Gambar Masjid Ubudiah Masjid Terindah Malaysia | Informasi dan juga posting mengenai fotografi (photography) kali ini mengenai Masjid Ubudiah. Entry ini bukanlah untuk mengulas pasal gambar pun, sekadar berkongsi beberapa keping gambar yang telah saya ambil suatu ketika dulu semasa berkunjung ke masjid ini.
Masjid Ubudiah adalah salah sebuah masjid yang di katakan yang terindah di Malaysia. Januari yang lalu sempat singgah ke Masjid ini ketika mengikuti program Tahun Melawat Malaysia menerusi Railway Tourism Pakej
Pandangan dari sudut kiri Masjid Ubudiah |
Masjid Terindah Malaysia
Semasa singgah ke masjid ini di hari terakhir mejelajah Perak, sempat mengabadikan beberapa keping gambar Masjid Ubudiah ini. Senibina dan struktur masjid ini cukup menarik dan SB sifatkan adalah yang paling indah setakat ini.
kubah berwarna keemasan Masjid Ubudiah |
Gambar kubah berwarna keemasan Masjid Ubudiah |
Sejarah Masjid Ubudiah
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Perak ini terletak di Bukit Chandan, antara masjid terindah di Malaysia. Kubahnya berwarna keemasan dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam.
Masjid Ubudiah ini diasaskan oleh Sultan Idris Murshidul Al-Adzam Shah bagi membayar nazarnya kerana telah pulih daripada penyakitnya. Pada tahun 1917, Masjid DiRaja ini siap dibina dan dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918).
Struktur Masjid Ubudiah
Masjid Ubudiah ini mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawakan khas dari London dan Itali.
Empat menara setinggi 126 kaki mengelilingi kubah |
Sehingga kini Masjid ini menjadi mercu tanda Masjid DiRaja Perak kerana sejarahnya dan keindahan Masjid Ubudiah ini sendiri.
masyaALLAH...cantiknya!
ReplyDeleteVery very nice - setakat ni yang tengok depan mata masjid tercantik adalah Masjid Selat dekat Melaka & Masjid Besi dekat Putrajaya.
ReplyDeletewah... keren... kuahnya didominasi dengan warna emas... terlihat sangat mewah dan berkelas. Semoga jamaahnya juga banyak.
ReplyDelete