Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai semua.. ni just buat entry santai je. Sambil-sambil mengimbau memori 2012. ehek! tak menahan ayat aku. Esok budak-budak dah start sekolah dah kan? dah lama dah diorang bercuti.. mood nak ke sekolah pun dah hilang dah agaknya kot.. yg baru nak masuk sekolah mesti teruja tak dapat tidur malam ni.. ekekeke.. esok satu Malaysia tangisan anak-anak kecil pasni kedengaran di setiap sekolah Tadika/Tabika.. sekolah rendah ekekek... sekolah menengah kalau menangis gak tak tau lah kot..
Haaa... esok rasanya buka murud-murid je akan menangis kot.. para guru-guru pun akan akan menangis esok.. hahahah nak tau kenapa? Sekitar Kuala Lumpur, Gombar, Ampang dan Cheras menghadapi masalah air.
Aku ni ha dah 3 hari dah tak mandi korang tau tak??? bukan tak mandi terus.. maksud aku aku tak mandi air paip je... mandi guna besen cebok sikit-sikit guna gayung.. letih aku kesana sini cari mesin air nak beli air. Dah jumpa mesin air pulak tak ada. Ada sesetengah tempat je ada air... Letih wei!!!!!! dengar cerita 1 minggu tak ada air. Khabar yang aku dapat tahu Pump House kat Wangsa Maju rosak. Tahlah aku pun tak tau.
Tiba-tiba teringat kampung halaman.. tak pernah ada masalah air. kalau ada masalah air pun tak ralat sebab sungai Pahang dekat jek.. erm... Krismas hari tu balik kampung tenang jek rasa.. sejuk jek.. ye lah dok dalam hutan.. maksud aku kaki gunung lah.. berkabus jek pagi-pagi.. nak mandi pikir dua kali ekekeke sejuk lah katakan...
Nampak tak tu buat "Moktan" ? pergghh... best dok atas pokok sambil makan buah Moktan tu... ekekek aku makan Moktan... kerengga makan aku... ekekek... apa-apa pun memang best kalau dok kat kampung.. Kat KL ni tak nampak pun pokok pinang dengan pokok nyor... yang ada bukak tingkap nampak KLCC dengan menara KL.. tu lah view yg aku ngadap hari-hari... paling tidak pun dok perhatikan TUDM dok main-main helikopter dengan pesawat perang tak pun pesawat tinjau...
Hmm.. 2,3 hari ni aku rasa macam nak lari dari KL ni.. serabut kepala hotak aku ni. Dok kampung lagi best kot. Tapi kerja apa plak yang aku boleh buat kat kampung tu pon aku tak tau. Mungkin aku jadi peladang mungkin?? ekekek... yer lah aku ni anak peneroka...
Perghhh... tacing plak aku time ni.. citer pasal kampung tetiba tacing... yelah mana boleh kita lupa tempat kita membesar kan. Susah payah pahit maung mak ayah aku dulu-dulu tak aku rasa langsung.. tapi bila dah dewasa ni baru aku tahu apa itu kepayahan, kesusahan...
Pernah tak korang yang dok di bandar-bandar atau korang di kalangan orang-orang yang senang ni dengar istilah ni? " makan nasik dengan garam " pernah tak? aku rasa korang tak pernah kan? tu lah.. aku penah lalui semua tu.. makan nasik tanpa lauk pauk mahupun ayam percik atau setidak-tidaknya ikan goreng..
Adeh... siyes aku bergenang air mata time aku taip entry ni... bukan kerana aku menangis tapi aku gembira dan aku bersyukur kerana aku ada punyai Kenangan yang seumpama ni. Aku bersyukur di atas kepayahan keluarga aku dulu-dulu... (jap-jap nak lap air mata...)
Segala kesusahan yang aku pernah alami dulu-dulu buat aku tersenyum.. paling aku tak leh lupa aku berjalan kaki sejauh 17 kilometer untuk pergi kesekolah.. perghhh... tu pergi.. balik??? kekadang kalau ada rezeki aku sempat tumpang lori ayam yg kebetulan lalu kat situ.. masa tu bau aku dengan bau ayam tak ada beza..
Tahun baru ni tiba-tiba teringat kat kampung halaman.. Kini 2012 telah melabuhkan sayapnya dan bakal leyap di telan zaman.. Apa yang tinggal cuma kenangan manis belaka... setidak-tidaknya kenagan pahit..
Aku bersyukur kerana aku masih di sini... Disini menanti yang sepi dan pasti akan lenyap dan terus hilang di telan zaman buat selama-lamanya suatu hari nanti.
sekadar cerita semata-mata ahahahahaha...
Haaa... esok rasanya buka murud-murid je akan menangis kot.. para guru-guru pun akan akan menangis esok.. hahahah nak tau kenapa? Sekitar Kuala Lumpur, Gombar, Ampang dan Cheras menghadapi masalah air.
Aku ni ha dah 3 hari dah tak mandi korang tau tak??? bukan tak mandi terus.. maksud aku aku tak mandi air paip je... mandi guna besen cebok sikit-sikit guna gayung.. letih aku kesana sini cari mesin air nak beli air. Dah jumpa mesin air pulak tak ada. Ada sesetengah tempat je ada air... Letih wei!!!!!! dengar cerita 1 minggu tak ada air. Khabar yang aku dapat tahu Pump House kat Wangsa Maju rosak. Tahlah aku pun tak tau.
Tiba-tiba teringat kampung halaman.. tak pernah ada masalah air. kalau ada masalah air pun tak ralat sebab sungai Pahang dekat jek.. erm... Krismas hari tu balik kampung tenang jek rasa.. sejuk jek.. ye lah dok dalam hutan.. maksud aku kaki gunung lah.. berkabus jek pagi-pagi.. nak mandi pikir dua kali ekekeke sejuk lah katakan...
Toyota Supra Bapak aku interprem ekekek.. |
Depan rumah - teringat masa kecik bila tengok pasu-pasu bunga tu. Dari aku kecik sampai sekarang memang tak ada bunga lain yang mak aku tanam. Bunga tu jek.. heran gak aku kekadang, ekikikiki... |
Rumah dalam Taman - Hasil kreativiti Mak aku |
Site tepi rumah |
Tepi pagar rumah |
yang ni pulak Rumah dalam HUTAN ekekek... sebelah semak ni ada Homestay atas pokok ekekek lupa nak snap sebab kodak habis. |
Tahun baru ni tiba-tiba teringat kat kampung halaman.. Kini 2012 telah melabuhkan sayapnya dan bakal leyap di telan zaman.. Apa yang tinggal cuma kenangan manis belaka... setidak-tidaknya kenagan pahit..
rindu mak ayah. Allah Allah Allah. esok hari persekolahan 2013 bermula. Moga Allah permudahkan urusan :'(
ReplyDeletecantiknya kampung abg... well.. i have been grown up in the town for years and i can't deny, duduk kampung mmg best.. :)
ReplyDeleteslmt tahun baru abam potia..
ReplyDeleteyup, stuju. duk kampung masih lg terbik. segar n tenang. makan nasi dgn garam? xpernah dgr. tp klu mkan nasi dgn ikan kering, ya da.
aih, ttiba rindu zaman budak2 dulu. umah kat kg. kenangan dgn member2 lama..aih..
Selamat Tahun Baru Potia... semoga tahun 2012 beri byk kemanisan dan 2013 byk memberi ketenangan semoga Potia sentiasa bahagia di samping merek2 yg menyangi potia... termasuk rakan2 blogger..
ReplyDeleteDamai sgt tengok kg potia ^_^ semoga tahun 2013 ni persahabatan kita, sebagai adik dan akak tiri akan terus akrab eh.. ha ha ha... ok potia take care keep intouch ^_^
Ya ALLAH , terimbas kembali zaman2 kecik dulu. keluarga gua pon orang susah, tp alahamdulillah gua bila gua dilahirkan, keluarga gua dah dalam keadaan stabil. almaklumla anak bongsu. tapi bila dengar cerita ibu gua pasal keperitan hidup, memang boleh nangis gua. Alhamdulillah adikberadik gua semua berjaya. itu hadiah kami buat ibu bapa. tapi itupon rasa mcm x mencukupi dengan penat lelah diorang. Terima kasih jugak bro sudi jadi sahabat gua, nasihat bro juga akan gua pegang sampai bila2. insyaallah
ReplyDeleteSelamat tahun baru jugak bro, semoga 2013 ni lebih bermakna dan diberkati
ReplyDeletemakan nasi dgn garam tu biasa dgr..tapi aku tak pernah makan..huhu
ReplyDeletePS: alahai bro baru balik krismas aritu takkan dah homesick kot...hihi
Kenapa kita baca kita pulak yg rasa sayu ni, sedih pulak rasanya. Terasa diri duduk jauh kat perantauan ..
ReplyDeletePadahal, hari-hari tengok mak abah =)
First nak ckp, skg peneroka dah hebat apa.. Generasi baru skg ni mmg byk2 byk yg berjaya. Ahh, teringat pulak kat my bff dlu yg duduk kt Kluang sana-pertama kali jejak kat rumah peneroka.
Kalau rindu, pulanglah selagi masih berkesempatan..
sempoi juga kampung ko bro.. hehehe. nanti kem salam kat family ko bro...
ReplyDeleteekekekekeekke.. teringat msa masuk skola.. thn 1.. nanges xterhingga bagaikn histeria.. hahaha...
ReplyDeleteair xde?? hmmmm cedok air sikit2?? hahahaha..sabar jelaa...
kg halaman mmg best... kereta kaler merah tu handalan bg org dulu2 kn??ekekekeek
teringat masa study dulu...naik cuti sem, air kat umah swa dah kene potong sbb lama x byr...haha camne nak g kelas...huhu
ReplyDeleteSy pun skarang kerap balik ke kpg halaman selepas pemergian abah.. memandangkan sy belum ada komitmen, time ni la nak jaga mak... nanti kalau dah kawin dah tak boleh tido ngan mak....huhu...
ReplyDeletesebagai anak kampung mmg terasa nak terus duk di kampung tp demi memikirkan masa hadapan, hijrah tu perlu... apa2 pun, balik la ke kampung selagi masih ada waktu..
#tacing juga w/pun baru balik dari kpg semlm...huhu
cantik kg en potia.
ReplyDeletemak en potia tanam pokok tu sbb tu pokok bunga faberet dia kot. hehe..
erm..pengalaman en potia, sama ngan pengalaman mak saya dlu masa kecik2. sekarang ni la dia merasa senang skit, bila anak2 da besar & bekerja. saya x penah merasa pengalaman mcm tu, tp mak selalu cerita pengalaman dia, yg membuatkan saya selalu ingat ttg kesusahan hidup n bersyukur dgn apa yg ada skg.
Dok di kampung syiok...sojuuk.
ReplyDeletemakan nasik ngan garam aku penah makan....tapi ada telur mata sebijik heheee. kes kicap habis :D
duk kampung memang best... tenang aje rase...
ReplyDeletekat pokok moktan memang banyak kerengga... itu yang kekadang malas nak pergi kutip buah moktan... kerengga banyak...
cantik kampung potia... ^_^
ohh..patutlah aku bebauan yang kureng enak di sini...ade orang mandi xcukup air di sini...hehehe...gurau je.. aku juga duduk kg...kalau lebih 2 hari aku duduk bandar terutamanya KL kepala aku serabut... better duduk kg sbb seronok...damai je rasaa...
ReplyDeletelama xdengar moktan..
ReplyDelete