family mangsa yang terlibat...
ReplyDeleteEmm hilang seorang peguam yang disegani...harap2 ada lah macam beliau ni..
ReplyDelete