Latest News
Tuesday, July 30, 2013

Video Pesanan Yasmin Ahmad Kepada Semua

Video Pesanan Yasmin Ahmad Kepada Semua

Allahyarham Yasmin Ahmad seorang yang berpengaruh dan di segani para pengiat perfileman tanah air

Menyingkap kembali: Menonton "Video pesanan Yasmin Ahmad kepada semua" ini membuatkan hati tersentuh. Sumbangannya dalam industri hiburan begitu besar. Beliau yang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita dengan banyak pesanan buat tatapan kita semua.

Pesanan Yasmin Ahmad Kepada Semua

Setelah 4 tahun pemergian arwah Yasmin Ahmad kini di AstroAwani menyingkap kembali tentang perjalanan hidup beliau sepanjang hidupnya dalam Industri hiburan tanah air, banyak karya-karya beliau yang memberi pengajaran kepada kita semua terumata tibanya musim perayaan ini menerusi iklan-iklan hasil karya beliau.

Siapa Yasmin Ahmad Semasa Hidupnya

Picasso demonstrated extraordinary artistic talent in his early years, painting in a realistic manner through his childhood and adolescence

Allahyarham Yasmin Ahmad seorang yang berpengaruh dan di segani para pengiat perfileman tanah air. Siapa tahu yang mana antara inspirasi yang menjadikan beliau berjaya dalam bidang yang di ceburi selama ini meletakkan Pablo Picasso sebagai pengaruh paling besar dalam dirinya sewaktu berkarya. Antaranya adalah seperti berikut :

  • Pengaruh paling besar dalam diri Yasmin Ahmad semasa berkarya ialah Pablo Picasso.
  • Karya-karya Yasmin juga dipengaruhi oleh puisi unik Jepun iaitu Haiku yang hanya memberikan suatu ‘situasi’ berbanding penceritaan yang lengkap berstruktur 3-Act ‘beginning, middle, end’.
  • Yasmin suka berkias untuk menerangkan isi kandung setiap filem arahannya seperti sulaman dan jambatan yang perlu dibina sendiri.
  • Beliau tidak terlalu menitik-beratkan teknikal misalnya kerja kamera untuk berkarya tetapi lebih suka eksperimen melalui ‘sulaman’.
  • Ramuan filemnya seperti bahan penyediaan makanan yang berbagai rasa.
  • Bagi beliau, filem juga seperti ‘makanan’ di mana ada yang suka dan sebaliknya.
  • Yasmin lebih menyukai lukisan-lukisan oleh Latiff Mohidin berbanding lukisan-lukisan oleh Ibrahim Hussein, bukan kerana harganya tetapi nilai seninya.
  • Seperti durian, filem-filem Yasmin mempunyai rasa (komitmen)Pembikinan filem beliau dipengaruhi oleh quote dari filem ‘Life Is Beautiful’ (1997) iaitu “Nothing is more necessary than the unnecessary.”
  • ‘Psyche’ (jiwa) watak dalam filem-filem Yamin lebih kuat untuk menentukan jalan cerita berbanding susunan plot yang terlalu berstruktur.
    “Mungkin dalam saya buat cerita, kalau kita tiba dekat sungai tu saya akan bagi awak tali, saya bagi awak kayu, awak kena buat jambatan sendiri, saya tak buatkan awak jambatan” ujar Yasmin Ahmad.

Video Wawancara Bersama Yasmin Ahmad

Ikuti video wawancara bersama Yasmin Ahmad. Video ini di petik dari laman Youtube dan sumber daripada Astroawani. Sila ke laman sumber di bawah untuk menonton video "Pesanan Yasmin Ahmad Kepda Semua"


Di sini Penulis kongsikan beberapa video sahaja. Antaranya adalah seperti di bawah ;






Tonton Video "Pesanan Yasmin Ahmad Kepada Semua" di laman dengan [Klik Di Sini]
*Semoga Rohnya di Rakmati oleh Nya.. Amin..


INCOMING SEARCH TERM :

Video Pesanan Yasmin Ahmad Kepada Semua, Pesanan Yasmin Ahmad Kepada Semua
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

8 comments:

  1. Memang tidak dinafikan.. tengok shja iklan yg menyentuh jiwa sudah pasti itu karya beliau..

    ReplyDelete
  2. @azstory311 boleh nangis bro klu tgk iklan raya yg dia buat

    ReplyDelete
  3. kita dengar dan ambil mana yang baik. Insya-Allah, hidup kita akan lebih diberkati.

    ReplyDelete
  4. aku suka karya2 iklan dia ni.. memang terbaik

    ReplyDelete
  5. beliau seorg yg kreatif... idea lain dari lain..

    ReplyDelete
  6. dlm kenangan, alfatihah buat arwah

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Video Pesanan Yasmin Ahmad Kepada Semua Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa