Latest News
Friday, October 07, 2016

Seharian Di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Seharian Di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua, entry kali ini sekadar mengisi kekosongan idea buat masa ini yang mana tidak tahu apa yang hendak di postkan. (agak skema ayat aku kali ni). Ahad yang lepas seharian di Taman Rama-rama Kuala Lumpur. Sebenarnya di Kuala Lumpur ni banyak tempat-tempat menarik yang sesuai untuk di lawati seisi keluarga. Tidak perlu pergi jauh-jauh untuk bersiar-siar.

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Rajah Brooke's Birdwing atau nama saintifiknya Trogonoptera brookiana

Tempat-tempat Menarik Di Kuala Lumpur
Setakat ini tempat-tempak yang aku rasa sesuai untuk di lawati di Kuala Lumpur seperti Taman Tasik Perdana, Taman Burung, Taman Rama-rama, Taman Orkid, Taman Rusa, Memorial Tunku Abdul Razak, Planetarium Negara, Masjid dan Muzium Islam Negara serta Muzium Negara. Apa yang menarik tempat-tempat ini adalah semuanya letaknya di satu tempat sahaja. kalau naik kereta pun tak perlu memandu jauh-jauh pun.


Harga Tiket Shuttle Train

Bagi akulah, aku lebih suka "parking" kereta dan naik "train" (traktor - Shutle transpot)  yang mengenakan bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Lebih seronok naik transpot yang di sediakan di sini sebab kenderaan ni "open air" boleh "Snap" gambar semasa "train" tu berjalan. Memang seronok habiskan masa di hujung minggu minggu di sini.

Tasik Perdana Kuala Lumpur

Di Tasik Perdana ni ramai aku tengok orang suka bergamabar di kawasan ini kerana suasana di sini agak tenang dan cantik dengan bunga-bungaan yang memang sesuai untuk bergambar. Tidak kurang juga ramai pengantin-pengantin baru serta model-model menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk bergambar.

Harga tiket masuk Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Ok, apa yang aku nak kongsikan adalah Taman Rama-rama Kuala Lumpur. Rasanya lebih daripada 6 kali aku kesini. Dan kali ini aku menghabiskan masa yang lama disini. Sebelum terlupa dan untuk bayaran masuk ke Taman Rama-rama sekarang adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan Kemera tidak dikenakan bayaran sepertimana di Zoo Negara.

Keadaan di dalam Taman Rama-rama ni memang cantik bagi mereka yang tak pernah pergi. Bagi aku dah jadi macam kurang la sebab dah biasa sangat. Tapi dah lama tak masuk memang ada lah serba sedikit perubahan-perubahan kecil yang di buat oleh pihak pengurusan Taman ini. Secara jujurnya ianya boleh di ketegorikan cantik dan menarik.

Gambar-gambar yang di ambil di dalam Taman Rama-rama Kuala Lumpur.



Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Air terjun buatan di dalam Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Taman Rama-Rama Kuala Lumpur


Difahamkan Taman Rama-rama Kuala Lumpur ini adalah 80,000 kaki persegi keluasannya, dan terdapat lebih daripada 5,000 spesis rama-rama dan unggas di dalamnya.

Banyak lagi gambar-gambar yang nak di kongsikan. Tetapi gambar yang terhasil daripada Kamera Nikon DSLR ini saiznya terlalu besar. Isha Allah akan aku kongsikan di bahagian kedua nanti.
Sekian perkongsian entry Seharian Di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dan gambar-gambar newbie ini.


INCOMING SEARCH TERM :

taman rama-rama kuala lumpur, tempat menarik di kuala lumpur, tempat menarik, taman rama-rama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

9 comments:

  1. Dapat kluar amik gambar mngasah skill photography mmg seronok. Aku sendiri kalu pergi rasanya dh masuk alam sendiri dah, amik sbrapa bnyak gmbr yg boleh.. Satu gambar (objek) boleh buat bmcm2 angle..

    Amik gmbr serangga main macro pic la bro..

    Satu kepuasan..^__^

    ReplyDelete
  2. good info
    i think i'll pay a visit there next year
    tahun melawat malaysia katakan, kah3

    ReplyDelete
  3. dua tiga kali jugak masuk taman rama rama ni sebab anak saya memang suka spesis serangga ni. nak2 lagi yang terbang. So, nak bagi anak enjoy perkara yang dia suka kami bawa dia datang ke sini. Kalau zoo dia lebih excited masuk tempat rama2 jugak. kalau dia lebih suka rama2 tak payah membazir bawa masuk zoo negara yang tiket lebih mahal. bawak masuk taman rama rama jer

    ReplyDelete
  4. cantik laa.. teringin nak pergii

    ReplyDelete
  5. Patutlah seharian, cantik tempat ni..

    ReplyDelete
  6. ini memang kalau masuk, tak sedar waktu dah berlalu..

    ReplyDelete
  7. pejabat dekat dgn tmn rama2 pun, baru tau harga tiket murah rupanya

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Seharian Di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa