Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Kemalangan
Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan | Satu kehilangan besar pada apabila kita apabila seorang pemain hoki negara, Chua Boon Huat maut terbabit dalam kemalangan semalam. Chua Boon Huat,33 tahun, berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.
Punca Pemain Hoki Negara Maut
Punca pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis (1/8/2013).Chua Boon Huat Maut di Tempat Kejadian
Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu. Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya. Beliau berkata Chua Boon Huat mengalami kecederaan parah di kepala dan maut di tempat kejadian."Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,"katanya.
Nota: Semoga keluarga mendiang Chua Boon Huat tabah di atas kehilangan ini.
sumber gambar : google
takziah diucapkan kepada keluarga beliau.. hilangnya satu lagi bakat besar negara kita..
ReplyDeleteHai my BFF :) rindunya dengan blog potia nie.. satu kehilangan besar buat negara apabila mendiang meninggalkan kita.. tiada galang gantinya..
ReplyDeleteKepada keluarga mendiang, kami merasa simpati. Tragedi ini suatu kehilangan besar kepada negara. Semoga anda semua tabah menghadapi hari mendatang.
ReplyDeletetakziah kpd keluarga beliau...mesti susah nak terima berita ni sebab chua ni masih muda...
ReplyDeletePS: alamak dah tukar template rupanya....hehe...amenda nak tanya tu bro....? kau hantar email je senang sikit mhatimi@gmail.com