PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS AND CULTURE FESTIVAL (PIIACUF 2014) | Perbadanan Putrajaya, tidak lama lagi bakal menganjurkan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014 (PIIACUF 2014). Festival PIIACUF 2014 bakal berlangsung buat kali kedua di Putrajaya di Presint 3, yang mana direncanakan pada 30 Oktober 2014 sehingga 2 November 2014, jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014 (PIIACUF 2014) |
Tema PIIACUF 2014
Festival PIIACUF anjuran Perbadanan Putrajaya ini bertemakan "Keajaiban Dunia Islam" selaras dengan matlamat untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baru.Persiapan : Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa 2014 (PIIACUF 2014) |
Soft launch PIIACUF 2014 Putrajaya
Soft launch PIIACUF 2014 (16 Oktober 2014) di Perbadanan Putrajaya ini akan di sempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Adnan bin Md Ishan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan di saksikan YBhg Tan Sri Dato Seri (Dr) Aseh Bin Haji Che Mad, Presiden Perbadanan Putrajaya dan dif-dif terhormat antaranya duta-duta negara Islam antarabangsa yang mengambil bahagian dalam Festival PIIACUF 2014 ini.
Pengisian Festival PIIACUF 2014
Antara pengisian utama Festival PIAACUF 2014 Putrajaya ;- Pavilion Antarabangsa
- Pameran ' Keajaiban Dunia Islam’
- Pameran Al Aqsa: Forms of the Doa, Forum Islam Antarabangsa
- Forum Perdana Ehwal Islam
- Selawat bersama Habib Syech Assegaf
- Konsert Journey of Nur 2.0 - Gema Timur Jauh
- Pertunjukan Fesyen Muslimah
- Ekspo Buku Islam Antarabangsa
- Dan banyak lagi acara yang dijadualkan serta jadual program bagi 4 hari penganjuran PllACUF 2014 yang mencecah lebih daripada 200 program dan aktiviti harian untuk pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira usia, bangsa atau agama. Penyertaan adalah PERCUMA.
PIIACUF 2014 Putrajaya - a story lost in time |
Festival PIIACUF Antarabangsa
Penglibatan negara-negara luar, jabatan dan agensi Kerajaan, NGO dan pihak swasta tahun ini adalah amat memberangsangkan. Diantaranya adalah Yemen, Kyrgyzstan, Mesir, Oman, Palestine, Indonesia, Iran, Malaysia, Terengganu, Johor, Kelantan, World Craft Council-Asia Pacific Region dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan. Manakala bagi pameran-pameran, pihak Perbadanan Putrajaya bekerjasama dengan Jabatan Muzium Malaysia dan Balai Seni Visual Negara serta beberapa galeri swasta.
Ucaptama Forum Islam Antarabangsa pada 31 Oktober 2014 akan disampaikan oleh YABhg Tun Mahathir Mohamad manakala panel penceramah dari dalam dan luar negara adalah dari kalangan nama-nama tersohor dalam bidang masing-masing.
Konsert Journey of Nur 2. 0- Gema Timur Jauh pada 1 November 2014 akan menampilkan barisan artis terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Mawi, Hafiz Hamidun, Sharifah Khasif, Lah Ahmad, Nazrey Johani dan Brothers.
Pada tahun lalu, festival ini telah menerima 250,000 pengunjung sepanjang festival berlangsung dan mendapat tontonan sebanyak 5,000,000 penonton dari seluruh negara melalui siaran langsung dan rakaman program yang disiarkan oleh TV Alhijrah Saluran 114 iaitu rakan penyiar rasmi PI lACu F 2013.
PIIACUF 2014 PUTRAJAYA - The Journey of Islam |
Pada tahun ini sempena PllACUF 2014, 14 episod dokumentari khas mengenai PIIACUF, Kungfu Islam serta Fajar lanan di Bumi Nihon di TV Al hijrah saluran 114 akan ditayangkan pada setiap malam jam 8.30 malam bermula dari 23 Oktober sehingga 5 November 2014 bagi mempromosi festival dan yuga memaparkan kesenian dan kebudayaan islam d i Malaysia, China dan Jepun.
Untuk jadual program dan aktiviti, dan sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ppj.gov.my atau www.piiacuf.com atau hubungi urus setia Rozimah Wahid di talian 03-8887 7033.
link ke website piiacuf typo, 'diiacuf'
ReplyDeleteterima kasih... link sudah di perbetulkan.. :)
ReplyDelete