Wednesday 4, Dec 2024
Thursday, August 22, 2013

Unknown Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands

Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands | Kemalangan yang berlaku pada jam 2.45 petang semalam (21/08/2013) di sifatkan sebagai kemalangan terburuk di negara kita Malaysia untuk tempoh 17 tahun. Terdahulu pada Julai 1996 kita di kejutkan dengan kejadian yang sama yang mana kemalangan yang melibatkan bas terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter di jalan Genting Highlands ini dan menyebabkan 17 orang terbunuh termasuk 6 orang kanak-kanak ketika perjalanan pulang dari Genting Highlands selepas selesai mengadakan sambutan hari keluarga di sana.

Jalan yang berliku menuruni Genting Highlands berhamiran Tokong Chin Siew

Analisis dan Kronologi Bas Jatuh Gaung di Jalan Genting Highlands

Di catatkan terdapat 9 kemalangan melibatkan bas yang berlaku di jalan Genting Highlands setakat ini. Terdapat banyak faktor yang penulis anggarkan menjadi punca tragedi ini berdasarkan pengalaman bekerja di pusat peranginan itu selama 12 tahun antaranya ;

  • Fizikal dan mentaliti Pemandu (kurang cekap penat, mengatuk, tidak sihat, sikap, kurang pengalaman dengan keadaan jalan  dan lain-lain)
  • Keadaan Bas daripada segi selenggara / service termasuk kerosakkan mekanikal (sistem brek tidak berfungsi dengan baik) dan sebagainya
  • Keadaan jalan yang licin dan curam serta bengkang bengkok.
  • Faktor cuaca iaitu hujan, berkabus (jarak penglihatan yang terhad)
  • Takdir Allah (sudah tersurat siapa boleh menghalangNYA)

Berikut antara kronologi tragedi kemalangan yang melibatkan bas yang berlaku di jalan Genting Highlands adalah seperti berikut ;
  • 15 Julai 1996 - Tujuh belas (17) orang terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands termasuk 6 kanak-kanak.
  • 31 Dis 1996 - Masih lagi pada tahun 1996 seramai 30 orang tercedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas dan terhumban ke dalam gaung di KM4 berhampiran Tokong Chin Siew di Genting Highlands ketika dalam perjalanan pulang menuruni jalan tersebut dari pusat peranginan itu.
  • 14 Nov 1999 - Melibatkan seorang (1) kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari negara jiran Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
  • 20 Nov 2006 - Tiga (3) terbunuh apabila bas dua (2) tingkat yang dinaiki oleh mereka (pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand - PEA)  terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands arah Batang Kali.
  • 3 Jun 2008 - Dua (2) penumpang sebuah bas persiaran maut dan empat puluh satu (41) yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan (9) meter ke dalam gaung di KM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
  • 2 Sept 2010 - Di KM35.1 Lapan belas (18) orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
  • 29 Okt 2010 - Sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands yang menyebabkan Tujuh (7) maut manakala 20 orang lagi cedera.
  • 5 Mac 2012 - Dua (2) pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang lainnya cedera apabila bas pelancong tersebut terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.
  • 21 Ogo 2013 - Seramai 37 maut manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands.

Walaupun di bahagian kiri jalan turun dari pusat peranginan itu telah di sediakan beberapa "emergency pick stop" namun kemalangan tidak dapat di di jangkakan. Sesungguhnya malang itu tidak berbau, ia tidak mengenal tempat dan masa. Penulis mengucapkan Taziah kepada keluarga mangsa supaya tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber gambar : google.com




INCOMING SEARCH TERM :

Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands, Bas Jatuh Gaung Genting Highlands
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

21 comments:

  1. Cuak naik bas pegi balik Genting..

    ReplyDelete
  2. Cuak naik bas pegi balik Genting..

    ReplyDelete
  3. ramai lah yang x naik genting seminggu dua ni

    ReplyDelete
  4. ngeri sungguh lah.. salam takziah & alfatihah

    ReplyDelete
  5. bas genting mmg laju2 kan bro

    ReplyDelete
  6. aihh, ni boleh jadi cuak + fobia kalau nak travel jauh2 guna bas~

    ReplyDelete
  7. al fatihah untuk mangsa,, takziah untuk keluarga mangsa,, moga pihak bertanggungjawab mengambil tindakan lebih baik lepas ni,,, and moga tak jadi dah kes cenggini,, amiiin

    ReplyDelete
  8. sedekahkan al fatihah untuk mengsa kejadian... kami sekeluarga baru plan nak pergi genting ...tengok kes nie terus batalkan plan

    ReplyDelete
  9. @amir zahari dah tersurat... bas tu cuma penyebab je.. takyah lah takut bro

    ReplyDelete
  10. @daddydee jedi tapi dalam berita semalam ramai lagi yang naik bas bro.. bas tu ke genting setiap 20 minit sekali..

    ReplyDelete
  11. @Phat otai2 je bawak laju .. ada pengalaman katakan... kurang guna brek dapat elakkan brek panas... bukan dia nak laju pon tapi tu teknik... kalau brek kat pedal jek pun bahaya.. bila brek panas terus tak ada brek...

    ReplyDelete
  12. @muja ni lah punca family muja tak suka muja jadi driver bas kan?

    ReplyDelete
  13. *Hadiah belum dituntut.. rujuk kat sini. Inbox sy kat FB, http://www.sentiasapanas.com/2013/07/giveaway-topup-rm10-top-5-komen.html TQ

    ReplyDelete
  14. apa pun yg dah terjadi tak mampu nk diundur kembali. cuma yg mendatang kita semua berhati2 lah.. bahaya, bahana tetap ada dimana2

    ReplyDelete
  15. Kemalangan bas jatuh ke dalam gaung di Genting adalah tragis.

    ReplyDelete
  16. sungguh mengerikan.... lebih baik jangan ke sana..

    ReplyDelete
  17. Salam.

    Saya suka naik bas..tapi sejak 3,4 thn kebelakangan ni, macam2 berita tentang bas..memang dah tak naik dah T__T

    Tahun 1996..dgn thun ni..paling ramai mangsa..

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa