Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya | Jom Outing siri yang ke 3 selesai dengan jayanya bertempat di
Taman Botani Putrajaya. Proses pembelajaran dan perkongsian ilmu
asas photography dan pencahayaan adalah menjadi topik utama dalam Jom Outing 3 kali ini.
|
Gambar Kumpulan - Jom Outing 3 di Taman Botani Putrajaya |
Pengenalan Jom Outing
Jom Outing kali ini masuk siri yang ke 3 yang mana siri kali ini masih lagi mengekalkan topik Ulangkaji asas
photography (fotografi) dan pencahayaan. Kelas yang di terajui oleh cikgu
Tarmizi Shukri dengan kelolaan sepenuhnya daripada
Ai Media Network. Penaja lokasi kali ini adalah dari
Perbadanan Putrajaya yang berlokasi di
Taman Botani Putrajaya.
|
Encik Zakaria berkongsi informasi tentang Taman Botani & ilmu fotografi kepada peserta Jom Outing |
Jom Outing ini berkonsepkan santai supaya para peserta rasa lebih selesa dan mudah mesra serta tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan yang di miliki masing-masing. Pengenalan mengenai Taman Botani dan informasi-informasi telah di sampaikan oleh Encik Zakaria yang mana selaku orang yang bertanggungjawab mengelolakan Taman ini.
Objektif Jom Outing 3
Seperti mana program Jom Outing yang terdahulu, Jom Outing adalah satu platform untuk para peserta yang ingin menimba ilmu dalam bidang photography dan berkongsi pengetahuaan yang di miliki masing-masing. Menerusi program Jom Outing ini para peserta di beri taklimat tentang cara-cara mengendalikan kamera (DSLR) secara manual dengan baik.
Objektif lain Jom Outing 3, adalah untuk memperkenalkan Taman Botani Putrajaya ini kepada umum yang mana siri Jom Outing kali ini telah mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada Perbadanan Putrajaya dengan memberi laluan kepada peserta Jom Outing 3 ke Taman Botani untuk belajar dan merakamkan gambar-gambar sekitar Taman Botani ini untuk di kongsikan di blog dan di sosial media lain seperti di Instagram, Facebook dan Twitter.
|
Maklumat tentang Taman Botani Putrajaya di sediakan untuk pengunjung |
Gambar Sekitar Jom Outing 3
Berikut admin kongsikan beberapa keping gambar yang sempat di rakam semasa sesi kelas ulangkaji dan pencahayaan ini (Jom Outing).
|
Jambatan Anjung Taman Botani |
|
Cikgu Tarmizi Shukri selaku tenaga pengajar untuk sesi Jom Outing 3 |
|
Apa itu Shutter, ISO dan Aperture - Tarmizi Shukri |
Penutup Program Jom Outing
Selesai sesi pembelajaran para peserta di bawa ronda-ronda di dalam Taman Botani sambil-sambil merakamkan gambar-gambar yang di rasakan perlu dan kami singgah di hujung perjalanan seterusnya kata-kata akhir daripada pihak Tarmizi Shukri selaku tenaga pengaja, Ai Media Network selaku penganjur program dan daripada Encik Amran wakil bagi pihak Perbadanan Putrajaya yang juga selaku peserta Jom Outing 3 di Taman Botani Putrajaya. Program tamat jam 5.30 petang.
|
Peserta Jom outing tetap ceria walaupun kepenatan |
Sebelum pulang peserta sempat bergambar walaupun agak kepepenatan tetapi masing-masing masih ceria. Untuk maklumat lanjut tentang apa yang terdapat di Taman Botani Putrajaya, sila nantikan artikel seterusnya nanti. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Jom Outing Siri 3 ini.
lain-lain informasi sila rujuk :
Facebook Perbadanan Putrajaya
AI Media NETWORK
Alaaaa...itu jeke gambarnya?
ReplyDeleteNak lagi! nak lagi!
haha
;D
bestla. nk join xde kamera
ReplyDeletepenat tapi berbaloi... byk ilmu dapat...
ReplyDeleteMana lagi gambar lain bro?
ReplyDeleteaikkk.. tu je ke gambar nye??
ReplyDeletemane lg? :p
alahai.. model cilik tu gedik semacam je.. hahaha.. camne blh suka dgn potia ni.. org lain nak amek gambar dia, dia nyorok.. hahahaha..
Mummy dia sendiri nak amek pun dia nyorok.. Amek curi2 dia marah pulak.. haihhh..
wow! gambar superb...
ReplyDelete