Latest News
Tuesday, May 02, 2017

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Tawar "Offpeak Deals"

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Tawar "Offpeak Deals" | Salam hormat, minggu lepas saya dijemput untuk menghadiri pelancaran satu aplikasi yang tidak asing lagi iaitu Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan atau pun JJCM. 21 April 2017 dengan rasminya aplikasi JJCM ini dilancarkan bertempat di KL EAST @ Jibby East Taman Melati.

Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan
Sidang Media - Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan. Dari Kiri : Ms Ee Kee (Pengurus produk JJCM), Nas (pengacara rancangan JJCM), Dhiya Aizat (Lead, Communications, Media Prima digital).

Aplikasi JJCM ini diilhamkan daripada satu program Jalan-Jalan Cari Makan yang popular di TV3. Semua informasi tentang tempat-tempat makan yang sedap dan lazat anda boleh dapatkan di dalam aplikasi ini. Semua pengumpulan maklumat tentang tempat makan yang pernah dikunjungi oleh produksi Jalan-Jalan Cari Makan dipadatkan di dalam aplikasi ini.


Muat Turun Aplikasi JJCM

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, apa kata anda muat turun dulu aplikasi JJCM ini di Goole Play dan juga boleh di dapati di Apps Store. Untuk muat turun sila klik pautan di bawah :
Google Play: bit.ly/JJCMAndroid
App Store: bit.ly/JJCMApple

Aplikasi JJCM
Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

JJCM Offpeak Deals

Apa yang menarik dengan mengunakan Aplikasi JJCM ni adalah, anda boleh mendapatkan potongan harga di waktu puncak atau pun "Offpeak Deals". Setiap hari jika anda lihat aplikasi ini, ianya akan memaparkan "Offpeak Deals" untuk menu-menu dari restoran atau tempat tertentu sahaja, yang mana potongan harga yang boleh anda dapati sehingga 70% dan dikemaskini setiap hari.

Tawaran Offpeak Deals JJCM
Tawaran Offpeak Deals - Aplikasi  JJCM
"Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah", Kata Ms Ee Kee selaku pengurus Aplikasi JJCM.
Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan cari makan
Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan cari makan

Kelebihan Fungsi Aplikasi JJCM

Antara kelebihan lain yang di tawarkan melalui Aplikasi JJCM ini ialah ianya menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama "Offpeak Deals" seperti :

  • Anda tidak perlu beratur panjang di restoran.
  • Dapat menjimatkan masa dengan menempah awal sebelum ke restoran.
  • Pekhidmatan tempahan melalui aplikasi ini adalah percuma. (bayar apa yang dimakan sahaja).
  • Aplikasi ini dilengkapi dengan fungsi carian berdekatan yang membolehkan pengguna aplikasi melihat restoran-restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka.
Dengan beberapa langkah mudah melaui aplikasi ini anda hanya perlu masukkan email, nombor telepon bimbit anda kemudian pilih tarikh bila yang anda mahu serta bilangan pengunjung sahaja. Anda akan dimaklumkan melaui email untuk pengesahan.

Wajah Baru Aplikasi JJCM

Aplikasi JJCM kini diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Tambahan mereka lagi, dengan tranformasi 360 darjah, aplikasi ini tampak lebih menarik. Selain itu anda boleh berikteraksi sesama pencinta makanan di dalam aplikasi ini kerana mereka telah mewujudkan ruangan komen untuk anda melihat komen-komen serta cadangan daripada mereka yang telah menggunakan aplikasi ini. Untuk makluman anda sejak aplikasi ini berada di Google Play dan App Store, kini jumlah yang telah memuat naik Aplikasi JJCM ini mencecah sehingga 250 ribu.

Menu makanan dan restoran-restoran yang dipaparkan di dalam Aplikasi JJCM tidak terhad kepada lokasi yang pernah dikunjungi oleh produksi sahaja, malah turut juga memaparkan makanan dan tempat-tempat yang dikunjungi oleh pasukan editorial Aplikasi JJCM melalui cadangan orang ramai.

Pasukan editorial dan juga para Bloggers terpilih buat julung-julung kalinya telah mengadakan satu program kembara makanan Aplikasi JJCM ke Terengganu baru-baru ini untuk menjelajah ke serata negeri "Penyu" ini bagi mencuba hidangan makanan  tradisional sehingga moden di negeri pantai timur ini.

Kempen #SeringgitSeribuKebaikan

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Begitulah pepatah yang dapat kita ungkapkan. Dalam kesenangan kita, jangan di lupakan pada yang lebih memerlukan. Satu lagi cetusan yang di bawakan oleh Aplikasi JJCM dan Media Prima Digital iaitu Kempen #SeringgitSeribuKebaikan yang membolehkan rakyat Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi sumbangan ikhlas serendah RM 1 , RM 3, RM 5 dan RM 10.

Semua pemberian (derma) yang disumbangkan orang orang ramai akan digunakan untuk membiayai hidangan berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti. Menurut Encik Dhiya Aizat (Lead, Communication, Media Proma Digital) mereka akan membiayai juadah berbuka puasa di 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan ini nanti. Dengan adanya  kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini ianya dapat memberi peluang kepada anak-anak istimewa ini untuk sama-sama menikmati juadah berbuka puasa yang mana konsep makanan adalah sebagai keperluan asas.



Setiap rumah kebajikan berpeluang memilih 20 buah restoran dan "food truck" bagi meraikan anak-anak istimewa ini  berbuka puasa selama 5 hari iaitu setiap Isnin hingga Jumaat selama 4 minggu Ramadan nanti.

Bukan itu sahaja, Skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut ke Negeri Terengganu dan juga Johor bagi menyampaikan sumbangan daripada #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk 2 buah rumah kebajikan terpilih iaitu pada 2 dan 10 Jun 2017.

Menerusi kerjasama dengan pihak CJ Wow Shop, anda boleh membuat sumbangan seperti yang dinyatakan di atas menerusi Aplikasi JJCM sendiri ataupun anda boleh terus menderma melalui laman rasmi CJ Wow Shop di www.CjWowShop.com.my.

Kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini akan berlansung selama sebulan iaitu bermula 1 Mei - 30 Mei 2017. Kempen ini juga turut mendapat sokongan pihak Mamee Double Decker, yang mana mereka akan menyumbangkan barangan keluaran Mamee untuk anak-anak bertuah ini. Semoga harat murni Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan (JJCM)  dan Media Prima Digital serta penaja kempen #seringgitSeribuKebaikan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan adanya sekongan dari anda.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut serta kemaskini anda boleh buat rujukan di laman rasmi mereka di :
Facebook Jalan-Jalan Cari Makan

Instagram Jalan-Jalan Cari Makan


INCOMING SEARCH TERM :

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Tawar "Offpeak Deals", Aplikasi Jalan-jalan cari makan, jjcmKempen #SeringgitSeribuKebaikan, Aplikasi JJCM
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Tawar "Offpeak Deals" Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u