Latest News
Thursday, June 23, 2016

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands | Bercuti atau "makan angin" di Genting Highlands memang satu pengalaman yang unik dan mempersonakan. Dengan ketinggian 6000 kaki dari paras laut dan udaranya yang sejuk membuatkan ianya menjadi satu pengalaman percutian yang berbeza dan sukar di lupakan.

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands
Kambing Golek - tarikan utama Rajawali Awana Genting


Bilamana menjengah di pucak Genting Highlands seringkali bab makan menjadi masalah?. Opss !!! jangan risaulah sebab di pucak sana banyak restoran-restoran yang tersedia untuk para pelancong yang sememangnya ianya Halal (kecuali non halal restoran). Hurmmm... kini rata-rata bila melawat ke tempat orang agak sukar untuk mencari tempat sesuai dan yang memenuhi citarasa untuk berbuka puasa.

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands
Hotel Awana Genting Highlands


Kini mencari tempat berbuka puasa tidak lagi menjadi masalah, bezanya anda kena turun sedikit dari puncak Genting dan singgah ke Awana Genting. Di Awana Genting dimana letaknya satu lokasi berbuka puasa iaitu di Restoran Rajawali. Dengan suasana di dalam restoran yang amat selesa lagi luas, rasanya membuat pilihan berbuka disini adalah satu pilihan yang tepat. Bukan sahaja sajian Buffet Ramadan yang di hidangkan lazat-lazat belaka bahkan hidangannya memang memenuhi citarasa kita "orang melayu".

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands
Ruang Buffet yang luas dan selesa dengan dekorasi yang menarik


Selain itu di Restoran Rajawali Awana Genting ini menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti tandas yang bersih, surau yang selesa dan ruangan santai (lobi) yang cantik sambil menikmati udara sejuk dan nyaman.

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Apa makanan yang sempat Blogger2u (B2U) jamah masa pergi ke sana? susah nak cakap sebab rasanya sebahagian sajian di sana B2U rasa. Mujurlah tak bawak perut "spare" kalau tak memang nak je makan semua hidangan di sana. Antara sajian yang terdapat si Restoran Rajawali Awana Genting ini adalah seperti berikut ;

  • Bolognaise penne
  • Rendang paru
  • Kari kepala ikan
  • Ikan kukus
  • Ayam gorang berempah
  • kacang kuda marsala
  • Sayur campur
  • kangkung goreng belacan
  • Lasagna
  • Opor daging
  • Jhinga marsala
  • Puyuh gorang berempah
  • Ikan masam manis
  • Sayur Pakora
  • kailan ikan masin
  • Sayur campur
  • marinara fussili
  • kambing Vindaloo
  • Asam pedas kepala ikan
  • Ikan masin
  • Aloo Gobi
  • Pajeri terung
  • Ulam-ulaman termasuk kerabu
  • Pelbagai sos
  • Sambal belacan
  • Sambal tempoyak
  • Budu
  • Cencaluk
  • Dan banyak lagi yang tak dapat di senaraikan

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands



Tengok nama sajian pun ada yang tak reti nak sebut. Kalau tengok hidangan yang dihidangkan lagilah kelabu mata mana satu nak ambil dulu. pendek kata sedap-sedap belaka.

Manakala hidangan lain yang tersedia yang menjadi tarikan ramai adalah bahagian buah-buahan yang menjadi kesukaan ramai seperti;
  • Durian belanda
  • Longan
  • pulasan
  • limau bali
  • Anggur
  • Epal
  • Buah Naga (Dragon fruit)

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands
Ruang buah-buahan yang menjadi tumpuan

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands
Persembahan live daripada warga Rajawali Awana Genting

Tidak ketinggalan sajian pencuci mulut, sambil santai-santai menyaksikan persembahan "live" daripada warga Restoran Rajawali anda bolehlah rasa pelbagai variasi kuih muih seperti;
  • Kuih lapis
  • Kuih lapis pelangi
  • Lompang
  • Talam
  • Talam Nyonya
  • Onde-onde
  • Seri muka
  • Putri mandi
  • Bubur kacang hijau durian
  • Bubur cha cha Nyonya
  • Pengat Pisang Raja
  • Cendol
  • Ais batu campur
  • Ais krim
  • Dan banyak lagi
Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Pendek kata semua sajian yang dihidangkan sangat-sangat berbaloi dengan harga yang di tawarkan sempena bulan Ramadan ini. Tawaran Buffet Ramada di Rajawali Awana Genting ini bermula pada 6 Jun sehingga 5 Julai 2016 yang mana di buka untuk pelanggan pada jam 6pm hingga 9.30pm. Harga Buffet Ramadan yang di tawarkan adalah seperti berikut;
  • RM 100 Dewasa
  • RM 50 Kanak-kanak
  • RM 80 Warga emas
Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands


Sebarang pertanyaan dan urusan tempahan Buffet Ramadan di Restoran Rajawali Awana Genting ini anda bolehlah hubungi mereka di talian 03-2718 1118 atau laman sesawang www.rwgenting.com


INCOMING SEARCH TERM :

Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands, Buffet Ramadan, Buffet Ramadan Genting Highlands
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. awat gambar aku xde. letih skroll tau. mencik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kita review mawardi yunus baru letak gambar banyak2 hahahha

      Delete
  2. teringat kenangan gi awana dulu2

    ReplyDelete
  3. sahur aku dengan tgk gmbr kt sini pon dah kenyang..

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Buffet Ramadan Rajawali Awana Genting Highlands Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u