Latest News
Saturday, March 22, 2014

Manjung Yong Tau Foo Terbaik Kuala Lumpur | Food Review

Manjung Yong Tau Foo Terbaik Kuala Lumpur | Salam hormat, kali ini SB nak bercerita mengenai makanan. Selain daya tarikan tempat-tempat menarik sempena tahun melawat Malaysia 2014, makanan adalah salah satu daya tarikan pelancongan di negara ini. Kali ini SB ingin ceritakan salah satu makanan yang tidak asing bagi masyarakat Kuala Lumpur iaitu Yong Tau Foo dari Manjung kini di Kuala Lumpur.


Manjung Yong Tau Foo Terbaik Kuala Lumpur  Food Review
Sos pedas di asingkan

Wajib ada Yong Tau Foo

Seperti sudah menjadi satu kewajipan di bandaraya Kuala Lumpur yang mana jika terdapat pasar malam atau Bazar Larut Malam sememangnya kita akan berjumpa dengan peniaga yang menjual "Yong Tau Foo" tidak kiralah samada di bahu jalan atau pun di mana-mana sahaja yang menjadi tumpuan orang ramai pasti ada "warung Tolak" atau tak kurang juga yang menggunakan motosikal 3 roda. kali ini pendekatan makanan Yong Tau Foo memberi sedikit perbezaan, kerana kini anda noleh menikmati makanan yang popular di Manjung ini di dalam restoran.

Rasa Yong Tau Foo Sebenar

Restoran Manjung Yong Tau Foo yang menggunakan resepi tradisi warisan keluarga sejak turun temurun ini memberi satu persepsi baru kepada penggemarnya kerana rasa Yong Tau Foo ini tidak seperti yang pernah di makan di tempat-tempat lain. Yong Tau Foo warisan tradisi keluarga dari Manjung ini mula melebarkan sayapnya dengan pembukaan Restoran yang diberi nama "Manjung Yong Tau Foo" di The Trillium Lake Field Sg.Besi, Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Pernigaan warisan sejak 25 tahun dahulu yang mana di miliki oleh Tuan Haji Rashidi sejak 1986 lagi.





Kelainan Manjung Yong Tau Foo

Setiap makanan yang sedap dan lazat sudap pasti terdapat keistimewaanya yang tersendiri dari segi penyediaan dan juga ramuan resepinya. keaslian dan perbezaan Majung Yong Tau Foo warisan ini kekuatannya terletak pada sosnya serta sup (kuah) yang sedap dan sesuai untuk dimakan seisi keluarga. "Pedas" !!!.. anda tidak perlu risau jika ke Manjung Yong Tau Foo ini untuk membawa seisi keluarga untuk makan, kerana sosnya di asingkan dengan hidangan Yong Tau Foo itu sendiri. Terpulang kepada anda sendiri samada ingin pedas atau tidak. bagi SB jika ke sini selain menu utamanya Yong Tau Foo, banyak lagi menu yang di sediakan bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

kuew teow manjung yong tau foo
kuew teow special
Mee Bandung - Restoran manjung Yong Tafoo
Mee Bandung

Wajib Cuba Manjung Yong Tau Foo

Jika tidak tahu kemana untuk makan? SB cadangankan singgahlah ke Manjung Yong Tau Foo adalah pilihan yang tepat. Selain tidak berada di kesibukan bandar, lokasi Restoran Manjung Yong Tau Foo ini juga amat strategik dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kedai 24 jam, restoran-restoran serta bank yang berdekatan. Antara menu-menu lain di restoran ini seperti Kueh Teuw Kerang Yong Tau Foo, Mee Bandung Yong Tau Foo, Nasi Itik Madu, Nasi Ayam Madu Otak-otak serta banyak lagi menu-menu yang sedap-sedap begitu juga dengan minuman-minuman yang yang istimewa yang menjadi pembuka selera. SB syorkan sesuai untuk makan malam bagi yang tidak suka makanan yang terlalu berat pada waktu malam.

D'Bandung istimewa - restoran Manjung yong tau foo
Minuman cadangan : D'Bandung Special


Untuk ke Restoran ini anda bolehlah terus ke petunjuk / maps [Get Direction] . atau rujuk peta di bawah dengan "landmark" di dalam kotak-kotak merah yang di berikan.

peta, maps Manjung Yong Tau Foo Terbaik Kuala Lumpur
Restoran bersebelahan bank Muamalat

Atau boleh hubungi di:
Phone 012-578 3761, 0136831976 [Encik Adli]
Email manjungytf@yahoo.com
Website http://facebook.com/manjungyongtaufookl

Food Review:
Manjung Yong Tau Foo Sungai Besi kuala Lumpur
Gambar kredit : www.mahamahu.com | www.DikBee.com


INCOMING SEARCH TERM :

Manjung Yong Tau Foo Terbaik Kuala Lumpur | Food Review,
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

7 comments:

  1. Assalamualaikum. wahh sodapnya. lama tak makan yong tau foo. hihi. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. mmg wajib sekali lagi ke sini haaa...

    ReplyDelete
  3. posyarrrr sedapnyaaaa yong tau fu tuh review terbaek hihi posyar entry sheda terbaru ada name posyar huhu.. posyar cmner nk letak related artikel mcm posyar tuh x jadi la.. hihi

    ReplyDelete
  4. Yong Tau Foo antara makanan kegemaran. Selalunya kalau ke Pasar Malam akan beli.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya air bandung spesel tu..sejuk tekak minum time musim panas ni!

    ReplyDelete
  6. Dekat dengan rumah, tapi kena cari lokasi yg tepat, aku suka k.teow, yong tau foo pun layan gak.

    ReplyDelete
  7. meleleh air liur tgk d'bandung special tu...
    wuaaa.. jom ar pi lg...
    kehkehkeh..

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Manjung Yong Tau Foo Terbaik Kuala Lumpur | Food Review Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa