Wednesday 9, Apr 2025
Latest News
Sunday, September 29, 2013

Unknown Nombor Pendaftaran Kenderaan Baru Wilayah Persekutuan

Nombor Pendaftaran Kenderaan Baru Wilayah Persekutuan | Putaran nombor plat kenderaan terkini hampir ke penghujung, maka dengan itu bermulalah episod baru bagi nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu akan bermula dengan W1A nampak cantik dan menawan dan mempunyai nilai yang saya kira akan menjadi paling mahal abad ini untuk di bida.

Menjadi orang pertama memiliki nombor pendaftaran kenderaan di era yang baru semestinya menjadi keterujaan individu yang saya kira hidupnya "mewah" dan berduit dan tidak mustahil akan menjadi bidaan termahal abad ini selepas WWW1 yang mana dimiliki oleh Sultan Johor.

Nombor Pendaftaran Kenderaan Baru Wilayah Persekutuan, W1A
Sumber gambar google


Petikan daripada akhbar Kosmo!

Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
Beliau berkata nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini.
Katanya, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY.
“Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A.
"Siri berikutnya adalah W 1 B Sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
Setelah berakhir dengan siri nombor W 9999 Y, ia akan bersambung dengan WA 1-9999 A sehingga WY 1-9999 Y dan WAA 1-9999 A sehingga WAY 1-9999 Y.
Siri baharu ini akan berakhir dengan WYY 1-9999 Y.

Mengidam nak guna Nombor Pendaftaran Kenderaan yang Baharu ni


INCOMING SEARCH TERM :

Nombor Pendaftaran Kenderaan Baru Wilayah Persekutuan, nombor plat kenderaan terkini, nombor plat kenderaan terbaru, nombor plat kenderaan kuala lumpur, no plate jpj, nombor pendaftaran kenderaan terkini, nombor plat, nombor plat kenderaan terkini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. confirm no yg first tu ramai org yg akan bid..masyuk lagi

    ReplyDelete
  2. cantik betul nombor ni potia.. mesti mahal harganya..

    ReplyDelete
  3. cantik betul nombor ni potia.. mesti mahal harganya..

    ReplyDelete
  4. Plat nomor mobil nya bagus. sehingga bisa di ingat dengan mudah oleh orang. Mobilnya juga keren :)

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Nombor Pendaftaran Kenderaan Baru Wilayah Persekutuan Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa