Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur
Pelik ! Penyanyi Jelita Belajar Jadi Pelacur8 Jun – Aktres dan penyanyi jelita Soo Wincci mengakui dia telah menyamar menjadi pelacur di pusat karaoke sekitar Kuala Lumpur demi menjiwai watak pelacur dan mak ayam sebelum menjalani penggambaran filem "Sindiket".
Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, bekas Ratu Malaysia ini memberitahu watak yang bakal dipegangnya itu mencabar kewibawaannya sebagai pelakon dan disebabkan itu dia perlu melakukan 'kerja rumah' sebelum menjayakan filem terbaru arahan Bade Haji Azmi itu.
"Watak ini memang mencabar bagi saya. Kerana kali ini bakal menampilkan personaliti yang berbeza. Saya perlu menjadi seorang yang jauh dari imej Soo Wincci ataupun bekas ratu cantik. Kalau untuk drama Cina, pernah juga saya bawa watak berat seperti watak perempuan gila. Namun kali ini lebih mencabar iaitu seorang pelacur dan kemudian menjadi mak ayam," ujarnya.
Wincci pernah meminta rakannya untuk membawa ke lokasi seperti di Jalan Chow Kit dan pusat karaoke KTV sekitar Kuala Lumpur bagi membolehkannya melihat sendiri golongan mereka itu bekerja.
"Di sana saya kena menyamar sebagai pelacur. Rasa takut juga. Walaupun menyamar tapi saya memang buat kerja rumah ini betul-betul. Saya minta bantuan dikalangan kawan lelaki. Saya menyuruh mereka temankan saya. Saya buat seperti melayan mereka, padahal semua yang kami lakukan hanyalah pura-pura. Daripada hasil itu, saya perlu buat satu laporan dan berikan pada pengarah," katanya lagi.
"Sindiket" yang mengisahkan isu perdagangan manusia turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.
Dalam perkembangan lain, Wincci sedang sibuk mempromosikan lagu single terbarunya di Taiwan dan bakal muncul dengan album kedua di sana.
Wanita berusia 28 tahun ini turut meriliskan lagu bahasa Melayu pertama, "Musim Asmara" dan bakal meriliskan album penuh Ogos akan datang.
Cerita penuh Klik Di Sini
ceh... tipah tertipu hahahah ingat betul betul la tadi :P
ReplyDeletenasib baik berlakon je..
ReplyDeletemmmm,,, sampai cmtu ye homework dorang ni,,,
ReplyDeleteBerlakon di Malaysia ni kalau buat homework pun..nak tgok yg terbaik pun susah
ReplyDeleteerkk xpelah, janji dia berlakon aje. kekekeke
ReplyDelete