Latest News
Saturday, October 06, 2012

Kisah Jumaat Aku Yang Singkat Tapi Cukup Sempurna #Part 2

Sebelum baca #part 2 baca #part 1 dulu kalau tak korang tak akan paham.
http://silenceblogz.blogspot.com/2012/10/kisah-jumaat-aku-yang-singkat-tapi.html

Assalamualaikum buat semua sahabat yang sudi membacanya atau yang akan membacanya... ni sambungan dari #Part 1 ...

Kita sambung kisah Kisah Jumaat Aku Yang Singkat Tapi Cukup Sempurna ni lagi ok.. ni bukan rekaan tapi cerita benar...

Eh! kak ning pon follow... alangkah terkejut Beruk aku.. ular-ular tu bukan dalam sangkar atau pun cermin... tapi meliar kat dahan sana sini..atas tanah...tebing.... merata-rata ada ular... kecut aku time tu.......

Diorang cuma ketawakan aku.. setahu aku ni ular ori ni... masa aku  berjalan  nak tempuh lorong-lorong tu banyaklah sangat ular-ular tu datang kat aku... ada yang dah macam nak belit aku pun ada... nak ikutkan jenis ular tu semuanya macam berbisa jek... seram sejuk aku di buatnya... di orang cuma ketawa jek... mungkin kerana kesian kot.. Kak Ning bagitau.. " kalau awk tak nak ular tu datang kat awk.. jgn pijak air-air yg bertakung yang ada di semua di dalam tempat ni"...  oooowhhh... aku baru dapat tau rahsianya... tapi sebelum tu selamba jek si awek cun tu merangkap anak (privacy reason) pegang ular-ular tu nak lepaskan ulat tu dari belit kaki aku... perghhh... aku bukan nak kata takut kat ular-ular tu... cuma risau kot-kot kena patuk jek...



Selepas tu kitorang pon dah sampai ke penghujung terowong tu... keluar jek dari situ.. alangkah terkejutnya aku untuk sekian kalinya... Ya Allah !!!........... kenapa aku tak pernah tengok semua ni kat luar? korang nak tahu apa yg aku tengok... perghhh!!! satu pemandangan yang teramatlah cantik...tak tau nak gambarkan macam mana.. suasana matahari terbenam yang sangat-sangat menarik sekali... biasa kita tgk keadaan senja tu kaler oren keperangan kan? kali ni tak macam biasa... kali ni warna merah pekat... merah menyala... dengan angin sepoi-sepoi bahasa 

meniup bebunga lalang.. jelas aku nampak bunga-bunga lalang tu berterbangan... perghhh... aku rasa suasana sunyi jek... tenang jek.. aku rasa nak menangis jek.. walhal aku masih lagi tertanya-tanya.. siapakah aku? dimanakah aku?? kenapa aku di agung-agungkan di sini dengan semua yang indah indah... aku yang masih pelik..

Aku berjalan dalam keadaan menangis tanpa sedar... perghh!!!... SIYES aku tak tipu.. aku memang menangis time tu.. nangis tanpa suara lah kot... aku tak tau apa yang dah berlaku pada diri aku kali ni.. ni bukan propaganda yang sengaja nak timbulkan kontroversi... sebenarnya panjang lagi cerita yang terpaksa aku sunting.. kalau nak cerita pasal kecantikan.. keindahan... tak ada gambar kat google yang dapat gambarkan apa yg aku lihat semalam.. memang tak pernah aku tengok selama aku hidup ni... percaya atau tidak sebenarnya sesudah Jumaat aku tertidur dalam kereta dengan cermin tingkap tetutup kemas di tengah panas terik aku lena di dalam kereta tu tanpa aircond (enjin tak di hidupkan).. sebenarnya aku bermimpi.. dan mimpi ni memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup aku...

Dari Limo Putih sampailah ke waktu senja Merah.. aku dah kaji dan cuba buat andaian aku sendiri...


  1. Limo Putih - Keranda yang bakal kita duduki nanti
  2. Aku di agung-agungkan - Bila Mati semua tu sudah tiada lagi.. dunia semata-mata.
  3. Keindahan Lanskap - Keindahan Taman-taman Syurga.
  4. Lorong-lorong Ular - Ular atau haiwan yang akan tiba nanti sewaktu kita di alam kubur.
  5. Bunga-bunga lalang berterbangan - Dosa-dosa di hapuskan dengan amalan-amalan dan doa.
  6. Senjakala yang Indah - Syurga bagi mereka-,mereka yg beriman.
Nota: Apa yang aku ceritakan ni adalah benar-benar aku alami dalam mimpi aku di siang hari tu.
Sebenarnya aku ada cerita pasal Matahari terbit dari barat hari Jumaat selepas Asar.. tapi takut nak cerita manalah tau tersasar akidah bagi aku yang cetek ilmu agama ni.. Dah dua kali dah aku mimpi pasal matahari terbit dari arah barat ni. Last aku mimpi masa indon kena gempa bumi tu.

Lastly mohon maaf atas kesilapan dalam penceritaan aku...


INCOMING SEARCH TERM :

Kisah Jumaat Aku Yang Singkat Tapi Cukup Sempurna, kisah jumaat, kisah hari jumaat, mimpi jumaat
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

6 comments:

  1. wah... cerita ni rupanya berkenaan alam sana... bertuah bro ko dapat melihat alam sana.. rasanya itu ada benarnya.. Mungkin roh kau dah pun sampai ke sana dengan kuasaNya untuk menunjukkan apa yang ada di sana yang tiada di dalam dunia sementara ni...

    ReplyDelete
  2. terpukau dgn entri bro.. rasa sedih pun ada..

    ReplyDelete
  3. Kisah yang sangat menarik. Beruntunglah anda diberi kesempatan
    perkara yang tidak dapat dialamai oleh yang lain.

    ReplyDelete
  4. harap ini petanda yg elok ^___^ insyaAllah, bertuah mimpi indah je.

    hari tu slalu mimpi family dlm kesusahan, seminggu tu berturut2 T__T Alhamdulillah, xde yg jdi mcm dlm mimpi tu, and tak kaji lagi pun

    ReplyDelete
  5. Saya sgt teruja dengan keindahan bayangan syurga tu. tak semua org bertuah utk mendapat mimpi seindah tu abg potia. moga2 mimpi tu akan menjadi nyata kelak bila kita semua pergi meninggalkan dunia ni.. mati tu pasti, tapi bersediakah kita nk pilih jalan mana nanti.
    terima kasih sebab sudi berkongsi cerita ni. walaupun sekadar mimpi di siang hari, tp sgt terkesan kat hati. dan skg saya cukup sedar diri bila mana iman & amal saya belum mampu utk membawa saya ke syurga..
    (terlalu naif & seringkali terkhilaf.hari ni sahaja beberapa kali saya cakap yg saya akan mati selepas ni. sebab saya sangat takut bila terjatuh & saya xmampu nak bangun kembali and i'm lost)
    terima kasih ye abg potia, kisah ni menjdi pengajaran yg sgt berguna & bermakna.. moga-moga perjalanan hidup abg akan lebih indah selepas ni..
    (maaf panjang bila berbicara. i'll stop here. TQ)

    ReplyDelete
  6. mimpi itu kadang-kadang mainan tidur, tapi ada yang betulnya
    semoga apa yang dilihat, difikir, dialami itu dapat menambahkan kebaikan kepada kita

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Kisah Jumaat Aku Yang Singkat Tapi Cukup Sempurna #Part 2 Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa