Latest News
Friday, September 26, 2014

Laksana Ibadah Qurban Dengan eQurban Di Kemboja Indonesia Mekah

Ibadah Qurban Dengan eQurban di Kemboja, Indonesia dan Mekah | Assalamualaikum dan salam hormat untuk semua penujung SB. Sebut saja pasal ibadah Qurban (Korban) mesti kita ingat Raya Haji atau Raya Aidil Adha atau Raya Qurban dah hampir tiba. Semacam sudah jadi budaya dan amalan masyarakat di Malaysia ni melakukan ibadah Qurban setiap tahun.

Ibadah Qurban Dengan eQurban Di Kemboja Indonesia Mekah
Lembu Qurban

Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Setiap tahun umat Islam melakukan ibadah Qurban bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Hukumnya adalah sunat (sunat muakkadah). Amalan ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.



Ibadah Qurban menjadi satu amalan tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan haiwan ternakan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Daging tersebut di agih-agihkan kepada tuan yang membeli bahagian-bahagian lembu atau kambing berkenaan dan terpulanglah kepada tuan daging tu nak agihkan kemana. Ini situasi yang biasa dapat di lihat di kampung SB lah.

Laksana Ibadah Qurban Dengan eQurban Di Kemboja Indonesia Mekah
Program Qurban di kemboja

Apa kata tahun ni, atau tahun-tahun akan datang kita ubah sikit amalan sunat muakkadah yang sememangnya dah jadi tradisi masyarakat kita ni di buat di luar? contohnya Qurban di Kemboja, Indonesia atau di Mekah mungkin? yang mana masing-masing sudah sedia maklum mereka lebih memerlukan berbanding masyarakat kita disini. Maksud SB dari sudut pandang ekonomi negara diorang lagi memerlukan sumbangan kita.


Dua tahun lepas (2012) Mak, Ayah SB sendiri pernah ke Kemboja untuk melakukan ibadah Qurban sambil melakukan kerja amal serta melawat saudara-mara kita kat sana. Tapi yang best kali ini dengan eQurban anda tak perlulah ke sana (kekangan masa) lagi sebabnya di zaman sekarang ni semua kuasa terletak di hujung jari anda dan semua kerja jadi mudah.

Ibadah Qurban Dengan eQurban Di Kemboja Indonesia Mekah
Keadaan kampong Chananng, Kemboja dilanda banjir


Ok, dengan eQurban anda boleh menempah bahagian-bahagian haiwan qurban yang di sediakan sila rujuk di sini eQurban.com untuk info lanjut. Antaranya tempahan yang boleh di buat adalah seperti gambar di bawah ;

kurban di kemboja
ibadah korban di kemboja, indonesia, mekah


Tarikh Tutup Pendaftaran Qurban dengan eQurban bagi tahun 2014 ialah pada 30 September 2014. Masih ada masa lagi ni.

Qurban menjana ekonomi Ummah.


INCOMING SEARCH TERM :

Laksana Ibadah Qurban Dengan eQurban Di Kemboja Indonesia Mekah, ibadah korban kemboja, Indonesia, Mekah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. belum berkesampaian lagi untuk melakukan...

    ReplyDelete
  2. Kemboja.. tahun lepas aku ke sana... sebak melihat anak-anak kecil beragama Islam.. sama-sama kita bantu mereka...

    ReplyDelete
  3. tq info :) insyaAllah nak joinlah. doakan saya dimurahkan rezki.

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Laksana Ibadah Qurban Dengan eQurban Di Kemboja Indonesia Mekah Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa