Latest News
Friday, April 21, 2017

Konsert PERCUMA JOM TONTON Sempena Ulang Tahun

Konsert PERCUMA JOM TONTON Sempena Ulang Tahun | The Curve Mutiara Damansara bakal menjadi venue di mana Konsert JOM TONTON bakal di adakan esok (22/4/2017). Konsert JOM TONTON ini diadakan sempena ulang tahun yang portal tonton.com.my. Rasanya tak perlu kot saya nak terangkan lebih lanjut pasal portal ini kan? semua pun sudah sedia maklum bila sebut saje #TontonMacamVIP kan?

Konsert PERCUMA JOM TONTON
Antara barisan Artis yang bakal memeriahkan Konsert JOM TONTON

Konsert PERCUMA JOM TONTON

Haaa... PERCUMA!! mana nak cari konsert percuma sekarang? maksud saya konsert yang menampilkan ramai barisan artis terkenal masakini bersatu untuk satu konsert. Bunyinya sangat WOW!. Kalau korang FREE esok jom kita terjah The Curve esok. Jangan risau kalau lambat sebab konsert ni bermula jam 10pagi - 10 malam (Konsert & Jualan Bazaar) dan kemuncaknya jam 8 malam.

Konsert jom tonton
Anggota FORTEEN bakal membuat persembahan di Konsert JOM TONTON esok

Apa Yang Menarik?

Bukan sekadar pergi tonton konsert je, terdapat banyak bazar jualan disediakan untuk korang termasuklah booth jualan portal membeli belah atas talian iaitu Roopawan.com. Hey!! tak ketinggalan "Queen of TONTON" sape lagi kalau bukan Dato' Seri Vida pun ada.. Selain tu Duta TONTON Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack pun ada. Apa lagi? jom lah ajak kawan-kawan esok ke The Curve.



Barisan Artis Di Konsert JOM TONTON

Haaa... part ni paling teruja.. mesti korang nak tau sape artis yang bakal buat persembahan esok kan? antaranya :

  • Elecoldxhot
  • Sufian Suhaimi
  • Kaka Azraff
  • Wany Hasrita
  • Ning Baizura
  • Bunkface
  • Ara Johari
  • Azlan & The Typewriter
  • Forteen
  • Juzzthin & ABON
  • Dr. Soo Wincci
  • Orange Tan
  • Jieying Tha
  • Elecoldxhot
  • Sofia Merican
  • Alvin Chong
  • Waris

Ramai tak? sebenarnya banyak lagi benda menarik esok. Malas nak cerita, korang kena pergi sendiri kalau nak tahu. Ok, pada korang yang tak berkesempatan nak pergi Konsert JOM TONTON esok jangan risau korang masih lagi boleh tonton secara stream menggunakan aplikasi TONTON yang boleh dimuat turun di Play Store atau di tonton.com.my. Bila lagi kan nak #TontonMacamVIP ? haha..

Barisan Artis bakal membuat persembahan di Konsert JOM TONTON
Barisan Artis bakal membuat persembahan di Konsert JOM TONTON

Konsert JOM TONTON
Barisan Artis bakal membuat persembahan di Konsert JOM TONTON

Ok, jangan lupa janji temu kita esok !!!



Tarikh : 22 April 2017
Jam : 10pagi - 10malam (Konsert & Jualan Bazaar)
Tempat : The Curve Mutiara Damansara.

Maklumat lanjut sila layari : 


INCOMING SEARCH TERM :

Konsert PERCUMA JOM TONTON Sempena Ulang Tahun, jom tonton, konsert The Curve
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Konsert PERCUMA JOM TONTON Sempena Ulang Tahun Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u