Latest News
Thursday, October 03, 2013

Kisah Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid

Kisah Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid, cerita Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid, Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid

Kisah Syaitan Menolong Seorang Pemuda Ke Masjid | Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia tukarkan kepada baju yang lain, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid semula.

Dalam perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi gantikan baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab;

Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid. Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama. Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama? Lalu lelaki itu menjawab...

Aku adalah IBLIS...

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Iblis kemudian menjelaskan,

Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU. Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itu pun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU. Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat...

Bertapa hebatnya pemuda tersebut. Jika kita berniat baik pasti ada balasannya walaupun ianya sekadar berniat. Bergitulah Kisah Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid

Sumber Facebook


INCOMING SEARCH TERM :

Kisah Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid, cerita Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid, Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. Allahuakbar..tetapnya iman pemuda tu T_T

    ReplyDelete
  2. Syaitan pun lemah bila iman kita kuat kan.

    ReplyDelete
  3. Kisah ini sudah sangat populer di masyarakat. Banyak juga pelajaran yang bisa kita ambil

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kisah Syaitan Membantu Lelaki ke Masjid Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa