1 Malaysia Mini Moto Challenge Elite PLUS Speedway | Aktiviti Sukan permotoran menjadi aktiviti sasaran kami pada hujung minggu yang lepas. SB bersama Krew AiMedia ke Elite PLUS Speedway, yang berlokasi di tepi Lebuh Raya Elite untuk aktiviti fotografi yang lebih kepada latihan serta mempraktikkan seni fotografi (photography) yang di pelajari.
Salah seorang blog rakan yang turut menulis artikel tentang 1 Malaysia Mini Moto Challenge ini http://nizamkatosanart.blogspot.com
Teknik Panning Photography
Teknik atau skill yang di namakan "panning" adalah satu teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada objek atau subjek yang bergerak. Bagaimana teknik panning ini di lakukan?. Lihat gambar di bawah sebagai contoh.1 Malaysia Mini Moto Challenge Elite PLUS Speedway | Contoh Panning |
Cara Buat Panning
Cara untuk melakukan panning adalah dengan menggerakkan kamera selari dengan arah gerakan objek atau subjek yang ingin di rakamkan sehingga objek atau subjek akan kelihatan lebih fokus, manakala latar belakang atau pun persekitaran objek atau subjek akan kelihatan kabur seolah objek atau subjek tersebut seperti sedang bergerak pantas walaupun di dalam gambar.1 Malaysia Mini Moto Challenge - Pocket Bike |
1 Malaysia MiniMoto Challenge - Mini GP |
Video 1 Malaysia Mini Moto Challenge
Pada hari tersebut SB sempat merakam sedikit video sekitar perlumbaan 1 Malaysia MiniMoto Challenge untuk perkongsian bersama. Selamat menonton.Salah seorang blog rakan yang turut menulis artikel tentang 1 Malaysia Mini Moto Challenge ini http://nizamkatosanart.blogspot.com
fuyooo.... smarttt arrr gambaqqqq
ReplyDelete