Latest News
Wednesday, July 24, 2013

Jeritan Dari Dalam Lubang

Jeritan Dari Dalam Lubang

jeritan dari dalam gaung Kajang

Terbaca satu artikel daripada akbar Metro tadi yang menceritakan Jeritan dari dalam lubang. Terkejut juga ingatkan sesuatu perkara misteri, rupa-rupanya satu kecelakaan apabila motosikal yang ditunggangi oleh sepasang suami isteri terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter. Mujurlah mereka selamat. Berpantang maut sebelum ajal orang melayu kata.

Terjunam ke dalam lubang

Menurut sumber pasangan suami isteri ini menjerit meminta tolong kepada orang ramai setelah terjunam ke dalam lubang berkenaan. Mujurlah jeritan berkenaan menyelamatkan mereka. Si suami cuma cedera ringan manakala isterinya yang sarat mengandung patah paha dan juga patah kaki.

Sisipan akbar berita Jeritan dari dalam lubang

Kajang: Jeritan meminta tolong menyelamatkan sepasang suami isteri selepas motosikal ditunggangi mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di kawasan tanah mendap di Jalan Sungai Tekala, berhampiran Empangan Semenyih, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam kejadian jam 7.40 malam itu, mangsa yang juga buruh binaan, Samsul Ahmad, 31, cedera ringan, manakala isterinya, Noraimon Nasir, 38, yang sedang mengandung cedera di paha dan patah kaki.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dari Gombak dan dalam perjalanan ke Semenyih untuk berbuka puasa dipercayai tidak menyedari laluan berkenaan ditutup akibat tanah runtuh sejak November tahun lalu.
“Kejadian disedari orang awam yang melalui laluan berkenaan selepas terdengar jeritan meminta tolong sebelum menghubungi polis dan bomba untuk bantuan.
“Pasangan berkenaan berjaya dibawa keluar dalam operasi menyelamat dijalankan anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Ampang menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan kecederaan kira-kira jam 10.20 malam,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.12 malam.
“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih tiba di lokasi kejadian jam 8.55 malam.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa diketuai ketua balai bomba berkenaan, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob dan turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berjaya menemui mangsa jam 9.50 malam,” katanya.
Katanya, anggota bomba terpaksa melalui lereng bukit dalam hutan sejauh kira-kira 400 meter untuk tiba ke lokasi mangsa terjatuh.
“Pasukan penyelamat berusaha menaikkan mangsa iaitu seorang wanita mengandung yang patah kaki menggunakan sistem takal tali.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital dan operasi ditamatkan jam 10.15 malam,” katanya.

sumber: Jeritan Dalam Lubang
sumber gambar dari google image sebagao ilustrasi sahaja


INCOMING SEARCH TERM :

Jeritan Dari Dalam Lubang, Terjunam ke dalam lubang, Sisipan akbar berita Jeritan dari dalam lubang, jeritan dalam lubang
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Jeritan Dari Dalam Lubang Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa