Program Amal Ancasa Hotel & SPA Kuala Lumpur Sempena Bulan Ramadan | Beberapa hari lepas (7 Jun 2016)
Blogger2u (
B2U) berkesempatan mengunjungi undangan majlis berbuka puasa di
Hotel Ancasa & SPA Kuala Lumpur.
Buffet Ramadan yang disediakan semuanya enak-enak belaka. Maklumat lanjut boleh baca entry ini
Buffet Ramadan Selera Desa Di Ancasa Hotel & SPA Kuala Lumpur.
 |
Pihak Ancasa Hotel & SPA menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir |
Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini
Hotel Ancasa & SPA ini seperti biasa meneruskan tradisinya dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan untuk komuniti setempat dan juga program bersama-sama anak yatim. Antara aktiviti tradisi yang menarik adalah sajian
Bubur Lambuk diedarkan kepada orang ramai secara
percuma yang mana sajian Bubur Lambuk ini di masak sendiri oleh katitangan Hotel Ancasa & SPA ini sendiri di anjung hotel berkenaan bermula jam 3 petang.
Program Amal di Bulan Ramadan
Pada hari berkenaan pihak Hotel Ancasa & SPA Kuala Lumpur meneruskan aktiviti amal mereka dengan mengedarkan lebih kurang 500 bungkus makanan sebagai bekalan untuk berbuka puasa bagi masyarakat sekitar
Pudu Sentral (
Pudu Raya) dan "
Chinatown".
Majlis Berbuka Puasa Dengan Anak Yatim dan Sumbangan
Program amal di bulan Ramadan diteruskan lagi pada sebelah malamnya dengan
majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim dari
Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak. Lebih Kurang 40 anak-anak yatim yang hadir pada malam tersebut bersama 4 orang penjaga Rumah Penyanyang berkenaan.
 |
Majlis Berbuka Puasa Dengan Anak Yatim Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak |
Sambil menikmati juadah
Buffet Ramadan, pihak pengurusan UDA Holdings dan pihak pengurusan Ancasa Hotel & Resorts turut menyampaikan sumbangan ikhlas duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.
 |
Sumbangan ikhlas duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir |
Jelas terpancar kegembiraan anak-anak yatim ini dengan menikmati lebih 120 jenis hidangan lazat termasuk gerai yang disediakan oleh
Hotel Ancasa & SPA Kuala Lumpur ini sambil menyaksikan persekitaran seperti di era 60an. Elemen 60an ini bagi menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sempena pemergian seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973.
 |
Lebih 120 jenis hidangan lazat termasuk gerai yang disediakan oleh Hotel Ancasa & SPA Kuala Lumpur |
 |
Lebih 120 jenis hidangan lazat termasuk gerai yang disediakan oleh Hotel Ancasa & SPA Kuala Lumpur |
 |
Anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak |
Majlis berbuka puasa di sini akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal secara "
live" sepanjang bulan Ramadan sepertimana yang telah B2U tulis pada entry
Buffet Ramadan Selera Desa Di Ancasa Hotel & SPA Kuala Lumpur yang lepas.
 |
Persembahan Ghazal secara "live" |
Sebarang maklumat dan pertanyaan tentang program amal ini dan tempahan Buffet Ramadan boleh hubungi Saffron Brasserie di talian
03-2026 6060 sambungan
7703 atau di talian bebas tol
1-300-88-0032.
Gambar kredit : projektravel team
terbaiklah Ancasa :)
ReplyDeletebagus-bagus, gembirakan hati anak yatim..
ReplyDelete