Latest News
Thursday, September 27, 2018

Himpunan Petua Orang Lama | Tip-tip Kesihatan

Himpunan Petua Orang Lama | Tip-tip Kesihatan | Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ok, pagi-pagi ini rasa tak ada idea nak post entry apa, jadi pagi ini aku nak kongsi serba sedikit beperapa petua dan tips kesihatan untuk panduan kita bersama.

Himpunan Petua Orang Lama | Tip-tip Kesihatan
Pokok gelenggang - Himpunan Petua Orang Lama | Tip-tip Kesihatan

Himpunan Petua dan Tips kesihatan Orang Lama


  • Nak hilangkan panau? ambil daun gelenggang dan tumbuk sehingga mengeluarkan air, sapukan air daun tersebut di tempat yang ada panau. (pokok gelenggang ini biasanya terdapat di kawasan lembah atau paya di kawasan kampung yg mana mempunyai bunga berwarna kuning).



  • Minumlah campuran air rebusan serai, halia, kulit kayu manis, dan lada hitam. Amalkan meminum air ini setiap pagi, badan akan menjadi ringan dan bertenaga.



  • Tambah tenaga - Ambil sebiji telur ayam kampung, pecahkan dan kemudian dihirup bersama dengan madu lebah asli, dengan segera terjun ke dalam air sejuk (kolam). ni petua tambah tenaga (lelaki) untuk orang yang dah berkahwin, sesuai diamalkan sebelum bersama dengan isteri tercinta..



  • Elakkan mandi selepas makan. Mandi selepas makan akan melambatkan proses penghadaman makanan.



  • Cara hilangkan daki di badan - Setiap kali membancuh air teh o, serbuknya jangan dibuang. Ambil dan gosokkan di tempat yang berdaki seperti, badan, ketiak, kaki, muka,tangan dan lain-lain.



  • Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.



  • Untuk mendapat kulit yang cantik - Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah dihancurkan.



  • Mengatasi senggugut -  Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan.Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik.. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut.



  • Menegangkan Kulit Muka & Menghilang Jerawat - Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.



  • Menyergarkan Mata - Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.



  • Menyegarkan Mata - Ambil Timun yg telah dihiris Lekapkan pada  kelopak mata pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.



  • Menaikkan Seri Muka - Basuhkan muka anda dgn menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.



  • Mengelak Rambut Gugur - Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.



  • Menghilangkan Bau Ketiak - Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.



  • Rambut Gugur - Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.



  • Menghilang Sakit Kepala - Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.





  • Menghilang Ketumbit Mata - Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.



  • Menurunkan Berat Badan - Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. ATAU Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.



  • Mengatasi Tumit Pecah - Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


  • Apa-apa pun yang baik itu datangnya daripada Allah. Kita sebagai Manusia hanya mampu berikhtiar dan berdoa. Semoga entri Himpunan Petua Orang Lama dan tips kesihatan ini memberi manfaat kepada semua.  Selamat mencuba.

    Entry 2013


    INCOMING SEARCH TERM :

    Himpunan Petua Orang Lama, petua, tip-tip kesihatan, Cara hilangkan daki di badan, Menaikkan Seri Muka, Mengelak Rambut Gugur, Menghilang Ketumbit Mata, Menurunkan Berat Badan
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 comments:

    1. wah byk koleksi petua ni...hehe terbaik...

      ReplyDelete
    2. byk petua yg boleh diguna pakai ni.. petua org dulu2. owh baru tau air basuhan beras yg ketiga. ingatkan masa mula2 basuh beras tu

      ReplyDelete

    NO SPAM ALLOWED !!!
    Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

    Item Reviewed: Himpunan Petua Orang Lama | Tip-tip Kesihatan Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa