Latest News
Tuesday, July 23, 2013

Pelik ! Wanita Gemar Memakan Rambut Sendiri

Pelik ! Wanita Gemar Makan Rambut Sendiri | Seorang wanita mempunyai tabiat pelik dengan memakan rambutnya sendiri, suatu penyakit dan di gelar trichophagia dalam dunia perubatan. Bukankah itu satu perkara yang pelik bila ada tabiat memakan rambutnya sendiri.


Pelik ! Wanita Gemar Makan Rambut Sendiri | Seorang wanita mempunyai tabiat pelik dengan memakan rambutnya sendiri, suatu penyakit dan di gelar trichophagia dalam dunia perubatan. Bukankah itu satu perkara yang pelik bila ada tabiat memakan rambutnya sendiri.

Mengadu Sakit Perut

Apabila seorang remaja mengadu sakit perut tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya. Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.
Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.

Tabiat Memakan Rambut Sendiri

Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah. Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar. Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit dari Rajgarh dan Madhya Pradesh berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.

Gumpalan Rambut dan kapur

Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan. Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari. Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.


gumpalan rambut dalam perut, tabiat wanita suka memakan rambutnya sendiri

Gumpalan Rambut 5 Kilogram Dalam Perut

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan. Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan. Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit. Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang.

Macam-macam ragam manusia. Rambut sendiri pun nak di makan. Pelik !

sumber gambar ; google


INCOMING SEARCH TERM :

Pelik ! Wanita Gemar Memakan Rambut Sendiri, Wanita Gemar Memakan Rambut Sendiri, Mengadu Sakit Perut, Tabiat Memakan Rambut Sendiri, Gumpalan Rambut dan kapur, Gumpalan Rambut 5 Kilogram Dalam Perut,
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pelik ! Wanita Gemar Memakan Rambut Sendiri Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa