Latest News
Monday, October 10, 2016

Gempak ! Pesta Lelong Buku Di Putrajaya

Gempak ! Pesta Lelong Buku Di Putrajaya | Putrajaya? dekat je dari Kuala Lumpur, kalau dari rumah aku 20 minit je. Eh! apa kena mengena dengan Putrajaya? nah! abam nak bagitau tak lama lagi ada PESTA LELONG BUKU DI PUTRAJAYA untuk ulat buku macam abam.. (ulat buku sangat kan?).

Pesta Lelong Buku Di Putrajaya
Pesta Lelong Buku Di Putrajaya

Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya selaku rakan kerjasama, buat julung-julung kalinya akan mengajurkan Pesta Lelong Buku Putrajaya yang merupakan pesta lelong buku bahasa melayu terbesar di Malaysia yang mampu memberikan kelainan kepada anda. Wow! hebat bunyinya. Kepada ulat-ulat buku anda dah bersedia ke? Pesta lelong buku ini bakal berlangsung pada dari 21 hingga 30 Oktober 2016 akan datang. Tak lama lagi dah ni.

Lokasi Pesta Lelong Buku Putrajaya;
Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.

Untuk penampilan julung-julung kali ini, pesta lelong buku ini menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air seperti dari PTS publications, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut Terjemahan Buku Malaysia, Penerbit JAKIM dan ramai lagi. Apa yang penting diorang akan tawarkan harga runtuh serendah RM2 dan RM5 bagi sebuah buku dan RM1 untuk senaskah majalah? memang wow!! sangatlah kan? MURAHHH GILERRRR!! hey!!! kalau bukan ulat buku pun boleh pergi jugak lah... hahahah...

Pesta Lelong Buku Di Putrajaya
Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016


Membaca itu jambatan ilmu, tapi di Putrajaya bukan saja jambatan ilmu je. Jambatan Sri Wawasan pon ada jugak.. hekhek lari topik pulak. Lebih 50,000 judul tajuk buku dengan pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%. Pameran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dan masuk adalah percuma. Antara ketegori buku-buku dan majalah yang bakal anda boleh dapati di Pesta Lelong Buku di Putrajaya ni antaranya adalah seperti berikut ;

  • Kanak-kanak.
  • Dewasa
  • Novel
  • Motivasi
  • Agama

Kesemua buku-buku serta majalah ini di lelong dengan harga seperti yang abam nyatakan di atas. Apa yang penting walaupun harga yang di tawarkan tu sangat murah namun ianya tetap bermutu tinggi.

Matlamat Pesta Lelong Buku

Sejajar seruan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berilmu, matlamat utama Pesta Lelong Buku ini dianjurkan adalah memberi ruang dan peluang kepada para pembeli serta pelbagai pihak untuk mendapatkan pelbagai buku yang terbaharu dan berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia.


Kemudahan Ke Pesta Lelong Buku

Bagi memudahkan para pengunjung ke Pesta Lelong Buku ini beberapa kemudahan-kemudahan akan di sediakan antaranya
  • Tempat letak kereta (Parking) yang luas.
  • Ruang pameran yg selesa.
  • Kemudahan mesin ATM.
  • Tempat makan.
  • Dan lain-lain lagi

Tak Ada Alasan Dah!



Tak ada masa untuk ke Pesta Lelong Buku bukan lagi alasan kerana Pesta Lelong Buku Putrajaya ini berlangsung selama 10 hari. Di pahamkan terdapat sebanyak 100 buah booth jualan di sana dan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung Pesta Lelong Buku disediakan antaranya pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti busking, ceramah, diskusi buku, pertandingan selfie, pertandingan mewarna dan juga sesi bersama artis terkenal seperti Yatt Hamzah dan Heliza Helmi. ehemm....

Pesta Lelong Buku Di Putrajaya


Untuk maklumat lanjut tentang Pesta Lelong Buku ini anda boleh melayari laman facebook , twitter dan insta di @pestalelongbuku atau @Sinergiilmu untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi 0193258285/0193258289.

Untuk update terkini boleh layari laman facebook Pesta Lelong Buku Putrajaya atau boleh cari Hashtag Rasmi #pestalelongbuku #dahtakdealasandah


INCOMING SEARCH TERM :

Pesta Lelong Buku Di Putrajaya, Pesta Lelong Buku 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

6 comments:

  1. Wah. Menarik. Thanks for the info. Kena pergi ni..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kan? kena pegi ni... bila lagi nak dapat offer murah giler ni...

      Delete
  3. memang best kalau lelong camni

    ReplyDelete
  4. memang kalo ade pesta lelong buku.. berhantu.. xpnh miss. rambang mata hoii

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Gempak ! Pesta Lelong Buku Di Putrajaya Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u