Banghuris Homestay Sepang Mempersonakan | Sebut saja tentang rombongan Sahabat Media ke Homestay Banghuris, Sepang semua tidak dapat melupakan memori yang indah di sini. Walaupun cuma beberapa jam di sana banyak pengalaman baru yang boleh menggamit kenangan.
 |
Antara Sahabat Media sempat bergambar di Kebun Buluh Banghuris Homestay |
Tidak jauh dari
Avani Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa Bagan Lalang kami (sahabat Media) menuju ke satu homestay yang cukup cantik, berada di tengah-tengah ladang kelapa Sawit yang mana tidak jauh dari jalan utama (jalan raya). Jangan risau jalan ke
Banghuris Homestay ni cukup luas dan muat untuk bas melaluinya, kami sendiri pun pergi dengan rombongan 2 buah bas ke sana. Rombongan Sahabat Media ke
Homestay Banghuris ini bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Malaysia anjuran
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MATIC).
 |
Jalan utama depan Banghuris Homestay |
Apa Yang Menarik di Banghuris Homestay?
Setiba kami di sana kami di sambut dengan paluan kompang oleh pekerja disana, memang gempak habis. heheheh..kemudian kami di jamu dengan makan-makan.. sambil di iringi dengan nyayian dari kugiran di homestay ini. Menurut pengurus Banghuris homestay ini asalnya cuma terdapat 16 buah hometay sahaja pada mula-mula beroperasi dan kini berkembang dan terdapat lebih daripada 80 buah.
Di Banghuris Homestay banyak aktiviti yang menarik dan Admin kira bukan sahaja satu percutiaan semata-mata malah anda juga boleh menimba ilmu serta pengetahuan am di sini. Antara aktiviti yang sempat kami lakukan adalah seperti memancing ikan, lawatan ke kebun getah. Di situ kami di beri demo bagaimana cara menoreh getah dan cara getah keping (getah sekerap) di proses.
Gamat suasana sebab masing-masing nak cuba menoreh getah... ya lah.. ada yang tak pernah tahu pun macam mana nak toreh getah. Bagi Admin itu bukan satu pengalaman baru sebab admin sendiri pun selalu juga ikut ayah pergi menoreh getah ni.. rang kampung la katakan.. tapi pada yang tak pernah mencuba anda wajib ke sini. Sambil menginap anda boleh lakukan aktiviti seperti yang di nyatakan tadi.
 |
Kebun Getah yang terdapat di banghuris Homestay |
Part yang paling menarik adalah kami di bawa ke kawasan penanaman pokok buluh.. boleh di katakan macam ladang buluh lah.. keterujaan memang teserlah bila masing-masing tak habis-habis bergambar dalam kawasan ladang buluh ni... ala-ala "Korea" kononnya lah... hahaha... tapi pengalaman di sini cukup indah dan Admin sarankan tempat ni menjadi tempat wajib untuk di kujungi bilamana anda kesini.
 |
Permandangan dari jauh kebun buluh Banghuris Homestay |
Di Mana Banghuris Homestay?
Ok, untuk ke
Banghuris Homestay atau untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh rujuk alamat dan info di bawah:
Banghuris Homestay
Jalan Tailong
Kg. Hulu Chuchoh
43950 SG.Pelek
Sepang Selangor
Phone: 03-31421019
Email: banghuris_homestay@yahoo.com
Di sini Admin nak kongsikan beberapa gambar kenagan ketika berada di
Banghuris Homestay untuk tatapan anda.
 |
Antara serangga yang terdapat di Banghuris Homestay |
 |
Dari dalam pasu Banghuris Homestay |
 |
Aktiviti Demo menoreh getah daripada pasangan artis popular |
allaaaaaaaaaaa, masuk jugak ek? heheheheheh.... pasni ni pemes la Abe :P
ReplyDeletehahahaha kasi Abe glemour sikit... lonih glamour doh kan... ekekek
ReplyDeletekalau sempat mencanting batik aritu mesti lagi best kan
ReplyDeleteapepun, trip kali ni sempoi
Best dapat pergi tempat yang menarik macam nih
awk tak join ke hari tu?
Deleteorg bandar menoreh..
ReplyDelete:)
haha tau x pe... menoreh pon mcm nak gi meting
Deletegambarnye cantik.. nampak kemas.. :D pro capture ni..
ReplyDeleteselamat pagi bro (c)
mmg cantik tempatnya... snap lbh kurang je bro
DeleteJelesnya dia dapat gi jalan2..hurmmm tak ngajak pong ekk
ReplyDeletenext time kalau ada kita ajak ok
Deleteuntung laa boleh gathering ;)
ReplyDeleteboleh lah join next time
Deleteabea, comey giler templet ni.... nakkkkk
ReplyDeletekalau ngk cite korea ada pemandangan pokok2 yang cantik.. kat Banghuris Homestay pulak pokok buluh yg cantik.. mmg terbaik buat scene pasangan.. hehe...
ReplyDeleteNampak cantiklah gambar tu bro
ReplyDeleteorg mcm Mus mmg nampak gambar je... fotografer la katakan... betol tak??? haha
Deleteharap2 bole la join "next time" tuu ;)
ReplyDeletetheme ni cantik....kemas.. terbaik :)
harap2 bole la join "next time" tuu ;)
ReplyDeletetheme ni cantik....kemas.. terbaik :)
next year join ok kalau ada... template? baru tkr smlm
DeleteSelalu nampak signboard Banghuris Homestay ni bila ke PD melalui Sepang dan lukut tapi tak pernah singgah sebab tak atahu ada apa! baru tahu sekarang apa ada kat sana. Terima kasih berkongsi maklumat ni...boleh singgah lepas ni!
ReplyDeleteConey tenplate neh.. macam yg kt dizigne..^__^ wah bestnye join..
ReplyDeleteKurang vitamin 'M' lak kt komen di atas ni..
ReplyDeletecantik tempat ni
ReplyDelete