Cuba Sendiri Permainan Virtual Reality Avengers Damage Control The Void Genting Highlands | Salam hormat, perkongsian kali ini memberi sedikit pengalaman berbeza dalam permainan "Game". Permainan Virtual Reality yang di beri nama Avengers Damage Control di bawakan untuk korang oleh The Void Genting Highlands.
Permainan Virtual Reality ini membawa korang seolah-olah korang berada di dunia Avengers sebenar seperti yang korang tonton di filem-filem Avengers. Kali ini korang adalah watak utama dalam permainan ini. Dengan memakai sut pilihan superhero, korang perlu berperang dengan musuh-musuh di dalamnya. Haha.. sebelum main permainan ni korang akan dipakaikan dengan pakaian khas beserta goggle. Selepas tu korang pilihlah watak mana yang korang nak. Kalau korang nak tengok trailer Avengers Damage Control The Void ni korang play video di bawah sure korang teruja.
Sebelum tu kalau korang nak tahu permainan Virtual Reality Avengers Damage Control diperkenalkan oleh Marvel Studios dan ILMxLAB, Lucasfilm’s immersive entertainment studio. Satu kejayaan buat Marvel Studios kerana berjaya membawa Marvel Cinematic Universe (MCU) kepada penonton di seluruh dunia. Avengers Damage Control akan membawa semua peminatnya untuk melangkah ke MCU buat pertama kali dan berpasukan dengan wira paling hebat di muka bumi. kalau korang nak tau wira tu korang lah... hahaha...
Ni Muka Avengers yang tertewas hahaha - Avengers Damage Control The Void Genting Highlands |
Kami sentiasa mencari cerita baru dan sudut alam semesta untuk watak kami untuk diterokai. Sekarang, selepas lebih daripada satu dekad sokongan hebat, kami teruja untuk memberikan peminat yang sama peluang: menjadi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe, "kata Kevin Feige, Presiden Marvel Studios. "Memperluas bagaimana orang dapat mengalami MCU adalah sesuatu yang selalu kita lakukan cuba lakukan, dan dalam Avengers: Kawalan Kerosakan, kami mahu memberikan peminat peluang untuk disesuaikan bersama beberapa pahlawan kegemaran mereka buat pertama kalinya.
Setiap team di bahagikan kepada 4 orang, sebelum memasuki medan pertempuran korang akan di beri menonton misi pertempuran dan teknik-teknik untuk menembak dan cara menggunakan perisai untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Hahaha... part ni aku failed!!! banyak kali aku kena tembak. Macam mana nak tahu korang dah kena tembak? badan korang akan bergetar dengan vibrate yang berada dalam sut yang korang pakai tu..jangan melatah sudahhh ...
Avengers Damage Control The Void Genting Highlands |
Walaupun ianya hanya permainan, tetapi suasana di medan pertempuran dalam MCU tu amatlah realistik. Sampai benda-benda jatuh pun ko nak mengelak hahaha... banyak kali jugak aku lost tak tau nak duduk lokasi mana. Jalan pun slow-slow takut jatuh wei... padahal latai rata jek...dan apabila selesai saja pertempuran dengan musuh satu screen akan keluar yang memberikan permarkahan permainan korang tu... eh! abam score A ok... so itulah kelebihan permainan ni.. korang mesti cuba kalau korang ke Genting Highlands. Pengalaman ni tak datang selalu.
Doctor Strange - Permainan Virtual Reality Avengers Damage Control The Void Genting Highlands |
Di Malaysia cuma ada di Genting Highlands saja. Kalau korang berminat nak cuba pengalaman jadi Avenger boleh lah korang datang ke Genting Highlands. Untuk keterangan lanjut pasal tiket korang boleh rujuk sini www.rwgenting.com
Wahh. Bestnya! Belum main dah terasa best
ReplyDelete